iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Ahad, Disember 13, 2009

Pastikan anak-anak warisi perjuangan PAS

Oleh : NKP DPPKIT


"Anakku Ahli PAS". Itulah keazaman yang sepatutnya ada pada setiap ahli PAS sama ada ahli biasa atau pimpinan pelbagai peringkat. Keazaman ini mesti ada dalam sanubari jiwa ahli PAS jika kita mahu melihat PAS terus berkembang.

Sirah Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan baginda menitik-beratkan mereka yang hampir, daripada segi kekeluargaan dan rakan yang akrab. Maka baginda sendiri menyampaikan seruan Islam pada isterinya Khadijah, Ali sepupunya, Abu Bakar, Zaid bin Harithah.

Sebagai ahli PAS, kita mesti pastikan orang yang paling dekat dengan kita, misalnya anak dan isteri, yang perlu diajak kerana merekalah warisan perjuangan apabila kita menemui Allah nanti. Kita minta Allah jauhkan anak-anak kita terlibat dengan Umno khususnya dan menentang perjuangan PAS. Kalau tiada usaha dilakukan, tidak mustahil anak-anak kita akan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam.

Dalam suasana kebejatan moral dan heboh gerakan memurtadkan orang Islam, apa jaminan anak ahli-ahli PAS tidak terlibat dengan lembah kedurjanaan ini? Maka usaha mendidik dan mencegah perlu dilakukan dengan sikap proaktif ibu bapa. Justeru, penerusan perjuangan adalah satu kemestian. Setiap bapa mesti memastikan anaknya juga menjadi ahli PAS kerana ia adalah kelangsungan dan penerus perjuangan PAS masa depan. Amat malang jika anak ahli-ahli PAS atau pimpinan PAS tidak meneruskan daya usaha yang dilakukan bapanya.

Jangan pula anak-anak ini terlibat aliran baru iaitu pemikiran Ummah Centrik dan Tunas Tajdid yang kononnya kerja-kerja Islam tidak perlu berjamaah. Dakwa mereka, tidak ada hadis yang mengarahkan untuk kita berjamaah dalam berdakwah dan berjuang. Mereka mencari hujah untuk orang menjauhkan diri daripada berjuang dalam PAS dan menimbulkan keraguan dengan tulisan dan ceramah yang penuh dengan "nota kaki".

Sebaliknya tidak mencari hujah supaya masyarakat menjauhkan diri daripada pelbagai khurafat yang dibawa Umno. Kita tidak mahu anak ahli-ahli PAS terutama di pusat pengajian tinggi terpengaruh dengan pemikiran baru ini. Akhirnya, ia merugikan daripada segi perkaderan PAS pada masa akan datang kerana anak anggota jamaah sendiri tidak mahu menyertai dan aktif dengan PAS. Dan Umno tersenyum lebar tidak perlu bersusah payah berusaha melumpuhkan PAS kerana ada pihak lain melakukan untuk mereka.

Berikut antara usaha yang mesti dilakukan setiap ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi anggota PAS:

 1.
Isikan borang ahli PAS apabila sudah akil baligh. Harus disuntik untuk berasa bangga menjadi ahli PAS selain mengelak daripada terjebak mengikuti Putera dan Puteri Umno. Insya-Allah apabila anak kita sudah menjadi ahli PAS, ia akan terselamat daripada perangkap mereka yang sentiasa menahan jerat di pergentingan.


 2. 
Mesti diperingatkan anak-anak kita, jangan mengikut Putera dan Puteri Umno di mana sahaja mereka berada. Jangan sesekali bersekongkol atau berjinak-jinak dengan program mereka kerana ia memberi kesan negatif kepada perjuangan kita. Berapa ramai anak-anak orang PAS yang menentang arus perjuangan bapa mereka apabila mendekati dengan program Umno. Buktinya, program Mat Rempit Putera Umno pada 9-10 September 2006. Seramai 7,000 peserta termasuk 350 perempuan mengikutinya, dan ada yang melakukan perbuatan yang memalukan, seperti minum arak, bersekedudukan, terjun dalam kolam tempat wuduk Masjid Teluk Muroh, Teluk Batik ketika bergotong royong di masjid. Ini diakui Pegawai Bahagian Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Manjung. (Berita Harian, 13 September 2006).



 3.
Wujudkan unit usrah remaja di cawangan yang melibatkan anak-anak orang PAS dengan naqibnya juga daripada remaja sebaya. Jangan pilih naqib orang-orang tua yang tidak memahami jiwa remaja. Kalau boleh, bermula sekolah rendah mereka dididik supaya membiasakan dengan program jamaah dan tidak kekok apabila dewasa nanti.


 4.
Mentarbiah anak menagih pengorbanan masa, tenaga, harta dan nyawa. Kita tidak mahu membiarkan anak-anak tidak memahami nilai perjuangan PAS. Kita bimbang mereka mungkin menyesal kerana menjadi anak aktivis PAS. Takut mereka tidak bersedia susah sepertimana bapa mereka dahulu. Akhirnya luputlah warisan perjuangan kita.



5. 
Menanamkan semangat bahawa ganjaran perjuangan Islam amat besar. Tegaskan bahawa perjuangan Islam tidak akan merugikan, sama ada di dunia dan mahupun akhirat. Berikan motivasi bahawa perjuangan yang kita lalui adalah tugas mulia para Rasul terdahulu.




6.
 Memastikan anak-anak mengikuti program keremajaan anjuran Unit Amal dan Nisa'. Program sedia ada dalam kerangka manhaj PAS mesti dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan dipersiakan usia mereka dengan terlibat dalam program tidak berfaedah. Biarkan usia remaja mereka dimanfaatkan dengan organisasi PAS bagi membentuk akhlak mulia dan bersedia mewarisi perjuangan.



7. 
Apabila anak-anak mengikuti aktiviti PAS mereka akan dibimbing rakan sebaya terutama di IPT. Namun suasana di IPT, misalnya soal berpakaian, kembali kepada era 1970-an. Agak kurang siswi berjubah dan bertudung labuh, tidak sepertimana awal 1980-an apabila pakaian menutup aurat meluas termasuk mereka yang menyokong Umno di kampus kerana terpaksa mengikut arus. Kini suasana berpakaian menyakitkan mata, ditambah tekanan dan momokan pegawai universiti yang menjadi kuda tunggangan Umno; pelajar bersyakhsiah Islam dan aktif dengan Persatuan Mahasiswa Islam dipandang serong. Dasar sekular menyebabkan akhlak mahasiswa semakin parah. Insya-Allah apabila anak-anak menyertai perjuangan PAS, kita berasa selamat kerana mereka akan dipantau pelajar senior yang boleh dipertanggungjawabkan. Mereka akan menunjuk ajar apabila anak kita berkelakuan tidak senonoh dan mencegah daripada terjebak dalam gerakan memurtadkan orang Islam yang kini menular ke kampus.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Saya setuju 200 peratus dgn pandangan penulis.

Catat Ulasan