iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Isnin, Julai 12, 2010

Program Seminar Nuqaba DPP Pusat

10-11 Julai, KL - DPP Pusat telah menganjurkan satu seminar yang berkaitan Tarbiyah atau lebih terperincinya Seminar Nuqaba Dewan Pemuda Pas Pusat. Seminar yang dilangsungkan di Hotel Citrus, berhampiran dengan Pejabat Agung PAS, Jalan raja Laut ini, disertai oleh ahli-ahli DPPN peringkat kebangsaan. Seluruh Nuqaba dari DPPN seluruh negara menyertai seminar ini kecuali DPPN Sarawak dan Sabah. DPPN Perak telah menghantar 4 Pemuda sebagai wakilnya iaitu Ketua Lajnah Tarbiyah, AF Ustaz Abd Fatah Awang bersama Timbalannya, Ustaz Khairi Jamaluddin, seorang AJK Dewan Ulamak PAS Negeri, AF Ustaz Arman dan seorang AJK Lajnah Tarbiyah DPPN juga merangkap Ketua Lajnah Tarbiyah DPPKIT, Ustaz Yop Halim.

Seminar yang berlansung selama 2 hari 1 malam ini merangkumi tiga sessi pembentangan kertas kerja iaitu sessi pertama 11 haribulan sebelah malam bermula jam 8.30 malam dan berakhir jam 12.00 malam yang bertajuk Tarbiyah Islamiyah : Pengenalan dan Perlaksanaan di dalam PAS. Kertas kerja ini telah disusun dan dibentangkan oleh AF Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz.

Manakala 2 kertas kerja seterusnya dibentangkan pada 12 haribulan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga jam 12.50 tengahari. Kertas kerja kedua yang bertajuk Tarbiyah Ruhiyah dibentangkan oleh AF Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood. Manakala kertas kerja ketiga yang bertajuk Tahaaluf Siyasi dibentangkan oleh AF Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al-Joofre. Turut hadir sebagai perasmi penutup seminar ini Timbalan KP Pusat, AF Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.

Kesemua tenaga penulis, pembentang dan panel pemeriksa ketiga-tiga kertas kerja ini merupakan terdiri daripada AJK DPP Pusat yang diketuai oleh AF Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi lalu dirujuk kepada Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura.

Ketua penganjur dan penyelaras seminar, AF Ustaz Nik Abduh menyuruh supaya kertas kertas kerja ini dapat dihadham dan dilumatkan serta diperturunkan kepada ahli-ahli Pemuda di peringkat negeri mahupun peringkat kawasan dan cawangan. "Kertas kerja ini hendaklah dibentang oleh para peserta yang hadir pada hari ini, supaya sanadnya sahih dan tidak putus," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan