Oleh: Safarizal Salleh
17 November 2010 (IPOH) - Usaha membantu golongan yang memerlukan diteruskan dengan program jejak fakir I'dul Adha yang memfokuskan golongan fakir miskin di perkampungan setinggan di sekitar Kawasan Parlimen Ipoh Timur.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur yang diketuai oleh Ketuanya Salman Saleh bersama pimpinan parti telah ke Kampung Setinggan Seri Keramat, Kampung Setinggan Sri Murni dan Kampung Setinggan Tok Chendang yang kesemuanya terletak di sekitar Kampung Pasir Putih.
Walaupun Ipoh adalah sebuah Bandaraya, tetapi perkampungan setinggan masih wujud dan golongan fakir miskin masih amat memerlukan bantuan. Pemuda PAS Ipoh Timur telah menyediakan selepas urusan Ibadah Korban pada paginya iaitu daging sembelihan untuk diagihkan.
Selain daging sembelihan tersebut, disertakan juga keperluan dapur kepada 30 buah keluarga yang telah diagihkan pada petangnya. Program seumpama ini adalah program mendekatkan antara PAS dan masyarakat terutama yang amat memerlukan perhatian daripada masyarakat lain.
Isnin, November 22, 2010
Usrah Kawasan Nov 2010
Antara isi-isi penting , Sabda Rasulullah SAW:
سيأتي زمان على أمتي ، يفرون من العلماء والفقهاء ، فيبتلهم الله تفقد بثلاث بليات : أولاها ، يرفع الله البركة من كسبهم ، والثانية ، يسلط الله تعالى عليهم سلطانا ظالما ، والثالثة ، يخرجون من الدنيا بغيرالإيمان
"Akan datang suatu zaman kepada umatku, mereka lari dari para ulama dan fuqaha, maka Allah akan menurunkan tiga macam bencana kepada mereka: Pertama, dicabut keberkatan dari usahanya; Kedua, Dia kuasakan penguasa zalim atas mereka; Ketiga, mereka meninggal dunia tanpa membawa iman." (HR Muttafaqun 'Alaih)
Rabu, November 17, 2010
Edaran Daging Korban 10 Zulhijjah 1431 H
Salah seekor dari tiga kerbau yang dikorbankan
Seekor je lembu tahun ni
Ibadah penyembelihan dilakukan oleh Hj. Fauzi, ahli PAS Cawangan Kg Pasir Puteh. Darah merocik preettt kena kamera.
Muslimat PAS Kawasan juga turut menyumbangkan tenaga
NYDP dengan gagahnya melapah daging
Selesai melapah, menjamu selera dengan makan tengahari. Lauknya daging kerbau segar masak kicap, hmmm....
Proses timbang dan bungkus
Daging yang dah siap dibungkus sedia untuk diagih-agihkan
Setelah dibungkus dengan plastik "bulan" di masukkan pula ke dalam kereta
Tanpa mengira fahaman politik, kami tetap memberi bakti dan sumbangan
17 Nov, Ipoh Timur - DPPKIT dan Pas Kawasan Ipoh Timor petang ini melancarkan edaran daging korban di sekitar Kawasan Ipoh. Aktiviti bermula dari penyembelihan, melapah, membungkus seterusnya hinggalah edaran dari rumah ke rumah. Proses timbang dan bungkus
Daging yang dah siap dibungkus sedia untuk diagih-agihkan
Setelah dibungkus dengan plastik "bulan" di masukkan pula ke dalam kereta
Tanpa mengira fahaman politik, kami tetap memberi bakti dan sumbangan
Antara Pas Cawangan yang turut membantu dalam program ini ilah Pas Cawangan Kg Pasir Puteh dan Kg Seri Kinta. Pemprosesan daging tiga ekor kerbau dan seekor lembu itu dibuat di Surau Al Aziziah, Kg Pasir Puteh.
sumbangan sempena menjelangnya 'Idul Adha dan Deepavali yang baru berlalu
Sebahagian dari penduduk warga india yang menerima sumbangan
Tanda keprihatinan, kami turut menghulurkan sumbangan bagi mereka-mereka yang akan menyambut 'Idul Adha esok
Seorang anak ahli PAS Cawangan Taman Cempaka yang cemerlang 7A dalam UPSR baru-baru ini turut menerima sumbangan daripada Saudara Salman SallehDengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapatlah meringankan perbelanjaan isi rumah bagi menyambut Hari Raya 'Idul Adha yang akan disambut esok. Begitu juga sumbangan turut dihulurkan kepada golongan dhaif dari kalangan penduduk Taman Cempaka berbangsa India sebagai tanda ingatan kami kepada mereka yang baru sahaja menyambut sambutan Hari Deepavali.
Ahad, November 14, 2010
Ihtifal Pasti Kawasan Ipoh Timor
Backdrop yang menarik dibuat oleh Amat Qaiyyum
Meja pendaftaran dibuka seawal jam 8.00 malam
Antara hadirin yang mewakili ibu-bapa, penjaga, keluarga dan sanak saudara pelajar Pasti Kawasan Ipoh Timor
Para Ahli Lembaga Pengarah Pasti duduk di meja VIP
Majlis dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Saudara Salman Salleh
Persembahan yang mencuit hati dari para pelajar. Di balik tubuh yang kecil mereka ini tersimpan bakat yang besar dalam diri mereka.
Para pemenang Cabutan Nama Bertuah menerima hadiah masing-masing.
Antara hadiah-hadiah untuk perserta Cabutan Nama Bertuah, Trofi dan Sijil Penghargaan untuk pelajar-pelajar cemerlang Pasti
13 Nov, Hotel Seri Malaysia, Ipoh - DPPKIT dengan jayanya telah melangsungkan Malam Ihtifal PASTI Kawasan Ipoh Timur hari ini. Majlis ini bagi meraikan dan penganuherahan tahap kecemerlangan Diniah dan Akademik pelajar pelajar Pasti dari Pasti Ibnu Safa - Taman Shatin, Pasti Raudhatul 'Ilm - Kampung Temiang, Pasti Bestari - Taman Cempaka dan yang baharu dibuka, Pasti Al Ihsan - Taman (Pengkalan Jaya) SPPK. Majilis bermula seawal jam 8.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam.
Persembahan yang mencuit hati dari para pelajar. Di balik tubuh yang kecil mereka ini tersimpan bakat yang besar dalam diri mereka.
Para pemenang Cabutan Nama Bertuah menerima hadiah masing-masing.
Antara hadiah-hadiah untuk perserta Cabutan Nama Bertuah, Trofi dan Sijil Penghargaan untuk pelajar-pelajar cemerlang Pasti
Langgan:
Catatan (Atom)