iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Januari 20, 2010

RIADAH


Oleh : NKP DPPKIT

Program Bulanan Hari Khamis ini jam 9.30 malam, DPPK Ipoh Timur akan adakan riadah bulanan yang telah ditetapkan. Futsal antara aktiviti yang dipilih dalam perbincangan sebelum ini. Di sini kita lihat gambaran apa sebenar RIADAH.

Riadah merupakan salah satu aktiviti yang mampu merehatkan minda kita setelah penat seharian berkerja. Bayangkan jika pada hujung minggu kita merancang untuk ke destinasi peranginan untuk berehat, sudah tentu jari mengira hari bila akan sampai hujung minggu itu tadi. Selain itu, riadah juga mampu mengisi masa lapang kita dengan aktiviti-aktiviti yang kita gemari. Tidak kisahlah apa aktivitinya, asalkan masih dalam lingkungan wajar Islam.

Riadah salah satu cara merehatkan minda

Riadah bermaksud merehatkan diri dengan melakukan suatu aktiviti secara fizikal dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Kita boleh kategorikan riadah kepada banyak jenis kerana ianya subjektif untuk diklasifikasikan. Di sini kita kategorikan riadah kepada tiga jenis iaitu riadah santai, riadah sederhana lasak dan riadah lasak.

Kita cuba mengklasifikasikan contoh riadah dalam klasifikasi berikut :

Riadah santai - aktiviti yang menggunakan fizikal tetapi tidak menggunakan banyak ruang. Misalnya : tidur, makan, berbual kosong, berforum, menonton televisyen, membaca akhbar, buku atau majalah, bermain dam haji, dan bermain permainan video. Santai.

Riadah sederhana lasak – aktiviti yang menggunakan fizikal dan menggunakan ruang yang terhad atau tidak terlalu besar. Misalnya : berjoging, mandi laut, bermain bola sepak dan bermain bowling.

Riadah lasak - aktiviti yang menggunakan lebih daya fizikal mahupun mental dan menggunakan ruang aktiviti yang lebih terbuka dan luas. Misalnya : jungle tracking, ice-climbing, mendaki, meluncur, dan bermain paintball.

Berjalan, berjoging, bergambar. Kesemua aktiviti mendatangkan manfaat yang sama walaupun dilakukan dengan cara yang berlainan. Apa yang membezakan, cuma penggunaan daya, tahap ketahanan dan soal keselamatan yang perlu diambil kira.

Tujuan Riadah : mengeratkan silaturrahim, merehatkan minda, kurangkan stress

Tiada ulasan:

Catat Ulasan