iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Jumaat, Januari 29, 2010

Program Mengumpulkan Pemuda-Pemuda PAS Ipoh Timur ke HEMPAP 2



kaunter pendaftaran dibuka seawal jam 9 malam


acara menghidupkan bara pemanggang ayam


 

Taman Chempaka, 29 Jan - Program Himpunan Pemuda-Pemuda dari kalangan ahli-ahli PAS bagi mendaftarkan nama-nama mereka untuk sama-sama menghadiri Program HEMPAP buat kali yang ke 2 telah diadakan di Pasti Bestari Cawangan Taman Chempaka semalam.

Tentatif program masih sama seperti yang telah diadakan pada 25 Jan lalu di Pasti Raudhatul 'Ilmi Kg Temiang tempohari. Cuma kali ini ada tayangan slide bagi menambah tarikan para pengunjung di kalangan pemuda-pemuda di sekitar Taman Chempaka. Selain itu turut juga dibuka kaunter pendaftaran bagi mengisi borang keahliam PAS dan borang daftar pengundi baru bagi mereka-mereka yang belum mendaftar sebagai ahli dan pengundi.

Majlis ini turut dihadiri oleh peserta dari para pelajar dari institusi pengajian tinggi di sekitar cawangan ini. DPPKIT telah berjaya mendaftarkan nama peserta yang bakal menghadiri Program HEMPAP seramai 30 orang dan kami akan bertolak seawal jam 7 pagi 31 Jan di Kg Temiang.

Isnin, Januari 25, 2010

Program Mengumpulkan Pemuda-Pemuda PAS Ipoh Timur ke HEMPAP 1



TKP sedang memberi ucapan kata-kata aluan







para pemuda sekitar Cawangan Tmn Temara, Kg Seri Kinta, Kg Pasir Puteh dan Kg Temiang sedang menjamu selera

banner yang canteekkk dari design Mat Kaiyoum Ent





SU DPPKIT sedang mengendalikan bahagian pendaftaran

ketua pemuda PAS Cawangan Kg Temiang




sedang sibuk di bahagian dapur



menu utama : Ayam Bakar !!!!

 
golongan peTUA juga turut memeriahkan majlis eheheh

Kg.Temiang, 25 Jan - DPPKIT dengan kerjasama PAS Cawangan Kg Temiang telah mengadakan Program Himpunan Pemuda-Pemuda dari kalangan ahli-ahli PAS di perkarangan Pasti Raudhatul 'Ilmi Kg Temiang bagi mendaftarkan nama-nama mereka untuk sama-sama menghadiri Program HEMPAP, Ahad ini. InsyaAllah satu bas akan menyusul dari sini.

Program yang di hadiri kira-kira 50 hadirin ini berakhir pada jam 11.00 malam

Islam Sebagai Jalan Penyelesaian


Sambungan dari kuliah perkaderan yang dipetik dari Kitab Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin. Bahagian ke 2 dalam tajuk DAKWAH IKHWANUL MUSLIMIN, DAKWAH ABAD EMPAT BELAS HIJRIYAH.

Oleh kerana itu, (wahai pemuda) perbaharuilah iman, kemudian tentukan sasaran dan tujuan langkah anda. Sesungguhnya, kekuatan pertama adalah iman, buah dari iman ini adalah kesatuan, dan kesimpulan dari kesatuan adalah kemenangan yang gilang gemilang. Oleh kerananya, berimanlah anda, eratkanlah ukhuwah, sedarilah, dan kemudian tunggulah (setelah itu) datangnya kemenangan.

"Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.: Dunia ini sedang dalam keadaan gundah gulana. Semua sistem yang ada telah gagal melakukan pembaikan. Sesungguhnya, tidak ada jalan keluar dari permasalahan itu kecuali Islam. Oleh kerananya, maralah kehadapan dengan asma Allah untuk menyelamatkannya. Semua orang sedang menunggu datangnya seorang penyelamat, dan penyelamat itu tiada lain kecuali risalah Islamiyah, di mana kalian yang membawa lenteranya dan memberikan khabar gembira kepada manusia tentang kewujudannya.

Wahai pemuda !
Sesungguhnya, manhaj Ikhwanul Muslimin itu telah jelas dari segi tahapnya dan langkah-langkahnya. Anda sebenarnya mengetahui apa yang kami inginkan dan kami amat memahami apa saja prasarana yang gunakan untuk mewujudkan kemahuan itu. Pertama-tama, kami menginginkan seorang yang muslim dalam pola pemikiran dan akidahnya, dalam moraliti dan perasaannya, serta dalam amal dan perilakunya. Ini merupakan salah satu keupayaan pembentukkan individu mukmin dalam dakwah kami. Setelah itu, kami menginginkan terbangunnya rumah tangga yang Islami juga dalam pola pemikiran dan akidahnya, dalam moraliti dan perasaannya, serta dalam amal dan perilakunya. Untuk itu, kami juga memperhatikan kaum wanita sebagaimana perhatian kami kepada kaum pemuda. Kami juga memperhatikan anak-anak sebagaimana perhatian kami kepada pemuda.

Setelah itu, kami juga menginginkan bangsa yang muslim. Untuk itulah, kami berusaha agar dakwah kami sampai ke setiap pelusuk, suara kami dapat didengari di setiap tempat, fikrah kami dapat difahami dengan mudah, serta dapat menerjah ke seluruh penjuru desa, kota, dan pusat-pusat kegiatan. Untuk itu, kami tidak akan menyia-nyiakan potensi dan prasarana yang ada. Setelah itu, kami menginginkan sebuah pemerintahan Islam yang dapat memimpin bangsa menuju masjid dan membimbing manusia kepada hidayah Islam, sebagaimana pemerintahan Islam sebelumnya yang telah berhasil membawa mereka ke jalan itu dengan bimbingan para sahabat Rasul, seperti Abu Bakar dan Umar ra.

Akan bersambung dalam tajuk yang sama pada siri kuliah akan datang .... 

Khamis, Januari 21, 2010

PENTING!!! HEMPAP‏

 Oleh : SU DPPKIT



Salam. Bagi mendapatkan seramai mungkin peserta untuk Program HEMPAP 31/01/10 ini. Maka diharapkan tuan-tuan dapat mencari peserta di kalangan kenalan tuan dan puan bagi memenuhi ruang BAS yang akan kita gunakan untuk ke tempat program nanti. Mohon hebahkan kepada sesiapa yang berminat menyertai rombongan Pemuda Ipoh Timur agar dapat mengisi maklumat diri ke dalam borang yang dilampirkan ini.

Rabu, Januari 20, 2010

Barisan Nasional (BN) Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk Formula One (F1)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan.

Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain. Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini.

PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul. Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.

PAS juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. PAS mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat. Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.













Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

RIADAH


Oleh : NKP DPPKIT

Program Bulanan Hari Khamis ini jam 9.30 malam, DPPK Ipoh Timur akan adakan riadah bulanan yang telah ditetapkan. Futsal antara aktiviti yang dipilih dalam perbincangan sebelum ini. Di sini kita lihat gambaran apa sebenar RIADAH.

Riadah merupakan salah satu aktiviti yang mampu merehatkan minda kita setelah penat seharian berkerja. Bayangkan jika pada hujung minggu kita merancang untuk ke destinasi peranginan untuk berehat, sudah tentu jari mengira hari bila akan sampai hujung minggu itu tadi. Selain itu, riadah juga mampu mengisi masa lapang kita dengan aktiviti-aktiviti yang kita gemari. Tidak kisahlah apa aktivitinya, asalkan masih dalam lingkungan wajar Islam.

Riadah salah satu cara merehatkan minda

Riadah bermaksud merehatkan diri dengan melakukan suatu aktiviti secara fizikal dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Kita boleh kategorikan riadah kepada banyak jenis kerana ianya subjektif untuk diklasifikasikan. Di sini kita kategorikan riadah kepada tiga jenis iaitu riadah santai, riadah sederhana lasak dan riadah lasak.

Kita cuba mengklasifikasikan contoh riadah dalam klasifikasi berikut :

Riadah santai - aktiviti yang menggunakan fizikal tetapi tidak menggunakan banyak ruang. Misalnya : tidur, makan, berbual kosong, berforum, menonton televisyen, membaca akhbar, buku atau majalah, bermain dam haji, dan bermain permainan video. Santai.

Riadah sederhana lasak – aktiviti yang menggunakan fizikal dan menggunakan ruang yang terhad atau tidak terlalu besar. Misalnya : berjoging, mandi laut, bermain bola sepak dan bermain bowling.

Riadah lasak - aktiviti yang menggunakan lebih daya fizikal mahupun mental dan menggunakan ruang aktiviti yang lebih terbuka dan luas. Misalnya : jungle tracking, ice-climbing, mendaki, meluncur, dan bermain paintball.

Berjalan, berjoging, bergambar. Kesemua aktiviti mendatangkan manfaat yang sama walaupun dilakukan dengan cara yang berlainan. Apa yang membezakan, cuma penggunaan daya, tahap ketahanan dan soal keselamatan yang perlu diambil kira.

Tujuan Riadah : mengeratkan silaturrahim, merehatkan minda, kurangkan stress

perlukan sokongan moral


Pasukan Perak kalah lagi..... kenapanya.. coach ada.. pengurus pun mantap beb.. import dari taliban lagi.. player muda-muda.. laju.. tangkas.. ligat.. bijak.. apa kurangnya.. cari punya cari... pikir pun pikir.. cuma satu je kurang.. penganti Wak Jamel. Perak perlukan sokongan moral daripada peminat bolasepak. Peminat perlu memenuhi stadium Perak sekurang-kurangnya 10 ribu penonton, baru semangat anak buah ustaz taliban belasah pihak lawan tak kira pasukan mana sekalipun. Tetapi langkah pertama.. cari penganti wak Jamel secepat mungkin.. cari yang betul-betul minat nak lihat peminat setia bolasepak perak datang ke stadium bagi semangat tidak berbelah-bagi. Datang dari Tanjung Malim hingga bagan Serai pun tak ngapa asalkan dapat tengok pasukan Perak main ngan penuh semangat dan cantek.

Selepas mencatatkan kemenangan pertama ketika menentang pasukan Johor tempohari, Perak berdepan dengan cabaran sebenar mereka apabila melayan kunjungan Perlis pada perlawanan keempat Liga Super 2010 di halaman sendiri malam tadi. Tetapi hampa, tewas 1-2, ramuan tidak cukup.

Pengurus
Jurulatih
Penolong Jurulatih
Barisan Pemain-pemain Perak

AJK MASJID: UMNO TIDAK BANTAH?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) masih menunggu komen terbaru daripada Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid setelah selesai Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) baru-baru ini.

Rakyat maklum bahawa pada Persidangan Ke-169 MAIAMP yang telah di pengerusikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini, Kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Negeri Perak tidak menghantar wakil kerana Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam telah mengikuti rombongan Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Arab Saudi. Walaupun Datuk Najmuddin Alias Al-Hafiz selaku Penasihat Agama Islam kepada Menteri Besar kudeta, beliau tidak layak untuk hadir di dalam persidangan tersebut.

Di lihat jelas UMNO tidak mementingkan urusan Agama Islam di tambah pula dengan suasana tegang berkaitan kalimah Allah dan berbagai isu Agama Islam yang perlu di tangani segera. UMNO seolah-olah tidak menghormati Raja Dr Nazrin Shah semasa persidangan tersebut berlangsung kerana tiada seorang pun wakilnya yang hadir dalam persidangan tersebut. Isu AJK Masjid yang masih belum selesai, jelas memperlihatkan bahawa UMNO tidak serius di dalam perkembangan Agama Islam di Negeri Perak khasnya. DPPN Pk mendesak supaya UMNO menghormati keputusan perlantikan AJK Masjid yang telah di perkenan oleh Raja Dr Nazrin Shah dan tidak menggunakan saluran media untuk mencari kesalahan yang sepatutnya di bawa semasa persidangan tersebut.

DPPN Pk akan menunggu respon daripada UMNO berkaitan perlantikan AJK Masjid ini. UMNO jangan cuba merosakkan institusi Masjid sebagai gelanggang dan juga pentas politik murahan mereka. DPPN Pk memohon Raja Dr Nazrin Shah selaku Yang Di Pertua MAIAMP agar tidak tunduk dengan desakan UMNO untuk menjadikan AJK Masjid sebagai AJK Masjid UMNO.












SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Selasa, Januari 19, 2010

Ikhwanul Muslimin keluar fatwa melarang pembelian barangan Israel.


Selasa , 19/01/2010 - Kumpulan Ikhwanul Muslimin di Jordan telah melarang sebarang import barangan dari Israel, sambil menyifatkan ia suatu penyeragaman ke atas penjajahan Israel dan satu nadi penggerak ekonomi negara tersebut.

Dalam fatwa yang dikeluarkan Ahad lalu, kumpulan itu menyatakan tanggungjawab agama memerlukan barang-barang ini dikenalpasti dan dimaklumkan kepada badan anti-penyeragaman. Ia turut berkata barang-barang ini tidak sepatutnya diedarkan dan rakyat perlu diingatkan tanggungjawab mereka sebagai muslim keatas barangan tersebut.

sumber : http://www.infopalestina.com/ms/

Setiap yang berada dalam MTD kena peka tentang ini !!!!


KUALA LUMPUR, 19 Jan: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain meminta semua ahli peka dengan maklumat berhubung usaha tersusun pihak-pihak tertentu untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Perak melalui pendaftaran pemilih berganda. Lagi di Harakahdaily.

Kenyataan PJ PAS Perak ini berikutan kenyataan seorang hamba Allah yang berkemungkinan seorang Polis yang turut menghantar artikelnya di Harakahdaily juga.

Jumaat, Januari 15, 2010

pertama kali DPPKIT berusrah di kediaman baru KP DPPKIT



Taman Botani, 14 Jan - Buat kali pertamanya, ana sampai ke kawasan perumahan baru dan luas di Taman Botani. Kawasan ni dah masuk Kawasan Gopeng dah tapi ramai AJK DPPKIT ni tinggal kat kawasan ni. Sesat jugak lah ana untuk sampai ke rumah ni.

Ipoh Timur Cakna Masyarakat!


Ustaz Rahmat, AJK Pas Kawasan Ipoh Timur menyampaikan sumbangan beg sekolah sambil diperhatikan oleh Ustaz Faisal , Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur
 
Antara keluarga yang menerima sumbangan beg sekolah

 Ustaz Faisal dan Ustaz Rahmat mencubakan pakaian sekolah kepada penerima sumbangan

"Setiap langkah pergi ke sekolah, akan mendapat pahala" Mungkin itulah dialog yang dibualkan oleh Ustaz Faisal ketika menyarungkan kasut sekolah kepada penerima sumbangan.

"Belajar rajin-rajin ye. Dah besar nanti jadi penegak Agama Allah tau." 

Wajah ceria penerima bantuan barangan kelengkapan sekolah bergambar di hadapan kedai Pakaian Kah Kit.


Pada 27/12/09 yang lalu, Lajnah Kebajikan DPPK Ipoh Timur dengan kerjasama Lajnah Kebjikan Kawasan Ipoh Timur telah mengadakan satu program sumbangan bantuan persekolahan kepada beberapa keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan ini.

Dua tempat yang dipilih untuk menjayakan program ini ialah Taman Cempaka dan Kg Sri Murni. Sumbangan yang diberikan berbentuk set perlengkapan sekolah seperti beg serta alat tulis. Selain itu dua orang pelajar yang bertuah telah terpilih untuk menerima sumbangan pakaian sekolah yang ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Pakaian Kah Kit. Mereka telah dibawa sendiri ke kedai tersebut bagi mendapatkan suit pakaian mereka.

Sumber dari DPP Perak.

Khamis, Januari 14, 2010

Gerhana separa Jumaat ini, umat Islam digalak solat kusuf


KUALA LUMPUR, Jan 13 — Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku pada Jumaat ini, bermula pada pukul 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 4.26 petang.Sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai dengan khutbah khas gerhana, menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Jakim juga melalui Cawangan Falak akan mengadakan solat sunat kusuf di masjid-masjid utama negara iaitu Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya pada pukul 3.45 petang.Selain itu, katanya aktiviti cerapan juga akan diadakan di keempat-empat masjid tersebut dengan kerjasama seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor dan Institut Latihan Islam Malaysia (IIim), Bangi, Selangor. Jakim menjadikan Masjid Putra, Putrajaya sebagai lokasi utama bagi menunaikan solat sunat kusuf, aktiviti cerapan dan pameran.

Disamping itu, katanya orang ramai juga dijemput mendengar ceramah berhubung fenomena itu yang akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya bermula pada pukul 2.45 petang iaitu sebelum solat sunat kusuf disempurnakan.Ceramah yang akan mengupas tajuk Fenomena Gerhana Matahari itu akan disampaikan oleh Dr Azhari Mohamed dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.Jakim juga menyeru semua masjid dan surau di negara ini agar dapat mengambil kesempatan ini untuk mengadakan solat sunat kusuf. — Bernama

Isnin, Januari 11, 2010

Juara rakyat salahguna wang rakyat


DS Najib telah melancarkan program UMNO juara rakyat. Program ini adalah merupakan usaha UMNO yang terdesak untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat pada UMNO. Seperti kata Najib, UMNO dah insaf atas segala kesilapan masa lalu selepas keputusan pru12 2008.

Yang menghairankan saya, kenapa mesti UMNO juara rakyat. Bukankah UMNO bersama BN memerintah Malaysia. Tidakkah UMNO sedar yang mereka ditolak oleh rakyat ialah kerajaan BN. Nampaknya UMNO hanya nak rakyat melihat UMNO saja yang juara rakyat dan bukannya BN, atau UMNO memang sedar faktor penolakan rakyat terhadap BN adalah kerana UMNO yang sudah dilihat terlalu jijik oleh rakyat. Mungkin ini lah jawapannya sehingga UMNO terpaksa bertungkus lumus untuk menampakkan yang UMNO lah juara rakyat.

Saya tidak kisah kalau UMNO nak ajak rakyat mengatakan dia juara rakyat, itu hak dia sebagai parti politik. Memang semua parti politik berusaha untuk mendapat sokongan dan dokongan rakyat. Persoalannya ialah kalau UMNO nak mengaku yang dia juara rakyat, adakah program dan projek yang dia buat dalam kempen UMNO juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari UMNO sendiri? Najib umum peruntukan RM15.6 juta untuk baiki bumbung pangsapuri Sentosa, adakah ini duit dari tabung UMNO atau duit negara yang merupakan duit rakyat. Kenapakah projek ini diletakkan pemantauannya di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri (JPM). Adakah gaji pegawai-pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh UMNO. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain apakah dia tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan.

UMNO kena jelaskan pada rakyat bahawa semua projek dan program yang UMNO buat dalam siri kempen UMNO juara rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera UMNO sendiri. Baru lah boleh UMNO dabik dada kata dia juara rakyat. Kalau tidak dia hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik UMNO yang kian pudar dan mulai pupus.

Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena

Penawar penyakit kuning


Oleh : NKP DPPKIT

Salam ... pemuda kita mungkin ada masalah penyakit pada anak yang baru lahir... ini ada la petua sikit.

Selain mendedahkan bayi kepada cahaya matahari di waktu pagi dan memberi susu badan, ada cara lain yang patut diamalkan sejak mengandung lagi. Caranya dengan memakan epal hijau. insya Allah, jika anda mengamalkan petua ini, masalah penyakit kuning pada bayi akan dapat dielakkan.

Ambil seberapa banyak daun inai dan rebus bersama air hingga mendidih. Kemudian, campurkan dengan air sejuk supaya menjadi suam-suam kuku. Mandikan bayi sambil diiringi selawat. Ulangi mandian sehingga hilang kuning tersebut.Rebus lima hingga enam batang serai muda yang telah dibersihkan sehingga mengeluarkan bau. Kemudian biarkan air tersebut suam.

Setelah itu bolehlah anda memandikan bayi menggunakan air tersebut. Amalkan sehari sekali.Anda juga boleh mencuba dengan memberi bayi anda titisan air anggur hitam ke mulut bayi anda. Insya Allah ia amat mujarab untuk menghilangkan penyakit kuning bayi.

Bakar Gereja Dan Arak Kepala Lembu...Ini Kerja Sapa?




Kalau kita perhatikan gambar kiri, atas ini, yang menjadi proksi kes Arak Kepala Lembu memang UMNO. Klik sini untuk lebih lanjut mengenai berita bergambarnya. Persoalannya sekarang, siapa pula yang menjadi dalang dalam kes Bakar Gereja pulak ???? Adakah proksinya dari UMNO juga ????


Pemuda PAS Perak mengutuk tindakan melempar bom api di Gereja Taiping, beritanya ada di sini.Gambar kiri, merupakan salah satu dari gereja yang menjadi serangan molokov cocktail pelampau agama yang mungkin dari UMNO ....