iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Disember 16, 2009

10 Sifat Individu Muslim


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain.

Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

والمؤمن القوي خير وأحب الله من المؤمنين الذين كانت ضعيفة ولكن لديهما جيدة

Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.

Pesan Imam Banna:

Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Ujian Dari Allah


Holawatul Iman (Kemanisan Iman)

والله ، لا أن الفقر أخشى إذا حلت لكم ، لكنني خائف من هو اذا كنت جعلت العالم مكانا للمتعة كما كان يسر على الذين من قبلكم ، ثم انك تطارد بعضها البعض كما أنها لاحقت بعضها البعض ، ثم هل يجب ان تدمر بها لأنها دمرت 

Demi Allah, bukanlah kemelaratan yang aku takuti bila menimpa kalian, tetapi yang kutakuti adalah bila disenangkannya dunia bagimu sebagaimana pernah disenangkan bagi orang-orang yang sebelum kalian, lalu kalian saling berlumba sebagaimana mereka berlumba, lalu kalian dibinasakan olehnya sebagaimana mereka dibinasakan” (HR. Ahmad)

Bahawa dalam dunia ini Allah telah menciptakan keindahan yang begitu banyak. Antara keindahan yang diberikannya adalah keindahan berupa kemanisan dan kemanisan itu bukan semua orang dapat mengecapinya.

berfikir untuk jemaah

Oleh : NKP DPPKIT

Peringatan : Bercuti Fizikal Jangan Berhenti Mental

“Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak (sempat) memancung ia, ia akan memancung kamu” [pepatah arab]

“Dok umah dok tau nok wat gapo…”

“Bosanlah cuti ni..” .... Berhenti!

Jangan lagi buat kenyataan sedemikian. Sampai bila lagi membiarkan diri terkeliru sampai tak tahu nak buat apa?

Belum cuti bukan main gembira nak bercuti. Tetapi ketika bercuti rasa bosan, kenapakah begitu?

Bukti V.Sivakumar sebagai Speaker yang sah !!!!


IPOH, 16 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta seluruh rakyat melihat penyata rasmi yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Perak semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua pada hari Khamis, 7 Mei lalu di Dewan Mesyuarat, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Dilaporkan oleh HarakahDaily.

BKA : UMNO/BN masih lagi berdolak-dalik dan masih tidak mahu mengakui bahawa V.Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak walaupun Pakatan Rakyat Perak mempunyai bukti yang kukuh untuk membuktikan beliau sebagai Speaker yang sah.

Kenyataan Media : Selamatkan SIS dan SERATA

diposting oleh : Ketua Penerangan DPPKIT

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak supaya Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak agar tidak meneruskan usaha menyerahkan sekolah tersebut kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri membatalkan usaha tersebut dan jangan mengheret sekolah ini atas agenda politik. DPPN Pk merayu semua pihak agar campur tangan di atas usaha ini supaya usaha tersebut dibatalkan. DPPN Pk meminta semua Badan Bukan Kerajaan Melayu / Islam dan juga Persatuan Bekas Pelajar agar mendesak supaya dibatalkan usaha tersebut.

DPPN Pk juga meminta supaya Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak agar campur tangan supaya usaha ini digagalkan. DPPN Pk akan mengutus surat rasmi memohon perkenan agar Raja Dr Nazrin Shah membantu menyelamatkan sekolah tersebut.

DPPN Pk sekali lagi menegaskan agar Kerajaan Negeri tidak mengadaikan sekolah tersebut. Kerajaan Negeri sepatutnya bangga dengan kecermelangan dan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh sekolah tersebut sebagai satu sejarah dan imej Negeri Perak.














SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.