iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Selasa, Mei 11, 2010

RIBUT MELANDA LAGI DI TAMAN KLEDANG JAYA

Pada pukul 4.30 petang tadi ribut yang kuat telah melanda Taman Kledang Jaya berdekatan Kampung Manjoi menyebabkan lebih 30 buah rumah telah kehilangan bumbung. Tragedi kali ini adalah yang paling dashat berbanding yang lepas. Di anggarkan setiap pemilik rumah telah kerugian purata rm 1000 akibat kos baik-pulih yang terpaksa dilakukan. Penduduk di situ amat berterima kasih kepada PAS Cawangan Taman Kledang Jaya kerana telah mengambil berat dengan menghulurkan bantuan petugas serta sumbangan kewangan bagi meringankan kos baik-pulih yang membebankan terutama setiausahanya encik Azmi dan rakan-rakan.

Ahad, Mei 09, 2010

DANA UNTUK MARKAZ

Lajnah Pembangunan Markaz PAS Kawasan Ipoh Timur akan membentuk lebih kurang 25 usahawan di kalangan ahli PAS kawasannya bagi mencari dana untuk program ini dimana pesertanya akan menyumbang sebanyak 30% daripada bonus keuntungan secara tetap setiap bulan.Di jangka setiap peserta akan memperolehi bonus tidak kurang RM1000 sebulan.  Oleh itu, mana2 ahli PAS kawasan Ipoh Timur yang berminat ingin turut serta dalam program ini boleh menghubungi setiausaha Lajnah ini (Shahril) dengan segera (019-5133537).

Khamis, April 29, 2010

May Day

Tuesday, April 27, 2010
Perhimpunan Aman Mei 1, 2010: Tinggal 3 Hari Lagi.
TAHUKAH ANDA?
SAMBUTAN MEI 1, 2002 - TANGKAPAN DAN HURU-HARA
Tahun ini program yang dirancang adalah perarakan dari Chow Kit ke KLCC (3km). Semua yang hadir berkumpul dan mula berjalan. Ada yang memegang placard dan memakai vest yang memaparkan tuntutan para pekerja. Setelah berjalan 1.5km, OCPD Dang Wangi pada masa itu (ACP Bakri Zinin) menyerbu dan mula membuat tangkapan. Sejumlah 20 orang ditahan.
Sementara itu, ada setengah kumpulan menanti di KLCC. Mereka juga berhadapan dengan FRU. Polis mengepung mereka dan menghalang para wartawan. Sepanduk/Placard dirampas dan dikoyak. Sesiapa yang menyoal polis terus ditangkap. Kemudian polis memaksa orang ramai yang hadir naik ke dalam bas dan mengiringi bas tersebut keluar dari KL.
Mei 1, 2002 mendapat publisiti yang paling hangat oleh kerana insiden ini. Sementara orang yang ditahan berada di lock-up, ahli-ahli lain membuat aduan polis dan terus memberi tekanan. Lebih 50 aduan polis dibuat di seluruh negara mengecam tindakan polis yang bertindak secara kejam. Banyak pihak yang mengkritik tindakan polis termasuk SUHAKAM.
Tema Sambutan tahun ini adalah 'KEMBALIKAN HAK PEKERJA: GAJI-KERJA-KESATUAN.
Mei 1, 2002 digambarkan sebagai "Mei Satu Hitam'. Selepas itu, aduan besar-besaran dibuat terhadap OCDP tersebut dan beliau kemudiannya dipindahkan ke Bukit Aman (tugas yang tidak berhadapan dengan orang ramai).
Posted by JERIT

Pejabat PAS Kawasan Ipoh Timur di pecah masuk....lagi.

28 April 2010 - Malam semalam pejabat PAS Kawasan Ipoh Timur telah dipecah masuk oleh (dipercayai) penagih dadah atas bukti yang ditinggalkan. Antara yang di curi ialah alat penghawa dingin, pemain DVD, PA sistem dan beberapa benda berharga lagi. Oleh demikian, sebentar tadi bermula maghrib beberapa ahli PAS Ipoh Timur yang diketuai oleh NYDP sdr.Roslan Sulaiman telah melaksanakan solat hajat bagi memohon kepada Allah swt agar memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka yang melakukan perbuatan tersebut agar tidak mengulanginya lagi.

Ahad, April 25, 2010

Liqa PAS Kawasan Ipoh Timur

IPOH TIMUR, 25 April - Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan Ipoh Timur telah menganjurkan dengan jayanya Program Bulanan iaitu DAURAH atau Liqa Kawasan yang merupakan Program Tetap Bulanan yang akan diteruskan sebagaimana yang dijalankan oleh Lajnah Tarbiyyah Negeri yang mengadakan Liqa'ul Fikri Bulanan pada Jumaat minggu pertama.

Program yang dibuat pada setiap Ahad minggu keempat ini, telah dihadiri oleh semua ahli PAS dari setiap cawangan dan dewan-dewan dari pebagai lapisan peringkat umur. Kehadiran perserta yang berdaftar pada senarai pendaftar seramai 55 orang ahli, yang tidak sempat didaftarkan kira-kira 80 orang. Ini merupakan kehadiran yang terbesar semenjak programini djalankan. Tahniah kepada PAS Cawangan Kg Seri Kinta !

Program ini secara rutinnya akan dinaqibkan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri, AF Ustaz Salleh Mat Said tetapi pada malam ini beliau tidak dapat hadir kerana beliau masih berada di Hulu Selangor. Tempat beliau diganti oleh Ketua Urusan Ulamak Kawasan, AF Ustaz Ahmad Faisal.

Majlis yang diakhiri dengan jamuan ringan ini bersurai pada jam 11.15 malam.

Selasa, April 20, 2010

TAKZIAH 2

Salam takziah juga kepada SU Pas Kawasan , Saudara Hazman , Ketua Muslimat Pas Kawasan , Ustazah Hamizah , dan Ustazah Halilah Ketua Nisa' Pas Kawasan yang terlibat dengan kemalangan semasa pulang dari Hulu Selangor ahad lalu.

Untuk makluman , anak-anak mereka juga turut terlibat iaitu Sofiah Huda yang lebam di kepalanya , Husna yang berdarah di mulutnya dan adik Lukman yang berjahit di kepalanya .


Takziah atas kemalangan dan Tahniah kerana diberikan ganjaran Allah SWT daripada titisan-titisan darah yang mengalir InsyaAllah .


-TKP DPPK IT

SALAM TAKZIAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,

Salam Takziah diucapkan kepada Ustaz Azmi Timbalan Yang diPetua Pas Kawasan Ipoh Timur yang dilanda musibah apabila rumahnya ditimpa oleh ribut tempoh hari .

Difahamkan ribut yang melanda adalah agak kuat sehingga memusnahkan sebahagian bumbung di bahagian depan dan belakang rumah beliau .

Tahniah juga kepada sahabat-sahabat yang dapat hadir berziarah dan dapat menelefon kepada TYDP untuk mengucapkan takziah dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur yang telah membantu memperbaiki kerosakkan tersebut .

- TKP DPPK IT