iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Disember 16, 2009

Kenyataan Media : Selamatkan SIS dan SERATA

diposting oleh : Ketua Penerangan DPPKIT

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak supaya Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak agar tidak meneruskan usaha menyerahkan sekolah tersebut kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri membatalkan usaha tersebut dan jangan mengheret sekolah ini atas agenda politik. DPPN Pk merayu semua pihak agar campur tangan di atas usaha ini supaya usaha tersebut dibatalkan. DPPN Pk meminta semua Badan Bukan Kerajaan Melayu / Islam dan juga Persatuan Bekas Pelajar agar mendesak supaya dibatalkan usaha tersebut.

DPPN Pk juga meminta supaya Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak agar campur tangan supaya usaha ini digagalkan. DPPN Pk akan mengutus surat rasmi memohon perkenan agar Raja Dr Nazrin Shah membantu menyelamatkan sekolah tersebut.

DPPN Pk sekali lagi menegaskan agar Kerajaan Negeri tidak mengadaikan sekolah tersebut. Kerajaan Negeri sepatutnya bangga dengan kecermelangan dan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh sekolah tersebut sebagai satu sejarah dan imej Negeri Perak.














SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan