iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Mei 11, 2011

Golongan 'kacau daun' dalam gerakan Islam

Mereka membantu penyebaran dakwah, pada masa yang sama merosakkan kesuburannya. Umpama serangga yang membantu pendebungaan tapi merosakkan tanaman.

Perkara-perkara yang mesti dihindari dan halangan-halangan dakwah :

1. Menjauhkan tercetusnya perselisihan dan perpecahan

2. Munculnya kelompok-kelompok pengacau

3. Berpegang teguh kepada pendapat peribadi

4. Berbahas dan berbantah-bantah

5. Mengutamakan kepentingan peribadi

6. Tidak menghadiri pertemuan rutin

7. Bercita-cita menjadi pemimpin dan telalu percayakan diri sendiri

8. Tidak memiliki visi yang jelas.

.: Muhammad Abduh :.

……………………………………..

Dalam melaksanakan dakwah menengakkan agama Islam sama ada dalam sekecil-kecil perkara hinggalah menegakkan negara Islam dan sistem Khilafah, kekuatan kesatuan sesama anggota dakwah merupakan satu kemestian.

Punca kesatuan adalah iman.

Muhammad Abduh dalam bukunya ; 'Apa Erti Komitmen Aktivis Dakwah' mengariskan 8 sikap yang tidak sepatutnya ada dalam anggota sebuah jemaah Islam. Sikap-sikap inilah sekiranya ada dalam diri aktivis dakwah, pendokong dan penyokong akan menjadi virus tanda sedar. Ianya mampu membunuh kebangkitan Islam. Umpama Selsema Babi membunuh penghidapnya.

Saya tertarik dengan sikap kedua dinyatakan oleh Muhammad Abduh dalam bukunya iaitu ; Munculnya kelompok-kelompok pengacau.

Tegas beliau :

'Yang saya maksudkan dengan kelompok pengacau ini adalah sekolompok kecil dalam dakwah yang fanatik memegang pendapatnya sendiri dan menolak pendapat inidividu lain. Ataupun kerana dia tidak setuju dengan pendapat ketua dan para pemimpin dakwah kemudaian mewujudkan kelompoktersendiri untuk memenangkan pedapatnya dan mencari-cari bukti kesalahan pendapat pemimpinnya antara lain dengan tujuan untuk memujuk individu-individu yang bersependapat dengan pendapatnya.'

Aneh bukan. Wujudnya mereka tanpa disedari. Kumpulan sebegini lahir daripada sifat ujub dengan pendapat sendiri dan tiada wala' kepada kepimpinan yang ada. Mereka percaya hanya mereka lah yang layak melakukan reformasi dalam dakwah. Justeru dengan menggulingkan pemimpin yang ada melalui saluran memburuk-burukkan pendapat, menyebarkan ketidakmampuan kepimpinan yang akhirnya akan mengoyahkan kepercayaan anggota terhadap ketua mereka.

Hakikatnya mereka berpersepsi bahawa telah membuat kebaikkan kepada agama. Bahkan merekalah perosaknya. Banyak perbalahan dalam jemaah Islam berlaku sekarang ini hanya kerana persoalan strategi. Ujub dengan idea, terlalu idealisme dalam perjuangan dan gopoh terhadap kejayaan dakwah.

Tegas Muhammad Abduh lagi :

'Menjadi suatu kewajipan bagi para aktivis dakwah untuk menjauhi kelompok-kelompok tersebut, tidak berbicara dengan mereka, kerana ianya dapat mengurangkan kepercayaan mereka terhadap pemimpin. Mereka ini sebagimana yang dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud :

لَوْ خَرَجُوا فِيكُم مَّا زَادُوكُمْ إِلَّا خَبَالًا وَلَأَوْضَعُوا خِلَالَكُمْ يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ وَفِيكُمْ سَمَّاعُونَ لَهُمْ ۗ .... ﴿٤٧﴾
"Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, nescaya mereka tidak menambahkan kamu selain daripada kerosakkan belaka, dan tentu mereka akan bergegas-gegas maju ke muka di celah-celah barisanmu untuk mengadakan kekacaun di antaramu; sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka."

(At Taubah : 47)

Pesan Ustaz Mustafa Masyur :

'Di antara bentuk-bentuk penyelewengan adalah ; membuat proksi-proksi atau kelompok-kelompok dalam jamaah kerana mendukung seseorang atau pendapat tertentu atau membuat seperti tanzim (organisasi) dalam struktur jamaah yang besar, atau berusaha menekan pemimpin agar mengambil keputusan tertentu dan kalau tidak dia akan memisahkan diri, atau adanya sebahagian peribadi yang berasa lebih tinggi daripada struktur jamaah sehingga berasa tidak wajib tunduk dan taat terhadap arahan dan keputusan.'

Jernihkan kembali niat berjuang, agar kita bukan menjadi api dalam sekam kepada perjuangan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan