DS Najib telah melancarkan program UMNO juara rakyat. Program ini adalah merupakan usaha UMNO yang terdesak untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat pada UMNO. Seperti kata Najib, UMNO dah insaf atas segala kesilapan masa lalu selepas keputusan pru12 2008.
Yang menghairankan saya, kenapa mesti UMNO juara rakyat. Bukankah UMNO bersama BN memerintah Malaysia. Tidakkah UMNO sedar yang mereka ditolak oleh rakyat ialah kerajaan BN. Nampaknya UMNO hanya nak rakyat melihat UMNO saja yang juara rakyat dan bukannya BN, atau UMNO memang sedar faktor penolakan rakyat terhadap BN adalah kerana UMNO yang sudah dilihat terlalu jijik oleh rakyat. Mungkin ini lah jawapannya sehingga UMNO terpaksa bertungkus lumus untuk menampakkan yang UMNO lah juara rakyat.
Saya tidak kisah kalau UMNO nak ajak rakyat mengatakan dia juara rakyat, itu hak dia sebagai parti politik. Memang semua parti politik berusaha untuk mendapat sokongan dan dokongan rakyat. Persoalannya ialah kalau UMNO nak mengaku yang dia juara rakyat, adakah program dan projek yang dia buat dalam kempen UMNO juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari UMNO sendiri? Najib umum peruntukan RM15.6 juta untuk baiki bumbung pangsapuri Sentosa, adakah ini duit dari tabung UMNO atau duit negara yang merupakan duit rakyat. Kenapakah projek ini diletakkan pemantauannya di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri (JPM). Adakah gaji pegawai-pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh UMNO. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain apakah dia tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan.
UMNO kena jelaskan pada rakyat bahawa semua projek dan program yang UMNO buat dalam siri kempen UMNO juara rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera UMNO sendiri. Baru lah boleh UMNO dabik dada kata dia juara rakyat. Kalau tidak dia hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik UMNO yang kian pudar dan mulai pupus.
Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena
Tiada ulasan:
Catat Ulasan