Kalau nak hentam pimpinan PAS atau Pakatan Rakyat lebih baik jangan jadi blogger PAS atau Pakatan Rakyat. Baik jadi kuli batak atau balaci UMNO. Lepas tu mintak upah pada UMNO kerana tolong hancurkan PAS. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan.
Macam ni.
Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab, akhlak Islam dan disiplinnya. Pimpinan PAS juga bukannya ma’sum (yang suci dari dosa) hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita. Blog bukanlah platform yang sesuai kerana blog akan dibaca dan diteliti oleh musuh PAS sendiri iaitu UMNO.
Akhir- akhir ini blogger PAS semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar PAS meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.
Kini segelintir bloggers PAS tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah dajjal media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato’ Hassan Ali dikritik sedemikian rupa dan ada juga yang berani menghina dan mengkritik Presiden yang bertaraf ulama. bagi yang mengkritik, admin dan tanya berapa Ayat dan Nas Al Quran yang anda hafal?
Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.
Oleh itu saya menyeru bloggers-bloggers PAS agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.
YDP PAS Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO.
Tingkatkan kefahaman tentang parti. Bagi para blogger yang kononnya menyokong PAKATAN RAKYAT, tolonglah berhenti dari menghentam PAS. Kerana PAS adalah tunjang utama dalam PAKATAN RAKYAT.
Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Fath pada Ayat 10 yang bermaksud : A’uzubILLAHi minas syaitonirrojim. “
Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah[1396].
Tangan Allah di atas tangan mereka[1397], maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” ShodaqALLAHul’Azim.
[1396]. Pada bulan Zulkaidah tahun keenam Hijriyyah Nabi Muhammad s.a.w. beserta pengikut-pengikutnya hendak mengunjungi Makkah untuk melakukan ‘umrah dan melihat keluarga-keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan. Sesampainya di Hudaibiyah beliau berhenti dan mengutus Utsman bin Affan lebih dahulu ke Makkah untuk menyampaikan maksud kedatangan beliau dan kamu muslimin. Mereka menanti-nanti kembalinya Utsman, tetapi tidak juga datang kerana Utsman ditahan oleh kaum musyrikin kemudian tersiar lagi berita bahawa Utsman telah dibunuh. Kerana itu Nabi menganjurkan agar kamu muslimin melakukan bai’ah (janji setia) kepada beliau. Merekapun mengadakan janji setia kepada Nabi dan mereka akan memerangi kaum Quraisy bersama Nabi sampai kemenangan tercapai. Perjanjian setia ini telah diridhai Allah sebagaimana tersebut dalam ayat 18 surah ini, kerana itu disebut Bai’atur Ridwan. Bai’atur Ridwan ini menggetarkan kaum musyrikin, sehingga mereka melepaskan Utsman dan mengirim utusan untuk mengadakan perjanjian damai dengan kaum muslimin. Perjanjian ini terkenal dengan Shulhul Hudaibiyah.
[1397]. Orang yang berjanji setia biasanya berjabat tangan. Caranya berjanji setia dengan Rasul ialah meletakkan tangan Rasul di atas tangan orang yang berjanji itu. Jadi maksud tangan Allah di atas mereka ialah untuk menyatakan bahwa berjanji dengan Rasulullah sama dengan berjanji dengan Allah. Jadi seakan-akan Allah di atas tangan orang-orang yang berjanji itu. Hendaklah diperhatikan bahawa Allah Maha Suci dari segala sifat-sifat yang menyerupai makhluknya.
Kita ni sapa, apa dalam parti? Muhasabah diri dulu sebelum mengkritik orang lain. Bloggers yang bertindak tanpa ilmu dan kefahaman akan bertindak mengkhinzir buta.
Allah S.W.T Berfirman dalam Surah An Nisaa’ pada Ayat 59 yang bermaksud : A’uzubILLAHi minas syaitonirrojim. “
Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu (pepimpin Jema’ah Islam). Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu (janganlah mengkritik), maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (hadis dan sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” ShodaqALLAHul’Azim.
Ayat ini ayat jelas, fi’lul amri lil wujub atau perintah yang wajib dan ianya menjelaskan kepada kita tentang sifat wala’, taat dan patuh kepada pemimpin Islam. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya bermaksud kita akan dapat kesimpulan dan jalan penyelesaian dari pertelingkahan jika kita rujuk balik pada Al Quran, Hadis, ijma’ ulama dan qias. Kalau sebaliknya, sama le macam UMNO/BN.
Nabi S.A.W juga bersabda supaya kita sentiasa beringat, “
Barangsiapa tidak menyukai sesuatu dari tindakan penguasa (pemimpin) maka hendaklah bersabar. Sesungguhnya orang yang meninggalkan (membelot) jamaah (Islam) walaupun hanya sejengkal maka wafatnya tergolong jahiliyah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
“
Hendaklah kamu mendengar, patuh dan taat (kepada pemimpinmu), dalam masa kesenangan (kemudahan dan kelapangan), dalam kesulitan dan kesempitan, dalam kegiatanmu dan di saat mengalami hal-hal yang tidak menyenangkan sekalipun keadaan itu merugikan kepentinganmu.” (HR. Muslim dan An-Nasaa’i)
“
Barangsiapa menghina penguasa Allah (yang mahu menegakkan Islam) di muka bumi maka Allah akan menghinanya.” (HR. Tirmidzi)
WAllahua’alam ….