Jumaat, Disember 11, 2009
pemuda pas cawangan kg seri kinta mohon bantuan untuk OKU
IPOH, 10 Dis - Pemuda PAS Cawangan Kg Seri Kinta, Pasir Puteh baru-baru ini melawat seorang OKU bersama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Ipoh Timur yang tinggal di kampung ini. Pihak Lajnah Kebajikan Kawasan memohon bantuan infaq kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kepada beliau bagi meringankan kesedihan dan bebanan yang semakin perit yang dialaminya. OKU ini juga merupakan salah seorang aktivis tegar dalam Cawangan Kg Seri Kinta ini.
"Dengan bantuan yang disalurkan kepada beliau, dapatlah meringankan beban perubatan dan keperitan yang ditanggung olehnya sekeluarga." kata Hj Abdul Rahim Dahari, selaku Ketua Cawangan Kg Seri Kinta.
Hasanuddin bin Md Ali atau panggilannya Pak Hasan juga menghidap penyakit lumpuh sebelah kanan yang mana selama ini beliau berjalan dengan menggunakan tongkat ke sana ke mari juga dengan bantuan motosikal roda tiganya, beliau membantu jema'ah PAS Cawangan dan berulang-alik ke Surau Khalidiah.
Kini beliau hanya berbaring di atas katilnya setelah atas nasihat doktor, kakinya baru-baru ini dipotong oleh pihak hospital kerana menghidap Diabetes. Pergerakannya makin terbatas. Beliau hanya tinggal dua beranak yang dibantu oleh Khairul, satu-satunya anak beliau yang sanggup berkorban demi ayahnya.
Usia beliau kini mencecah 60 tahun, memohon agar mendapat bantuan dari pihak-pihak yang bertanggungjawab yang sudi menginfaqkan harta tuan tuan. Hulurkan sumbangan anda ke akaun MAYBANK beliau di nombor 108039075015.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan