iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Ahad, Jun 30, 2013

Dewan Pemuda PAS Ipoh Timor menjuarai Tournament Paintball 2013


Pasukan dari Bukit Gantang
Pasukan dari Tambun, yang turut disertai oleh AF Ustaz Hafez Sabri
Team kami - Bola Cat 
konon ganas le tu ....
dari kiri - YB Ustaz Zawawi Abu Hassan (Ketua Pemuda DPPN), Ustaz Azmin Basya (Pengerusi DACS) dan Saudara Shahril Jalaluddin (Ketua Pemuda DPPKIT)
Ucapan penutup oleh YB DUN Semanggol
Hafiz, salah seorang dari pasukan Taliban X
Shahrizal, JPC Kampung Seri Kinta juga dari pasukan Taliban X
Pasukan Taliban X dari Ipoh Timor bergambar dengan piala pusingan
semua pasukan yang terlibat dari Ipoh Timor iaitu Bola Cat, Geng Surau dan Taliban X meraikan kemenangan mereka
menjulang piala pusingan yang akan pulang ke Markas UPU Pengkalan Barat, PAS Ipoh Timor

30 Jun 2013, Kem Hanifa, Gopeng - Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan kemenangan dan kejuaraan kepada kami sebagai johan dalam kejohanan Liga Sukan Paintball Piala YB Ketua Pemuda PAS Perak anjuran Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan atau dikenali sebagai DACS (Department Art, Culture and Sports), Dewan Pemuda PAS Perak siang tadi. 

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Perak iaitu YB Ustaz Zawawi Abu Hassan (YB DUN Semanggol) dan disertai oleh 13 pasukan dari pelbagai peringkat kawasan. Ada dari Jabatan Amal Perak, Bukit Gantang, Lumut, Tambun dan dua pasukan yang turut menyertai yang tidak kurang hebatnya dari belia-belia pekerja kilang Murrota A dan Murrota B yang mana pasukan mereka turut disertai oleh dua orang muslimat. 

Dewan Pemuda PAS Ipoh Timor telah menghantar tiga pasukan yang bernama Bola Cat, Geng Surau dan Taliban X dan akhirnya Taliban X berjaya masuk ke peringkat akhir seterusnya berjaya menggondol piala pusingan kejohanan, hadiah pakej percutian ke Lake Town Resort dan wang tunai RM300. 

Kejohanan yang bermula dari seawal jam 8.30 hingga 5.00 petang itu diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian hadiah dan pingat serta piala pusingan oleh YB Ustaz Zawawi Abu Hassan, dengan penuh kepuasan walaupun inilah pertama kali kami beraksi dalam arena sukan paintball.

Isnin, Jun 10, 2013

Program Ziarah Khas 2013

IPOH - Pada hari Sabtu, 8 Jun 2013 baru-baru ini, pihak Sekretariat Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPKIT) telah berjaya menganjurkan satu program ziarah berbentuk lawatan muhibbah terhadap dua organisasi iaitu Majlis Ulama Rohingya Malaysia (MURM) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Negeri Sembilan (DPPNNS).

Seawal jam 7 pagi delegasi DPPKIT yang terdiri daripada 9 orang exco dan ahli pemuda telah bertolak membelah embun menuju ke ibu kota, Kuala Lumpur menaiki 2 buah kereta dengan diketuai oleh Ketua Pemuda Saudara Ahmad Shahril bin Jalaluddin. Senarai ahli rombongan terdiri daripada Shahril(KP), Ust Yob (NKP), Zul (SU), Azli (PSU), Fendi (K.Pen), Safarizal (AJK), Hamzi (AJK), Shidi (U. Amal), dan Jamil (U. Amal)

Delegasi DPPKIT telah selamat tiba di pejabat MURM di Gombak kira-kira jam 11 pagi. DPPKIT telah disambut dengan penuh kesyukuran dan penghormatan oleh wakil MURM yang diketuai oleh pengerusinya Ustaz Jaber bin Mohd. Subahan. Di dalam pertemuan tersebut jurucakap MURM iaitu Ustaz Jaber dan Ust. Karim (SUA MURM) telah menceritakan kepada kami situasi semasa masyarakat minoriti muslim Rohingya yang kini sebahagian besarnya menjadi pelarian di negara-negara tetangga berhampiran Burma/Myanmar. Di samping itu, pihak DPPKIT juga sempat bersoal jawab dengan pihak MURM tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi meredakan koflik yang masih berlaku tanpa tanda kesudahan tersebut. 



Selepas sesi perbincangan berlangsung selama 1 jam lebih, pihak DPPKIT telah memohon penamatan perbincangan kerana perlu berkejar ke Negeri Sembilan untuk pertemuan kedua dengan pihak DPPNNS.
Sebelum menangguhkan majlis, pihak DPPKIT telah menyampaikan duit kutipan tabung solidariti untuk Rohingya sebanyak RM1231.00 yang telah dikumpulkan sebelum ini kepada Pengerusi MURM iaitu Ust Jaber.  




Selepas penyerahan duit kutipan, pihak MURM telah menjamu pihak DPPKIT dengan hidangan tengah hari ala Burma (mcm biryani daging). Kemudian sebelum beredar meneruskan perjalanan, kedua-dua pihak bergambar bersama sebagai kenangan.



Sekitar jam 1 t/hari delegasi DPPKIT terus bergerak menuju ke selatan tanahair bagi menghadiri kenduri kahwin adinda kepada sahabat exco DPPKIT saudara Shazwan seterusnya mengadakan pertemuan dengan exco DPPNNS. Pihak DPPKIT terpaksa menempuh 3 jam perjalanan kerana berlaku kesesakan lalulintas berhampiran Nilai Negeri Sembilan.

Pada pukul 4 petang pihak kami tiba dengan selamat di dewan Dato' Haji Maideen, tempat kenduri dan pertemuan yang dirancang. Setibanya kami di situ, kami terus dijamu oleh tuan rumah dengan hidangan kenduri yang disimpan khas untuk kami.



Kemudian selesai menjamu selera dan berehat, pertemuan santai bersama pimpinan DPPNNS dimulakan pada jam 5 petang juga di dewan tersebut. Tiga orang pimpinan DPPNNS yang hadir dalam sesi tersebut adalah Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendaharinya. Beberapa perkara dibincangkan dalam pertemuan tersebut berkisar tentang keputusan PRU ke-13 baru-baru ini serta sedikit perkongsian tentang langkah hadapan yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak bagi meningkatkan sokongan pengundi bagi pilihanraya akan datang.



Perbincangan ini berakhir kira-kira pada pukul 6 petang. Sebelum berangkat pulang pihak DPPKIT telah bergambar bersama pimpinan DPPNNS yang hadir sebagai tanda kenangan. Tuan rumah juga memberikan sedikit juadah untuk dibawa balik oleh delegasi rombongan.


Pihak kami pulang ke Ipoh dengan penuh kepuasan kerana beranggapan semua objektif program telah tercapai dengan jayanya. Delegasi DPPKIT tiba di Ipoh kira-kira jam 11 malam setelah 5 jam menempuh perjalanan. Semoga program ini memberikan pengalaman yang berharga kepada semua anggota rombongan dan meningkatkan motivasi untuk bergerak kerja dengan lebih cemerlang selepas ini.

Dilaporkan oleh:
ZULQARNAIN
SU DPPKIT


Sabtu, November 24, 2012

RETREAT DEWAN PEMUDA PAS IPOH TIMUR 2012






11 Nov 2012, UPU Pengkalan Barat, Ipoh Timor - Alhamdulillah retreat Dewan Pemuda Pas Ipoh Timor telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini di Markas UPU Pengkalan Barat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Dewan, Al Fadhil Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait. Beliau menggantikan ketidak hadiran Ketua kami iaitu Saudara Shahril Jalaluddin yang terpaksa bekerja di hujung minggu.

Beberapa Lujnah dan Jabatan dalam DPPKIT telah membentangkan kertas kerja program dan merangka gerak kerja yang menjurus ke arah pilihanraya dan perancangan program telah disusun atur dalam garis masa yang di tetapkan.

Program yang memakan masa sehari itu berakhir pada jam lima petang.

Rabu, Oktober 17, 2012

Lawatan PASTI Ipoh Timur ke Perpustakaan Awam dan beriadhah di Padang Polo


4 Oktober 2012. Ipoh Timor - Jawatankuasa dan MGP Pasti-Pasti dalam Kawasan Ipoh Timur baru-baru ini pada 4 Oktober iaitu pada hari Khamis yang lalu telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Awam atau dikenali sebagai Perpustakaan Tun Abdul Razak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Seterusnya murid-murid dibawa pula beriadhah di Padang Polo atau dikenali sebagai Padang Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.

Sabtu, Ogos 18, 2012

Tour DPPKIT beriktikaf di masjid-masjid sekitar Kawasan Ipoh Timor

Halaqah Tafsir Surah Ash-Shoff di Masjid Kampung Paloh pada 10 Ogos 2012
Iktikaf di Masjid kubu kuat UMNO, Kampung Seri Kinta, Masjid Ad-Dinniah pada 11 Ogos 2012
Beriktikaf di satu lagi masjid UMNO, Masjid Raja Dr. Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan pada 14 Ogos 2012
Gambar yang terpampang di Masjid Raja Dr. Nazrin Shah
Iktikaf di Masjid Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Masjid Jalan Diary) pada 16 Ogos 2012

Alhamdulillah, akhirnya DPPKIT berjaya melaksanakan tuntutan sunnah Rasulullah SAW yang menggalakkan umatnya supaya beriktikaf di masjid di malam-malam terakhir di bulan Ramadhan. Di sini sempat juga admin dan sebahagian AJK DPPKIT sempat merakamkan gambar sebagai tanda kenang-kenangan, dan yang terpenting sebagai bukti untuk dihadapkan ke hadrat Allah SWT nanti. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا .... ﴿١٦﴾
"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi (keredhaanNya)...."  (QS As-Sajdah : 16) 

Juga galakan dan saranan dari baginda SAW:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ (متفق عليه)
Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu mengerjakan i'tikaf pada sepuluh hari yang penghabisan dari bulan Ramadhan." (Muttafaq 'alaih)

Semoga Allah menerima segala amalan kami. Amin .... WAllahua'alam

Jumaat, Julai 13, 2012

Usrah dan Mesyuarat Sekretariat Dewan Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timur

Juadah lazat yang disediakan khas oleh saudara Mat Akhir Hashim, Pemuda PAS Cawangan Taman Cempaka sempena hari jadi beliau hari ini
Usrah yang dihadiri oleh sebahagian AJK DPPK IT
Sejurus selesai usrah kami bersama Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timur mula bermesyuarat
DAPSY Ipoh Timur diketuai oleh Ketua Pemudanya, Mr. Howard CH Lee (berbaju kelabu)
Banyak perkara yang dibincangkan malam ini, antaranya menyusun strategi untuk menumbangkan BN di kawasan Ipoh Timur pada PRU 13 akan datang
Antar saff kepimpinan DAPSY Ipoh Timur yang hadir pada mesyuarat Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat malam ini, termasuk DAPSY berbangsa melayu, saudara Jamaluddin (kanan sekali)

Jumaat, Mei 11, 2012

Warna Warni Penjenamaan Semula / Santai BBQ Jabatan Amal Ipoh Timur

antara ahli-ahli Jabatan Amal Ipoh Timur yang hadir
Ketua DPPKIT, saudara Shahril Jalaluddin sedang menyampaikan ucapan
Program dilancar dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak, Tuan Arif Shaarani
Bermula malam ini, tugas Komandan Jabatan Amal Ipoh Timur berpindah tangan daripada saudara Fadhil Hamran kepada saudara Abd Latif Rani
Cenderahati disampaikan kepada Tuan Arif Shaarani kerana kesudian beliau hadir merasmikan program kami
Sebaik sahaja selesai pelancaran Program Penjenamaan Semula Jabatan Amal Ipoh Timur, kami disajikan dengan ayam bakar
Ketua PAS Cawangan Kg Seri Kinta, Hj Rahim Dahari turut membantar menyediakan juadah, dengan membakar ayam... "kita bakor ... kita bakor ...", katanya.
Makan jangan sambil berdiri, syeikh....
jangan lupa baca bismillah

10 Mei 2012, Ipoh Timur - Alhamdulillah satu Program Re-branding atau Penjenamaan Semula Jabatan Amal Ipoh Timur dengan jayanya dilangsungkan oleh AJK jabatan Amal Ipoh Timur dibantu AJK DPPKIT malam tadi. Terima kasih diucapkan kepada Pengarah Jabatan Amal Negeri, Tuan Arif Shaarani kerana sudi melancarka dan merasmikan program ini.

"Kita selaku ahli-ahli Jabatan Amal, hendaklah bersiap siaga untuk menghadapi dan membantu serta gerak-kerja persiapan Pilihanraya UMum ke-13 yang semakin hampir kerana Ustaz Nasharuddin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri mengakui 70% kejayaan PRU ke 12 yang lalu banyak dibantu oleh Jabatan Amal," ujarnya. Program berjalan lancar bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 malam.