Kepada :
Haji Mohamad Jayus Haji Bunasir
Pengarah,
Politeknik Ungku Omar,
Jalan Raja Musa Mahadi,
31400 Ipoh .
(No. Fax : 05-547 1162)
Y.Bhg. Tuan;
PENGANJURAN PERTANDINGAN BATTLE OF THE BANDS POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) 2009
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan penganjuran pertandingan juara rentak ‘Battle of the Bands’ PUO 2009 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak (JKKNN) yang telah diadakan di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh pada 20 November 2009 untuk peringkat saringan dan peringkat akhir pada 22 November 2009 baru-baru ini.
DPPK IT mempertikaikan usaha yang telah dilakukan oleh PUO yang membawa masuk elemen yang tidak sihat ke kancah pelajar yang sepatutnya dihindari daripada mereka dan ianya amat mendukacitakan. Ibu-bapa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan anak-anak mereka menimba ilmu tetapi kecewa kerana anak-anak mereka telah dihidangkan dengan unsur-unsur yang melekakan pelajar di dalam kampus.
DPPK IT juga merasakan kekesalan kerana pertandingan tersebut diadakan terlalu hampir dengan Masjid Sultan Azlan yang mana tempat umat Islam beribadat. DPPK IT dimaklumkan oleh penduduk-penduduk berhampiran yang kesal dengan penganjuran tersebut yang bertentangan dengan akhlak dan budi perketi umat Islam. Ramai dikalangan mereka mengecam usaha yang telah dilakukan oleh PUO dan juga JKKNN.
DPPK IT sedar program merakyat seni dan budaya perlu di usahakan tetapi pelajar yang sepatutnya menumpukan pembelajaran mereka telah dihidangkan dengan program yang melalaikan.
Sekian dipohon, terima kasih.
Saya yang benar,
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
AHMAD FAISAL MOHD PUAIT
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan