Tuesday, April 27, 2010
Perhimpunan Aman Mei 1, 2010: Tinggal 3 Hari Lagi.
TAHUKAH ANDA?
SAMBUTAN MEI 1, 2002 - TANGKAPAN DAN HURU-HARA
Tahun ini program yang dirancang adalah perarakan dari Chow Kit ke KLCC (3km). Semua yang hadir berkumpul dan mula berjalan. Ada yang memegang placard dan memakai vest yang memaparkan tuntutan para pekerja. Setelah berjalan 1.5km, OCPD Dang Wangi pada masa itu (ACP Bakri Zinin) menyerbu dan mula membuat tangkapan. Sejumlah 20 orang ditahan.
Sementara itu, ada setengah kumpulan menanti di KLCC. Mereka juga berhadapan dengan FRU. Polis mengepung mereka dan menghalang para wartawan. Sepanduk/Placard dirampas dan dikoyak. Sesiapa yang menyoal polis terus ditangkap. Kemudian polis memaksa orang ramai yang hadir naik ke dalam bas dan mengiringi bas tersebut keluar dari KL.
Mei 1, 2002 mendapat publisiti yang paling hangat oleh kerana insiden ini. Sementara orang yang ditahan berada di lock-up, ahli-ahli lain membuat aduan polis dan terus memberi tekanan. Lebih 50 aduan polis dibuat di seluruh negara mengecam tindakan polis yang bertindak secara kejam. Banyak pihak yang mengkritik tindakan polis termasuk SUHAKAM.
Tema Sambutan tahun ini adalah 'KEMBALIKAN HAK PEKERJA: GAJI-KERJA-KESATUAN.
Mei 1, 2002 digambarkan sebagai "Mei Satu Hitam'. Selepas itu, aduan besar-besaran dibuat terhadap OCDP tersebut dan beliau kemudiannya dipindahkan ke Bukit Aman (tugas yang tidak berhadapan dengan orang ramai).
Posted by JERIT
Khamis, April 29, 2010
Pejabat PAS Kawasan Ipoh Timur di pecah masuk....lagi.
28 April 2010 - Malam semalam pejabat PAS Kawasan Ipoh Timur telah dipecah masuk oleh (dipercayai) penagih dadah atas bukti yang ditinggalkan. Antara yang di curi ialah alat penghawa dingin, pemain DVD, PA sistem dan beberapa benda berharga lagi. Oleh demikian, sebentar tadi bermula maghrib beberapa ahli PAS Ipoh Timur yang diketuai oleh NYDP sdr.Roslan Sulaiman telah melaksanakan solat hajat bagi memohon kepada Allah swt agar memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka yang melakukan perbuatan tersebut agar tidak mengulanginya lagi.
Ahad, April 25, 2010
Liqa PAS Kawasan Ipoh Timur
IPOH TIMUR, 25 April - Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan Ipoh Timur telah menganjurkan dengan jayanya Program Bulanan iaitu DAURAH atau Liqa Kawasan yang merupakan Program Tetap Bulanan yang akan diteruskan sebagaimana yang dijalankan oleh Lajnah Tarbiyyah Negeri yang mengadakan Liqa'ul Fikri Bulanan pada Jumaat minggu pertama.
Program yang dibuat pada setiap Ahad minggu keempat ini, telah dihadiri oleh semua ahli PAS dari setiap cawangan dan dewan-dewan dari pebagai lapisan peringkat umur. Kehadiran perserta yang berdaftar pada senarai pendaftar seramai 55 orang ahli, yang tidak sempat didaftarkan kira-kira 80 orang. Ini merupakan kehadiran yang terbesar semenjak programini djalankan. Tahniah kepada PAS Cawangan Kg Seri Kinta !
Program ini secara rutinnya akan dinaqibkan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri, AF Ustaz Salleh Mat Said tetapi pada malam ini beliau tidak dapat hadir kerana beliau masih berada di Hulu Selangor. Tempat beliau diganti oleh Ketua Urusan Ulamak Kawasan, AF Ustaz Ahmad Faisal.
Majlis yang diakhiri dengan jamuan ringan ini bersurai pada jam 11.15 malam.
Program yang dibuat pada setiap Ahad minggu keempat ini, telah dihadiri oleh semua ahli PAS dari setiap cawangan dan dewan-dewan dari pebagai lapisan peringkat umur. Kehadiran perserta yang berdaftar pada senarai pendaftar seramai 55 orang ahli, yang tidak sempat didaftarkan kira-kira 80 orang. Ini merupakan kehadiran yang terbesar semenjak programini djalankan. Tahniah kepada PAS Cawangan Kg Seri Kinta !
Program ini secara rutinnya akan dinaqibkan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri, AF Ustaz Salleh Mat Said tetapi pada malam ini beliau tidak dapat hadir kerana beliau masih berada di Hulu Selangor. Tempat beliau diganti oleh Ketua Urusan Ulamak Kawasan, AF Ustaz Ahmad Faisal.
Majlis yang diakhiri dengan jamuan ringan ini bersurai pada jam 11.15 malam.
Selasa, April 20, 2010
TAKZIAH 2
Salam takziah juga kepada SU Pas Kawasan , Saudara Hazman , Ketua Muslimat Pas Kawasan , Ustazah Hamizah , dan Ustazah Halilah Ketua Nisa' Pas Kawasan yang terlibat dengan kemalangan semasa pulang dari Hulu Selangor ahad lalu.
Untuk makluman , anak-anak mereka juga turut terlibat iaitu Sofiah Huda yang lebam di kepalanya , Husna yang berdarah di mulutnya dan adik Lukman yang berjahit di kepalanya .
Takziah atas kemalangan dan Tahniah kerana diberikan ganjaran Allah SWT daripada titisan-titisan darah yang mengalir InsyaAllah .
-TKP DPPK IT
Untuk makluman , anak-anak mereka juga turut terlibat iaitu Sofiah Huda yang lebam di kepalanya , Husna yang berdarah di mulutnya dan adik Lukman yang berjahit di kepalanya .
Takziah atas kemalangan dan Tahniah kerana diberikan ganjaran Allah SWT daripada titisan-titisan darah yang mengalir InsyaAllah .
-TKP DPPK IT
SALAM TAKZIAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
Salam Takziah diucapkan kepada Ustaz Azmi Timbalan Yang diPetua Pas Kawasan Ipoh Timur yang dilanda musibah apabila rumahnya ditimpa oleh ribut tempoh hari .
Difahamkan ribut yang melanda adalah agak kuat sehingga memusnahkan sebahagian bumbung di bahagian depan dan belakang rumah beliau .
Tahniah juga kepada sahabat-sahabat yang dapat hadir berziarah dan dapat menelefon kepada TYDP untuk mengucapkan takziah dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur yang telah membantu memperbaiki kerosakkan tersebut .
- TKP DPPK IT
Salam Takziah diucapkan kepada Ustaz Azmi Timbalan Yang diPetua Pas Kawasan Ipoh Timur yang dilanda musibah apabila rumahnya ditimpa oleh ribut tempoh hari .
Difahamkan ribut yang melanda adalah agak kuat sehingga memusnahkan sebahagian bumbung di bahagian depan dan belakang rumah beliau .
Tahniah juga kepada sahabat-sahabat yang dapat hadir berziarah dan dapat menelefon kepada TYDP untuk mengucapkan takziah dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur yang telah membantu memperbaiki kerosakkan tersebut .
- TKP DPPK IT
Selasa, April 06, 2010
Waspada Terhadap Penyakit F L U
Anda terkena sakit flu? Biasanya apabila kita banyak melakukan aktiviti tetapi tanpa rehat dan makanan yang tidak seimbang serta keadaan cuaca yang tidak menentu dapat membuat seseorang akan mudah mendapatkan wabak penyakit flu tersebut. Untuk mengubati penyakit tersebut biasanya doktor akan memberi nasihat dan terapi supaya makan ubat dan masa rehat yang cukup.
Jadi bagaimana pula seorang sahabat atau pendokong Islam boleh terkena Penyakit FLU (Futur, Lesu, Uzlah)? Jawapannya tidak jauh berbeza dengan seroang yang terkena penyakit flu. Adanya beberapa kes tentang aktivis yang terkena penyakit ini yang dulunya sangat aktif di organisasi dakwah kemudian tiba-tiba malas untuk aktif kembali, ada juga yang hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan sebagai pejuang dengan prinsip "Asalkan aku berada di situasi Selesa" atau "Asalkan aku tidak dicatat sebagai negatif dalam struktur organisasi".
Penyebab sakit F L U
Untuk mengetahui seorang sahabat terkena penyakit FLU, maka ada baiknya kita buka semula buku yang menjadi acuan aktivis tahun '90an iaitu "Terapi Mental Aktivis Harakah" tulisan DR. Sayyid Muhammad Nuh. Penyakit Futur ditempatkan pada bab pertama setelah bab pendahuluan mengenai "penyakit-penyakit di tengah jalan." Dua hal utama terjadinya futur adalah berlebih-lebihan dalam beragama dan suka menyendiri atau meninggalkan jamaah.
Terjadinya seorang aktivis berlebih-lebihan dalam beragama disebabkan banyaknya tugas yang ditanggung oleh ikhwah tersebut dan tidak dibantu dalam sebuah pasukan. Nampaknya sudah menjadi suatu kebiasaan atau rahsia umum dikalangan kita bahawa apabila seorang sahabat yang mendapatkan amanah sebagai ketua dalam jabatan struktur organisasi maka biasanya ketua tersebut yang akan dituntut untuk tugas-tugas yang ada dan sahabat yang lain sibuk dengan tugas-tugas luar struktur organisasi.
Dalam keadaan lainnya adalah sahabat itu suka menyendiri atau meninggalkan jamaah, biasanya seorang sahabat lebih suka bersendirian disebabkan tidak lagi merasakan manisnya semangat ukhuwah dalam berjamaah serta tidak merasa adanya semangat ruhiyah ketika melakukan aktiviti ibadah secara bersendirian tanpa dengan jamaah bersamanya. Dalam kesunyian ini, apabila ada saudaranya yang membiarkannya dalam keadaan tersebut, lambat laun pasti akan menjerumuskan aktivis tersebut dalam kelesuan untuk terus beraktiviti dakwah. Beliau akan lebih suka dalam kemanisan beribadah daripada kesusahan aktiviti dakwah secara berjamaah.
Lesu akan menjadi tingkat yang paling merbahaya dalam keadaan futur bagi seorang ikhwah, kerana apabila seorang aktivis sudah mengalami kelesuan biasanya lebih suka untuk Uzlah. Uzlah boleh dijadikan alasan seorang sahabat kerana lebih merasakan manisnya nilai ruhiyah daripada berdakwah ke masyarakat. Ada pula yang beralasan bahawa dengan bergaul dengan manusia dapat menganggu konsentrasi beribadah dengan melupakan pengertian ibadah yang sebenarnya.
Terapi dan Pengubatan Penyakit F L U
Untuk mengubatinya tentu saja yang bersangkutan, mesti dapat memotivasi diri kembali dengan membaca buku-buku yang diperlukan, muhasabah diri pada waktu senggang. Tetapi, selain penyembuhan oleh yang bersangkutan maka keadaan lingkungan yang kondusif dalam proses penyembuhan tersebut. Menjenguk dan memberi buah tangan dari saudaranya boleh menjadi cara untuk mempercepat proses penyembuhan.
Seperti etika dalam menjenguk orang sakit, diusahakan tidak membahas tuntutan tugas dakwah, masalah-masalah dakwah yang mesti diselesaikan, tetapi perbincangan ini dapat diarahkan mengenai perhatian terhadap dirinya, keluarga dan hal-hal lain mengenai kesulitan peribadi kehidupannya dan akan lebih baik bila menawarkan diri untuk membantunya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapinya.
"Apa khabar anta akhi?" Dah lama tak dengar cerita." Terdengar lebih baik dan manis daripada teguran "Anta pi mana? Sibuk ye!" atau "Lama tak nampak." Kami sahabat-sahabat dalam organisasi kita rindukan dan tertanya-tanya tentang anta!?.
Atau "Sahabat, tugasan yang kelmarin anta dapat tu, bolehkah ana bantu?" juga terasa lebih baik dan melegakannya bila dibandingkan "Macamanalah anta ni, kerja jamaah macam tu pun tak boleh nak buat?". Ucapan-ucapan tersebut kelihatan sederhana tetapi sangat berpengaruh dalam dakwah fardhiyah, anda boleh merujuk dan baca kembali "Sentuhan hati penyeru dakwah, panduan berdakwah syabiah" tulisan Abbas As-Sisi.
Memanusiakan kader dakwah
"Sahabat juga manusia" begitu kadang-kala menjadi sindiran beberapa aktivis dalam satu perbincangan. Bersikaplah secara realistik terhadap keadaan dan situasi saudara kita. Seorang aktivis yang sangat kekurangan dalam sudut ekonomi, keluarga, waktu atau kesihatan tidak pernah kita anggap sebagai suatu masalah, tidak kita perhatikan bahkan tidak memberi pertolongan untuk menyelesaikannya kerana kita menganggap dia adalah kader dakwah yang harus menyelesaikan masalahnya sendiri kerana masalah umat sudah terlalu banyak.
Ungkapan paradigma yang berbunyi "Masalah da'ie bukan masalah umat" seharusnya diubah menjadi "Da'ie adalah sebahagian dari umat dan permasalahan da'ie adalah sebahagian dari permasalahan umat", sehingga dengan demikian, sudah semestinya kita memberi perhatian yang lebih terhadap permasalahan yang dihadapi oleh para kader dakwah kerana mereka adalah penggerak atau penjanakuasa dalam masyarakat. Boleh dibayangkan, bila penjanakuasa penggerak rosak tentu saja tidak akan bergerak dan masyarakat tidak akan berubah kerana nilai-nilai dakwah tidak pernah sampai ke masyarakat.
Sebagaimana dalam kisah Sirah Nabawiyyah, kita akan banyak menemui perhatian lebih Rasulullah terhadap para sahabatnya sebagai penjanakuasa penggerak utama, seperti sebelum solat berjamaah beliau memperhatikan siapa si fulan yang tidak hadir dan bertanyakan tentang keadaannya. Bahkan tidak hanya bertanya tetapi juga berkunjung memberi bantuan. Inilah cara yang diajarkan Rasulullah, seorang Murabbi, tauladan kita semua.
Bahasa Motivasi lebih baik dari bahasa ancaman
Apa yang menyebabkan para ulama kita terus berjuang dan berdakwah serta bersabar dalam medan yang susah pada zaman atau era yang terdahulu? Tentu saja jawapannya adalah untuk menggapai redha-Nya dan dimasukkan dalam jannah-Nya, sebuah tujuan utama dalam mengisi lembaran dakwah di dunia ini. Dengan adanya tujuan dalam diri mereka amka mereka akan mempunyai daya gerak yang luar biasa sebagaimana kualiti perjuangan mereka ini disebutkan dalam QS. Al Anfaal: 65 hingga 66, bahawa nilai mereka boleh mensasar lebih besar 10 kali, 100 kali bahkan 1000 kali.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ ﴿٦٥﴾ |
الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٦٦﴾ |
"Wahai Nabi (Muhammad) kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti." "Sekarang Allah telah memudahkan kamu kerana Dia Mengetahui bahawa ada kelemahan padamu. Maka jika diantara kamu ada seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus (orang musuh), dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus ribu orang dengan izin Allah, Allah beserta orang-orang yang sabar."
Sebuah kekuatan yang luar biasa, kekuatan yang melebihi segalanya hingga meruntuhkan rasa takut terhadap ancaman manusia, mereka lebih takut terhadap ancaman Allah SWT, ancaman apabila catatan amal perbuatan yang buruk akan diberikan dari arah belakang manusia. Mereka lebih takut terhadap ancaman tersebut daripada ancaman yang keluar dari seorang manusia.
Motivasi diri itu muncul dari kesedaran mensasarkan kepada tujuan utama, daya gerak akan keluar dengan kekuatan yang luar biasa. Bandingkan dengan orang yang bekerja atas dasar motivasi Allah semata-mata dengan orang yang bekerja atas dasar takut akan ancaman terhadap manusia, manakah yang akan bergerak secara terus menerus dan mempunyai kekuatan yang luar biasa? Pergeseran nilai dakwah ini mulai dirasakan oleh beberapa sahabat, bahasa ancaman mulai terdengar apabila sahabat tidak mencapai sasaran. Ancaman terhadap nilai catatan seorang kader dianggap sebagai sesuatu yang penting bagi perjalanan "karir" kader dakwah tersebut, hingga keadaan tersebut mempengaruhi nilai kerja di medan juang. Kader dakwah akan mengutamakan kerja yang lebih mendekatkan pada jenjang "karir", pemilihan medan juang dakwah pun diperhitungkan. Dalam kiraan beberapa kader, sebuah institusi bukanlah tempat yang latihan acah-acah dan menjanjikan imbuhan dunia semata-mata kerana adanya ganjaran pahala, banyak tugasan operasi atau misi serta visi yang mesti dilakukan dalam memenuhi nilai sasaran, bermula dari mencari dana hingga melakukan kegiatan.
Namun demikian ada pula sahabat yang melihat dari sudut pandangan berbeza, syiar menjadi ladang amal yang luar biasa, nilai keikhlasan dan kesabaran benar-benar menguji, mental diterjah, pemikiran pun akan diajak untuk selalu diasah dan pengorbanan pun akan selalu dituntut. Mereka tidak begitu mempedulikan siapa yang akan melihat kerja juang mereka, walau mereka sudah bekerja secara optimum bahkan hingga ke peringkat maksimum dalam berdakwah tetapi masih sahaja yang disalahkan dalam kerja juang mereka. Mereka yakin bahawa Allah SWT Maha Melihat apa yang dilakukan hamba-Nya, Dia mempunyai catatan tersendiri untuk hamba-hamba-Nya.
Dari segelintir mereka lah, maka dakwah berjalan dengan berbagai program dan kegiatan, tetapi dalam realitinya, dari segelintir ini, satu persatu perlahan mulai terkena penyakit FLU. Banyaknya permasalahan dan tuntutan tugasan, minimumnya perhatian saudaranya serta situasi lingkungan yang tidak sesuai dengan jiwanya membuat daya tahan "iman" seorang aktivis akan dapat ditembus oleh penyakit FLU ini, dari sudut lain rekrutmen pun berjalan lambat yang komitmennya pun masih mesti diuji dalam medan juang dakwah.
Boleh jadi tulisan ini hanyalah salah satu kes yang khusus yang kemudiannya dijadikan kes umum, boleh jadi pula tulisan ini sebuah realiti yang tersembunyi dan menggigit nilai dakwah secara senyap sedikit demi sedikit, seperti kerja anai-anai pada sebuah batang kayu, nampak seperti cantik diluarannya tetapi mulai hilang dalam nilai dalamannya, hanya baik dalam bilangan atau kuantitinya sahaja. Bila mana fenomena ini benar-benar berlaku dan mulai merebak maka mesti kita tangani secara bijaksana dan mulai dicarikan "ubat" yang mujarab serta "doktor" yang berpengalaman.
Semoga Allah SWT memberikan istiqomah serta keikhlasan kepada kita semua dalam melanjutkan warisan risalah dakwah ini dan semoga Allah SWT memberikan kepada kita kemuliaan di sisi-Nya, Amiin.
Engkau merangkak mencari mulia,
Dan orang-orang yang mencarinya berusaha
Sepenuh jiwa menempuh kelelahan
Mereka mengejar mulia hingga
Banyak yang jemu,
Yang akan menemukannya hanya yang
Sungguh-sungguh dan bersabar.
Jangan mengira bahwa mulia adalah kurma
Yang akan kau makan,
Tak akan pernah kau dapatkan mulia
Sebelum pahitnya sabar.
Wallahu'alambishowab
Sabtu, April 03, 2010
Jemputan !!!!
Di jemput kepada semua Pemuda PAS Gagah Perkasa untuk datang beramai-ramai ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur malam ini seawal jam 7.00 malam. Bermula dengan solat Maghrib berjema'ah.
Langgan:
Catatan (Atom)