iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Selasa, April 12, 2011

SIDANG DUN PERAK.

TERKINI SIDANG DUN PERAK


10.15am
Sebentar lagi..
Titah ucapan Pemangku Raja Perak dan perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri Penggal Ke 4 bagi kali Ke 12.

10.00 am - Istiadat pembukaan rasmi sedang dijalankan. Bacaan Doa sedang berlansung.Para ADUN yang beragama Islam sedang mengaminkan doa.
9.39 am - Pemangku Raja Perak siap memeriksa perbarisan. Perbarisan tamat dan Pemangku Raja Perak berangkat masuk ke dewan.

‎9.30 am - ketibaan pemangku raja perak, Raja Dr. Nazrin diikuti dengan tabik hormat, nyanyian lagu keberangkatan sultan,lagu kebangsaan dan pemeriksaan perbarisan.


9.23 am - Menteri Besar BN Perak, DS Zambry tiba bersama isteri

9.17 am - Speaker Ganesan sampai bersama isteri

9.00 am - Semua Adun PR mengambil tempat untuk mengikuti acara perbarisan sebelum perasmian sidang yang akan disempurnakan oleh Raja Muda Perak.



sekadar gambar hiasan

8.45 am - Adun Pakatan Rakyat siap untuk bergerak ke Sidang DUN Perak dari Wisma DAP.

8.30 am - Dato' Seri Nizar sampai di Wisma DAP. Cuaca dibandar Ipoh sekarang hujan renyai-renyai. Setiap simpang masuk ke Bangunan SUK, Ipoh dikawal oleh Polis Trafik.
 
 
ihsan dari : CINA ISLAM..

Selasa, April 05, 2011

Lawatan Lajnah Kebajikan DPPKIT

5 April 2010 - Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timor buat pertama kalinya selepas mesyuarat sesi 2011 - 2013,  telah membuat ziarah kebajikan petang tadi lebih kurang jam 6.15 petang di Hospital Raja Perempuan Bainun, Wad 4A bahagian Spinal Care Unit atau unit pembedahan yang mana seorang aktivis Pas Tambun, Hj Rosli terlantar kerana mengalami patah tulang belakang.

Pengerusi Lajnah Kebajikan yang baru, Abdul Halim Maruai memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban perbelajaan dan kos rawatan beliau. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada beliau. Amin ...

Isnin, Februari 28, 2011

Selasa, Februari 15, 2011

Maktabah Syamilah anjuran DUPP




13 Februari, Air Kuning Taiping - Satu program anjuran Dewan Ulamak Pas Perak berkaitan dengan taklimat mengenai platform dakwah dapat dikembangkan dengan Teknologi Maklumat (ICT). Program ini dijayakan oleh dua moderator dari Lajnah ICT Dewan Ulamak Pas Pusat iaitu Ustaz Azhar Yahya dan Ustaz Ahmad Arif Mohd Arshad.

"Sebenarnya medan dakwah kita boleh diperkembangkan lagi dengan adanya teknologi ICT. Pada era cyber ini ulamak tidak perlu perlu lagi memikul kitab-kitab, hanya cukup dengan membawa sebuah laptop kita boleh menyimpan beribu-ribu kitab serta ilmu-ilmu Islam untuk disampaikan kepada mad'u kita," ujar Ustaz Azhar.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Ibrahim Zakaria itu bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang.

Isnin, Februari 07, 2011

Lawatan Kerja DPPKIT /Cawangan TC ke Pasti Bestari

ketibaan barangan sumbangan untuk anak didik Pasti Bestari , Taman Cempaka
 murid-murid Pasti Bestari sedang beratur 
 sumbangan disampaikan oleh TKP DPPKIT merangkap Ketua Cawangan PAS Taman Cempaka
anak murid berketurunan singh yang dimaksudkan
bergambar beramai-ramai

07 Feb, PAS Cawangan Taman Cempaka - Satu Lawatan Kerja dan Sumbangan DPPKIT ke atas murid non muslim berketurunan india / singh di Pasti Bestari, Taman Cempaka. Pasti Kawasan Ipoh Timor yang dikendalikan oleh DPPKIT buat pertama kalinya melakar sejarah dengan kemasukan seorang murid non muslim.

Dalam program tersebut turut ada sumbangan untuk anak didik Pasti Bestari.

Ahad, Januari 23, 2011

Liqa'ul Fikri PAS Kawasan Ipoh Timor

23, Januari 2011 - Pejabat UPU Pengkalan Barat.
Kitab : Amal Jamai'ei.
Penyampai : AF Ustaz Salleh Said, SU Dewan Ulamak PAS Perak.

Tajuk : MEWUJUDKAN BUDAYA DA'WAH HARAKIYAH DI KALANGAN AHLI PAS MASALAH DAN PENDEKATAN.

Isi penting:

عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – قال : قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان - رواه مسلم
Dari Abu Sa'id Al Khudri radhiyallahu anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : “Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya) ; dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju) , dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”. [HR Muslim no. 49]

Jumaat, Januari 14, 2011

Usrah DPPKIT Minggu Kedua Januari 2011


Kitab PENYAKIT UMAT ISLAM "Kaedah & Cara Pengubatannya" karangan Dr. Sayyid Muhammad Nuh

Tajuk: JALAN UNTUK MENGUBATI I'JAB BIN-NAFSI

1. Sentiasa mengingati hakikat kejadian diri manusia:

الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ ﴿٣٢﴾ 

"(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." (QS An Najm : 32)