iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Jumaat, Januari 01, 2010

Gagalnya aku hadir program tarbiyyah


Apabila tikus pun ada syura...

Tersebutlah sebuah kisah yang bermula di suatu perkampungan Eropah, di saat kegemilangan Nepoleon. Kampung ini jauh dari tekanan dan hiruk-piruk peperangan, kerana tiada sebarang kepentingan untuk dimanipulasikan. Namun, jauh dalam kedamaian perkampungan itu, dalam sebuah rumah yang usang, manusia sedang bertarung dengan sekumpulan tikus-tikus rumah. Seluruh anggota keluarga itu bingung kerana tikus-tikus ini dengan rakusnya telah menghabiskan stok-stok simpanan makanan mereka dan menggangu kehidupan mereka sehari-hari.

Akhirnya, keluarga ini mengambil keputusan untuk membela kucing baka "Ragdoll" yang memang terkenal dengan kecekapannya menangkap tikus. Dengan sepenuh ketaatan, seekor demi seekor tikus dibunuh oleh kucing tersebut, tanpa belas kasihan seorang 'ibadur rahman. Tikus-tikus ini tiada peluang langsung untuk keluar dari "pintu tikus" mereka kerana kucing itu sudah maklum akan tabiat mereka yang akan hanya keluar melalui pintu tersebut. Siang malam kucing itu akan mengawasi pintu tersebut, kecuali waktu-waktu tertentu  bagi menyahut seruan semulajadi (nature call).

Tikus-tikus ini dalam kegersangan kerana kali ini, makanan-makanan mereka pula yang semakin menyusut kuantitinya. Pantang sahaja kucing itu tiada, mereka akan berlari sekencang mungkin, keluar daripada pintu mereka itu... Dan mereka tertipu! Semua mereka dibahamnya!!!

Melihat perkara tersebut, tikus-tikus itu berkumpul. Seramai-ramainya... Tiada satu pun tikus di tersebut yang tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Kata si ketua: "Hari ini kita akan buat syura. Keadaan kita semakin parah. Ada tikus-tikus dari aras 2 dan 3 yang mati kebuluran. Kita kena fikirkan rancangan untuk keluar dari masalah ini!!! Ada sesiapa yang ada cadangan?"

"Saya cadangkan kita keluar beramai-ramai, pasti ada yang dapat lepas daripada terkaman kucing itu!"

"Saya tak setuju! Tiada kepastian yang rancangan itu berjaya."

"BETUL!!! Kita perlukan idea lain"

"Saya cadangkan supaya kita reka sebuah mesin yang dapat mengalahkan kucing tersebut!"

"Kita tiada masa untuk menyiapkannya, makanan kita sudah sedikit. Tidak cukup untuk semua", kata si ketua...

Semua tikus-tikus kebingungan... diam... sunyi... kedengaran bunyi televisyen yang bersahutan-sahutan dari kamar tuan rumah,,,
...
...

Tiba-tiba, seekor tikus yang tidak kurang veterannya, tampil ke podium. Semua mata tertumpu ke arahnya... "Aku ada cadangan. Dan aku pasti kamu semua akan menerimanya, kerana cadangan ini sahaja yang mampu kita lakukan!"

Semua tikus terdiam. Terdengar bunyi-bunyi beberapa mereka sedang menelan air liur. Tidak sabar.

"Aku cadangkan kita pasangkan loceng di leher kucing tersebut... Dengan itu, kita akan tahu segala pergerakan kucing tersebut... Jika kucing itu leka, kita akan terus pergi mencuri makanan di rumah ni."

"SETUJU!!! SETUJU!!! HOORAY!!!"

Semua tikus-tikus itu kegembiraan. Melompat-melompat, tidak pernah mereka terfikir akan idea sebernas itu!!! Dalam kesesakan, kegembiraan itu, ada tikus-tikus meluru ke arah tempat simpanan makanan, untuk meraikan 'kemenangan' mereka, betapa yakinnya mereka. Tiba-tiba ada satu soalan yang menyebabkan semua tikus itu kembali hampa...

"Siapa nak tolong pasangkan loceng di leher kucing tu?"

~~*~~

Ibrah atau pengajaran untuk para penggerak dakwah. Tugas menggerakkan dakwah ini memerlukan pemahaman akan fiqh dakwah yang akan membantu para duat melaksanakan amal yang muntijah (berkesan), bukan sekadar semangat yang akan tenggelam dan timbul tanpa disandarkan dengan ilmu dan iman. Fiqh dakwah telah mengajarkan kita bahawa tugas kita bukanlah mengumpul angka-angka kosong (0 + 0 + ... = 0.0) namun, perlu ada pembinaan (tarbiyyah) yang akan mengangkat darjat tsaqafah, fikrah dan taqwa dalam diri setiap penggerak. Kefahaman yang betul-betul tulen tentang gerak kerja ini akan memandu si daei terus ke arah kejayaan.

Kita tidak ingin sibuk dengan mesyuarat-mesyuarat, dengan perancangan-perancangan, yang akhirnya tidak membuahkan amal. Kita tidak mahu disibukkan dengan perbincangan-perbincangan furu' yang akan memakan masa kita yang tidak pernah cukup untuk melaksanakan apa yang kita cita-citakan.

Sedarlah, matlamat kita kini ialah untuk membina jiwa-jiwa itu, yang akan berebut-rebut memasang loceng di tengkuk si kucing gergasi!

Syeikh Syakib Arsalan telah berkata kepada salah seorang pemuda Palestin: "Banyak buku-buku sampai kepadaku, samada dari Maghribi, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestin. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah, atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab: 'Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah iaitu melalui pendidikan individu' "

~~*~~

Inspirasi daripada sesi-sesi daurah Yu Qiu Wai.

SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI S.A.W


Oleh : NKP DPPKIT

Jabir bin Abdillah ada bercerita bahawa, satu hari Abu Bakar as-Siddiq datang ke rumah nabi SAW. sesampai di rumah itu, Abu Bakar melihat ramai orang duduk di hadapan pintu rumah Nabi.

Abu bakar menjenguk ke dalam rumah nabi, kelihatan di dalam rumah, bahawa Nabi SAW duduk ditengah, dan dikelilingi oleh semua isteri-isterinya. Melihat demikian, Abu Bakar meminta izin dari nabi untuk masuk tetapi tidak diizinkan oleh Nabi SAW.

Tidak lama kemudian, Umar bin Al-Khattab pula tiba. Pada peringkat awalnya, Umar juga meminta izin untuk masuk, juga tidak diizin oleh Nabi SAW.

Sejenak kemudian, Nabi SAW memberitahu kepada Abu bakar dan Umar, bahawa Nabi SAW telah mengizinkan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Abu Bakar dan Omar pun masuk, dan mereka melihat ketika itu Nabi SAW masih lagi dikelilingi oleh
isteri-isterinya. Di kala itu, nabi SAW diam tidak berkata apa-apa pun.

”aku akan bercakap sesuatu kepada Nabi, agar baginda boleh tersenyum” bisik hati Umar.

”Wahai Rasulullah, jika anak perempuan Zaid – merujuk kepada isterinya – meminta sesuatu nafkah luar dari kemampuanku, sudah pasti aku akan memukul tengkoknya” tiba-tiba Umar bersuara.

Nabi SAW berpaling ke arah Umar, sambil melemparkan senyuman sehingga kelihatan gigi baginda yang putih.

”isteri-isteriku ini berada dikelilingku. Mereka meminta kepadaku nafkah yang aku tidak mampu” kata Nabi SAW.

Mendengar kata-kata Nabi SAW itu, menyebabkan Abu Bakar As-Siddiq bangun berjalan menuju kepada Aisyah. Kelaku Abu Bakar itu, seperti hendak memukul Aisyah.

Tidak sempat Abu Bakar melakukan sesuatu, tiba-tiba Umar juga bangun menuju kepada anaknya, Hafsah.

“apakah kamu meminta kepada Nabi SAW sesuatu yang Nabi Saw tidak mempunyainya?” begitulah soalan Abu Bakar kepada Aisyah, dan soalan Umar kepada Hafsah.

Melihat soalan bernada marah dari kedua-dua tokoh sahabat yang bertanya kepada anak masing-masing, menyebabkan Nabi Saw menyuruh kedua-dua sahabat besar itu bersabar, dan tidak marah kepada anak mereka masing-masing.

Ketika itu juga, turun firman Allah :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا * وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآَخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا


Maksudnya :

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar” (Surah Al-Ahzab : 28-29)

Dengan turunnya ayat ini, setiap isteri-isteri Nabi SAW ketika itu bersuara,  “demi Allah, selepas daripada hari ini, kami tidak akan meminta sesuatu lagi kepada Nabi SAW sesuatu yang Nabi SAW tidak mampu berikan.”

Isnin, Disember 28, 2009

BAYI YANG KRITIKAL DAN RAKYAT YANG TERTINDAS




(Harian Metro 26 Dec 2009)

KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.

Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.

Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.

Ulasan NKP DPPKIT :

Inilah kediaman rumah ADUN Chenor itu yang sedang dibangunkan
 
Ramai orang yang bersimpati dengan bayi ini termasuk saya sendiri, ini kerana perbuatan ibu bapa mereka yang tak tidak punyai hati perut.Beginilah keadaan kita selaku rakyat malaysia yang diibaratkan sebagai anak manakala kerajaan pula sebagai ayah.Kadang-kadang anak menjadi mangsa kebuluran di sebabkan sikap ayah yang tidak bertanggungjawab. Ayah makan nasi berlaukkan ikan tenggiri manakala anak pula berlaukkan ikan bilis buktinya sebagaimana dibawah ini... (Gambar Ehsan dari www.pahangdaily.blogspot.com )

Ini pula rumah rakyat yang terletak tidak jauh dari kediamannya itu

Lihatlah....si anak (rakyat) hidup hanya dipondok usang sahaja manakala si ayah (pemerintah) sedang membina mahligainya.Membiarkan si anak terkapai-kapai meneruskan kehidupannya sendiri. Si Ayah akan melawat anak-anak setiap lima tahun sekali segala perbekalan untuk lima tahun akan datang diberikannya

Lihatlah gambar bayi di atas dengan sedalam-dalamnya sehingga menembusi keadaan hidup kita pada hari ini. Keadaan bayi itu adalah keadaan kehidupan kita hari ini.

Qada dan Qadar


Oleh : NKP DPPKIT

[Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata. Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.]

Ada kaitan peristiwa yang berlaku dibawah ni.....

Cyberita: Sepuluh Penumpang Maut Dan Tiga Lagi Tercedera Akibat Kemalangan Bas Sani Ekpress Di KM272.8 Lebuhraya Utara Selatan Awal Pagi Tadi

IPOH, 26 Dis [11.35 am] - Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express (foto), terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata 12 mangsa itu adalah penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu. "Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mereka yang terbunuh adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan isterinya Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua beradik Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Katanya, penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah. Katanya, Md Razip kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat. "Siti Munira pula menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama akibat kecederaan di muka," katanya. Beliau berkata, bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya. Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata, pemandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian. Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut. "Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan. Pada 13 Ogos 2007, seramai 20 orang terbunuh, manakala sembilan yang lain cedera, dua daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Gantang dekat Taiping.

[Seperti biasa, bila berlaku kemalangan maut yang melibatkan bas ekspress seperti ini maka mulalah kerajaan akan mengeluarkan berbagai arahan. Malah kementerian pengangkutan juga akan membuat pemantauan yang cukup rapi terhadap pemandu dan bas ekspress itu sendiri. Namun selepas beberapa ketika, ianya menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam" dan sekadar "melepaskan batuk ditangga" semata-mata.

Akhirnya penumpang terus menjadi mangsa pemandu-pemandu yang tidak berdisplin seperti ini. Nyawa melayang begitu sahaja, kerana kesilapan syarikat bas memilih pemandu yang benar-benar berwibawa dan bertanggungjawab. Bila ada pemandu yang mengantuk pun tetapi masih terus membawa bas, akhirnya beginilah jadinya. Kerajaan pula perlu bertindak konsisten dalam setiap peraturan yang dijalankan agar tiada lagi kejadian seperti ini berlaku pada masa hadapan. Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu].

Sabtu, Disember 26, 2009

Jangan Futur


Oleh :  zulyunus.com

Konsistensi atau istiqamah merupakan anak kunci kepada kejayaan yang berterusan dan berpanjangan. Orang yang konsisten mampu bertahan lama dalam sesebuah amal walaupun sedikit. Dalam Islam, konsep ‘Istiqamah’ telah lama diajarkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan diterangkan oleh Rasul dalam sabdanya.

Istiqamah adalah konsisten, tetap pendirian, teguh dan tidak berubah dalam melakukan atau mempertahankan sesuatu. Dalam melakukan apa jua amal, istiqamah sangat penting supaya matlamat yang dikehendaki daripada amal tersebut tercapai. Bukan sahaja dalam beramal, namun juga dalam mempertahankan kebenaran. Boleh jadi kita meninggalkan sesuatu amal atau pendirian kerana tidak terasa kesannya. Atau mungkin kita tidak terasa kesannya kerana tidak istiqamah. Yang mana yang betul? Mari kita meneroka hati dan berbicara tentang konsistensi atau istiqamah.

Semangat yang naik turun dalam beramal itu biasa berlaku pada siapa-siapa sahaja, sekalipun kepada para pejuang agama atau seorang da’ei. Bagi pemuda yang semangatnya sentiasa berkobar-kobar, kita tidak dapat menolak kemungkinan bahawa semangat itu akan jatuh dengan tiba-tiba pada keadaan-keadaan tertentu dan kemudiannya naik kembali pada keadaan yang lain. Fluctuation dalam beramal ini adalah salah satu daripada bentuk ujian keimanan. Tidak ada istilah mujahadah jika kita sentiasa merasa mudah untuk beramal dan bertenaga sepanjang masa. Sabda Rasulullah:

Bagi setiap amal itu ada masa semangat dan bagi setiap masa semangat itu ada masa futur (lemah). Barangsiapa ketika futurnya masih dalam garisan Sunnahku, maka dia akan diberi petunjuk. Dan barangsiapa ketika futurnya melampaui (daripada garis sunnah), maka hancurlah dia.” (HR Ibnu Hibban)

Ertinya graf amal kita itu ada naik turunnya. Selagi mana kita bermujahadah tatkala semangat menurun, dan berusaha untuk terus menjunjung perintah Allah dan Rasul, kita akan kembali mendapatkan tenaga. Namun, jika kita berpaling dan terus berputus asa daripada Rahmat Allah, musnahlah kita. Dalam kata yang mudah, jika kita bersemangat maka beramallah, dan jika kita tidak bersemangatpun, tetaplah beramallah walaupun tak terasa. Mudah-mudahan kita akan memulihkan kembali semangat yang hilang.

Istiqamah tak semudah bicara lisan. Kita memerlukan kefahaman dan keazaman untuk dapat terus bertahan.

JANGAN DOWN



Oleh : zulyunus.com

Tempoh hari saya sedang bersolat maghrib di sebuah surau. Setelah selesai solat, kedengaran suara seorang budak membaca Al-Quran tergagap-gagap dengan suara kuat dan pelik bunyinya. Suara itu mengulang-ulang bacaan yang sama beberapa kali dan datang daripada sebalik tirai bahagian perempuan. Dalam hati saya mengagak “mungkin sakit agaknya” dan saya mendengar dengan teliti apa yang diucapkannya. Sesekali dia membaca Bismillah, sesekali membaca Al-Fatihah…

Begitulah, sehinggalah selesai imam membaca doa. Ahli jemaah bersurai dan saya menuju ke belakang, terlihat anak kecil tadi lantas tersenyum kepadanya. Dalam hati saya berbisik, “budak ini istimewa. Tidak down walaupun memiliki Down Syndrome”

Sesekali saya terfikir akan hebatnya Allah menciptakan sesuatu yang tidak dapat kita gambarkan. Dalam masa yang sama saya sedikit kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh adik tadi yang memiliki Down Syndrome. Dia juga manusia biasa yang mungkin menghadapi kehidupan yang lebih mencabar daripada kita. Ibu dan ayahnya mungkin menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membesarkannya. Namun, Itu tidak menghalangnya daripada menjadi hamba Allah yang soleh. Bahkan, mungkin kedudukannya lebih tinggi di sisi Allah daripada kita.

Orang Normal Yang Down

Dalam satu aspek yang lain, masih ramai di kalangan kita yang normal namun dilanda penyakit “down”. Keadaannya mungkin lebih teruk lagi kerana di saat itu kita mungkin tak mahu lagi mendekati Allah dan lebih cenderung untuk membuang masa-masa berharga dalam kehidupan. Ingatlah bahawa Hasan Al-Banna pernah berpesan, “barangsiap membuang masa, sesungguhnya dia membunuh diri kerana masa itu sendiri adalah kehidupan”. Oleh itu, orang normal yang “down” merupakan sesuatu yang lebih merbahaya daripada orang yang mengalami Down Syndrome.

Banyak perkara yang boleh membuatkan kita down. Kadangkala pergaduhan kecil dengan teman lelaki atau wanita dah boleh melemahkan kita (siapa suruh bercinta?). Kadangkala kegagalan menjawab peperiksaan dengan baik pun boleh melemahkan kita. Tak ada wang pun boleh men”down”kan kita. Apa yang datang kepada kita sehari-hari mempunyai potensi untuk menyebabkan kita down. Namun jangan lupa bahawa apa yang datang itu juga mungkin bisa membuatkan kita “up” dan menjadi bertenaga.

Ubat Down

Ketika kita down, kita pasti dapat merasakan bahawa hidup kita menjadi serba tak kena. Di waktu itu, jangan biarkan kita terus dilanda kemurungan dan kesedihan. Ubati segera. Jika sakit badan jumpa doktor, jika sakit di hati jumpalah kawan-kawan yang boleh memberikan nasihat dan teguran. Atau lebih baik lagi jumpa ustaz atau ustazah. Itu sebagai terapi psikologi. Bahkan banyak lagi cara boleh kita lakukan. Baca Al-Quran dan mentadabbur serta menghayati makna kandungannya, solat di malam hari, berzikir di waktu lapang, senyum kepada orang lain dan lain-lain.

Antara sebab kita selalu down ialah kita selalu berseorangan di masa lapang dan membuatkan kita terkenang perkara-perkara yang dapat membuatkan kita down. Jadi bercampurlah dengan teman-teman dan bina lah perhubungan yang erat yang dapat memelihara kita daripada down sentiasa.

Akhir kata, up and down itu biasa dalam kehidupan, namun kita perlu bijak mengawal diri agar tidak selalu down. Ambillah iktibar daripada pesakit Down Syndrome yang bersemangat untuk hidup!.

Jadilah orang yang bertenaga dan bersemangat.

“Mukmin yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah”

PAS Rompin juara futsal



Oleh: NKP DPPKIT

Pasukan futsal Pas Kawasan Rompin telah berjaya menjuarai pertandingan futsal yang di anjurkan oleh dewan pemuda Pas Negeri Pahang pada 12/12/2009 bertempat di Temerloh. Dengan kejayaan ini,pasukan ini akan mewakili Pas Negeri Pahang untuk perlawanan di peringkat pusat antara pasukan Pas dari negeri-negeri yang lain yang akan di adakan kelak.Sehubungan dengan ini Pas Kawasan Rompin mengucapkan tahniah kepada pasukan yang menang dan kepada yang tidak menang di harap bersabar dan cuba lagi di masa akan datang.


Pasukan Pas Rompin telah mengalahkan pasukan daripada Pas Pekan untuk bergelar juara.Pasukan Pas Pekan juga dikira antara pasukan yang terhebat juga apabila hanya tendangan penalti yang menentukan kejuaraan antara kedua pasukan ini.Tahniah juga untuk pasukan dari PAS Pekan.

InsyaALLAH, PAS Ipoh Timur akan mewakili PAS Perak jika kami menjuarai futsal anjuran Dewan Pemuda PAS Perak ahad ini. Maka ana cadang kita adakan perlawanan pertunjukan dengan Pas Kawasan Rompin nanti. Jemput Dato Seri Ir. Nizar dengan Tuan Ibrahim Tuan Man ceramah nanti.