iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Khamis, Ogos 12, 2010

"JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN"

Rabu, Ogos 11, 2010

PAS bantu perbaharui insuran kenderaan usang


PAS hari ini melancarkan satu jawatankuasa bagi membantu rakyat yang memiliki kereta dan motosikal yang berusia 20 tahun ke atas yang mengalami masalah untuk memperbaharui polisi insurans kenderaan mereka.
NONEJawatankuasa tersebut dinamakan sebagai Gerakan Bela Rakyat (BELA) selepas kejayaan mereka melancarkan Kempen anti-Saman Ekor (KASE) yang diketuai oleh ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Pengerusi BELA, Salahudin Ayub (
kiri) berkata beliau menerima aduan bahawa pemilik kenderaan berkenaan terpaksa mengeluarkan "modal yang besar" untuk memperbaharui polisi insurans berkenaan.

"Isunya, mereka kena mengambil (polisi insurans) daripada Malaysia Motor Insurans Pool (MMIP). Sebelum ini mereka membelinya dengan mudah daripada syarikat-syarikat insurans (yang lain)," katanya dalam satu sidang media.

Selain MMIP, pemilik kenderaan juga hanya boleh mendapatkan perlindungan dengan Unit Asia.

Salahudin yang juga naib presiden PAS mendakwa kenaikan harga memperbaharui polisi insurans kenderaan terbabit mencecah 200 peratus hingga 300 peratus.
NONEBeliau mendakwa soalan-soalan yang ditanya dalam borang insurans tersebut "menyusahkan orang kampung" dan harganya "membebankan rakyat".

Ekoran itu, katanya, ia menyebabkan pemilik kenderaan - dari golongan orang kampung dan berpendapatan rendah - terpaksa mengupah orang untuk mengisi borang tersebut dengan bayaran sebanyak RM20 hingga RM50.
Naik mendadak
"Kalau pergi kepada agen, mereka tidak ada jaminan untuk mendapatkan insurans yang murah sehingga dikenakan bayaran sehingga RM600. Selain itu, kenderaan mereka juga diperiksa di Puspakom dengan upah periksa sebanyak RM50.

"(Lihat bagaimana) beberapa kali beban yang dikena bagi (pemilik) kereta jenis ini. Bagi saya, ini sangat menyusahkan rakyat," katanya sambil menambah polisi insurans tersebut telah diamalkan sejak setahun yang lalu.
Dengan memberi contoh, Salahudin berkata, pemilik van jenis Nissan Vanette 1.5 yang dikeluarkan tahun 1980, pemiliknya terpaksa membayar lebih RM300 ringgit berbanding RM80 sebelum ini, untuk memperbaharui insurans kenderaan mereka.

Kereta jenis Kancil 850 pula, mereka perlu membayar RM216 berbanding RM90 sebelum ini, manakala pemilik motosikal terpaksa membayar RM100 berbanding RM50.

Salahudin mendakwa, masalah lain yang dihadapi oleh pemilik kenderaan terbabit ialah polisi insurans ini hanya boleh didapati di pekan besar sahaja dan tidak terdapat di kawasan kampung.

Men
NONEjawab soalan, pihaknya setakat ini tidak mempunyai perangkaan yang tepat mengenai bilangan pemilikan kereta dan motosikal yang mempunyai kenderaan yang berusia lebih 20 tahun di seluruh negara.

Sehubungan itu, Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian akan membangkitkan perkara tersebut dalam sidang parlimen yang akan datang.

Salahudin berkata pihaknya akan mengadakan persidangan meja bulat dengan syarikat insurans, institusi penginsuranan, persatuan pengguna dan persatuan automobil bagi mendapatkan pandangan berhubung masalah yang dihadapi oleh pemilik kereta dan motosikal berkenaan.

Menurutnya, antara pihak tersebut adalah Persatuan Insurans Am Malaysia, Malaysia Insurans Institute, Malaysian Insurans dan Takaful Brokers Association, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Automobil Association of Malaysia serta wakil Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan.
Persidangan meja bulat

Katanya, persidangan meja bulat itu akan diadakan dalam dalam tempoh sebulan bagi mengutip pandangan sekaligus mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi oleh pemilik kenderaan berkenaan.
kl haze 120805 motorcycle"Apabila bajet dibentangkan pada pertengahan Oktober ini, saya akan bawa perkara ini kepada pihak kerajaan, untuk kerajaan bertindak segera agar mereka mendapat skim atau polisi insurans yang mereka mampu membayar untuk mendapat perlindungan kepada kenderaan mereka," katanya.

Salahudin berkata kerajaan perlu mempunyai satu polisi yang jelas terhadap dasar automotif negara dan dasar insurans agar tidak meletakkan beban kepada rakyat.

"Kalau kerajaan nak ikut Singapura, kereta (yang digunakan selama) selama 10 tahun, kemudiannya dibuang. Jadi kerajaan (kena) ada satu mekanisme, berapa peratus akan diberikan kepada rakyat, untuk rakyat mendapat kereta yang baru.
 

"Kerajaan kena ada penyelesaian ini. Satu penyelesaian yang konstruktif yang kerajaan boleh terima (oleh rakyat)," tegasnya

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Umat Islam kembali memenuhi masjid bagi menunaikan solat tarawih.

Kepada semua diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Moga-moga Ramadhan ini akan menjana taqwa membentuk peribadi unggul menjadikan kita semakin tunduk dan tawadhuk kepada keagungan dan kebesaranNya. Ramadhan Kareem wal Mubarak...

Jumaat, Julai 30, 2010

Majlis Perasmian Markas UPU Pengkalan Barat

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Cawangan Taman SPPK, Ustaz Amran.
Majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil PAS Cawangan-Cawangan dari Taman Shatin, Kg Temiang, Kg Paloh, Taman SPPK dan Kg Pasir Puteh.
Turut kelihatan Pengarah Pilihanraya DPPKIT, Saudara Shamsul Affendey dan Ketua Cawangan Kg Pasir Puteh, Hj. Salleh Ariffin.

Taman Pengkalan Barat, IPOH - Markas UPU Pengkalan Barat, DUN Sg Rapat telah berjaya dirasmikan oleh JPK Ipoh Timur malam tadi. Majlis yang diisi dengan taujihad dan ucapan alua-aluan daripada YDP Kawasan Ustaz Hj. Zulkifli Abu itu turut diberkati lagi dengan solat berjama'ah dan bacaan Yassin. 

"Dengan adanya Markas UPU Pengkalan Barat ini, dapat sedikit sebanyak kita menjalankan pelbagai program bagi mendekatkan para pengundi di sekitar UPU Pengkalan Barat ini kepada PAS dengan kita mengadakan program Ceramah Kelompok, kerja-kerja pilihanraya dan sebagainya, " katanya.

Rabu, Julai 28, 2010

Program Tarbiyah Cawangan

Sabtu, Julai 24, 2010

Kursus Pembikinan Blog

Satu kursus pembinaan blog DPPN akan diadakan pada Ahad ini 25/07/2010 yang dianjurkan oleh Lajnah IT DPPN di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak, Medan Ipoh Raya bermula jam 8.00 pagi. Pendaftaran bagi setiap DPPK dikenakan sebanyak RM50. Sila hubungi talian 0135305237 untuk sebarang pertanyaan.

Rabu, Julai 21, 2010

Usrah Pemuda PAS Ipoh Timur



Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah


Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.





Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu


Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)


Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.


Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.


Allah melihat usaha kita


Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.