iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Isnin, Februari 28, 2011

Selasa, Februari 15, 2011

Maktabah Syamilah anjuran DUPP




13 Februari, Air Kuning Taiping - Satu program anjuran Dewan Ulamak Pas Perak berkaitan dengan taklimat mengenai platform dakwah dapat dikembangkan dengan Teknologi Maklumat (ICT). Program ini dijayakan oleh dua moderator dari Lajnah ICT Dewan Ulamak Pas Pusat iaitu Ustaz Azhar Yahya dan Ustaz Ahmad Arif Mohd Arshad.

"Sebenarnya medan dakwah kita boleh diperkembangkan lagi dengan adanya teknologi ICT. Pada era cyber ini ulamak tidak perlu perlu lagi memikul kitab-kitab, hanya cukup dengan membawa sebuah laptop kita boleh menyimpan beribu-ribu kitab serta ilmu-ilmu Islam untuk disampaikan kepada mad'u kita," ujar Ustaz Azhar.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Ibrahim Zakaria itu bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang.

Isnin, Februari 07, 2011

Lawatan Kerja DPPKIT /Cawangan TC ke Pasti Bestari

ketibaan barangan sumbangan untuk anak didik Pasti Bestari , Taman Cempaka
 murid-murid Pasti Bestari sedang beratur 
 sumbangan disampaikan oleh TKP DPPKIT merangkap Ketua Cawangan PAS Taman Cempaka
anak murid berketurunan singh yang dimaksudkan
bergambar beramai-ramai

07 Feb, PAS Cawangan Taman Cempaka - Satu Lawatan Kerja dan Sumbangan DPPKIT ke atas murid non muslim berketurunan india / singh di Pasti Bestari, Taman Cempaka. Pasti Kawasan Ipoh Timor yang dikendalikan oleh DPPKIT buat pertama kalinya melakar sejarah dengan kemasukan seorang murid non muslim.

Dalam program tersebut turut ada sumbangan untuk anak didik Pasti Bestari.

Ahad, Januari 23, 2011

Liqa'ul Fikri PAS Kawasan Ipoh Timor

23, Januari 2011 - Pejabat UPU Pengkalan Barat.
Kitab : Amal Jamai'ei.
Penyampai : AF Ustaz Salleh Said, SU Dewan Ulamak PAS Perak.

Tajuk : MEWUJUDKAN BUDAYA DA'WAH HARAKIYAH DI KALANGAN AHLI PAS MASALAH DAN PENDEKATAN.

Isi penting:

عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – قال : قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان - رواه مسلم
Dari Abu Sa'id Al Khudri radhiyallahu anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : “Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya) ; dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju) , dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”. [HR Muslim no. 49]

Jumaat, Januari 14, 2011

Usrah DPPKIT Minggu Kedua Januari 2011


Kitab PENYAKIT UMAT ISLAM "Kaedah & Cara Pengubatannya" karangan Dr. Sayyid Muhammad Nuh

Tajuk: JALAN UNTUK MENGUBATI I'JAB BIN-NAFSI

1. Sentiasa mengingati hakikat kejadian diri manusia:

الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ ﴿٣٢﴾ 

"(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." (QS An Najm : 32)

Sabtu, Disember 04, 2010

Liqaul Fikri Badan Perubungan PAS Negeri Perak

04 Dis, Air Kuning :

Tajuk - Tahaluf Siyasi PAS Pulau Pinang Dalam Pakatan Rakyat.
Naqib - Al Fadhil Ustaz Rosidi Hussain. Timbalan PJ Pulau Pinang.

Isi Penting -

.... إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ ﴿٢٨﴾
"...., kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) [193] dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali." (QS Ali Imran : 28)

[193]. Bermaksud Tahaluf Siyasi.


Tajuk - Hukum Melakukan Upacara Menaikkan Tiang Seri dan Merenjis Tepung Tawar.
Pembentang - Al Fadhil Ustaz Arman AJK Dewan Ulamak PAS Perak.

Isi Penting -

 Rasulullah SAW bersabda:

من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
Dari Ibunda kaum mu’minin, Aisyah radhiAllahu 'anha, dia berkata: ”Rasulullah shallallohu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:   "Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam agama (cara hidup) kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya (urusan agama Islam) maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak (tidak diterima Allah)."  (HR. Bukhari dan Muslim).

Isnin, November 22, 2010

Pemuda PAS Ipoh Timur anjur program jejak fakir I'dul Adha‏

 Oleh: Safarizal Salleh

17 November 2010 (IPOH) - Usaha membantu golongan yang memerlukan diteruskan dengan program jejak fakir I'dul Adha yang memfokuskan golongan fakir miskin di perkampungan setinggan di sekitar Kawasan Parlimen Ipoh Timur.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur yang diketuai oleh Ketuanya Salman Saleh bersama pimpinan parti telah ke Kampung Setinggan Seri Keramat, Kampung Setinggan Sri Murni dan Kampung Setinggan Tok Chendang yang kesemuanya terletak di sekitar Kampung Pasir Putih.

Walaupun Ipoh adalah sebuah Bandaraya, tetapi perkampungan setinggan masih wujud dan golongan fakir miskin masih amat memerlukan bantuan. Pemuda PAS Ipoh Timur telah menyediakan selepas urusan Ibadah Korban pada paginya iaitu daging sembelihan untuk diagihkan.

Selain daging sembelihan tersebut, disertakan juga keperluan dapur kepada 30 buah keluarga yang telah diagihkan pada petangnya. Program seumpama ini adalah program mendekatkan antara PAS dan masyarakat terutama yang amat memerlukan perhatian daripada masyarakat lain.