iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Jumaat, September 03, 2010

Duit raya, hamper pelajar dan guru Pasti Ipoh Timur

IPOH, 2 Sept: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur hari ini tidak ketinggalan menyampaikan duit Raya dan juga hamper kepada semua pelajar dan guru PASTI yang cukup gembira.

Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur Salman Saleh bersama kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kerjanya telah bergerak kesemua PASTI di dalam Ipoh Timur bagi tujuan tersebut.

Pemuda PAS Ipoh Timur yang mempunyai PASTI sebanyak 4 iaitu PASTI Ibnu Safar di Taman Shatin, PASTI Al-Ehsan di Taman SPPK, PASTI Raudatul Ilmi di Kg Temiang dan PASTI Bestari di Taman Cempaka.

Terdapat seramai 69 pelajar dan seramai 5 guru di PASTI seluruh Ipoh Timur yang memberikan perkembangan positif terhadap pendidikan mereka selama ini.

Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Salman amat bermakna kepada seluruh pelajar dan guru PASTI bersempena samburan Hari Raya pada minggu depan. HarakahDaily.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan