NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan artis Syella Kamaruddin dalam satu upacara "Wedding of The Year"
Perkahwinan ini adalah yang termahal dianggarkan menelan belanja perkahwinan dan hantaran sehingga khabarnya mencecah RM 15 juta.
Syella menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Baju perkahwinannya menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.
Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya.
Penyanyi yang pernah merakamkan lagu 'Menangis dalam Hujan' ini agak popular dikalangan peminat hiburan tanah air. Namun, tahun berganti tahun apatah lagi dengan kemunculan penyanyi baru secara tidak langsung menenggelamkan namanya.
Kiranya selepas ini, Syell tidak perlu lagi menangis hatta di dalam hujan sekalipun. Kehidupan yang ternyata sangat mewah disamping bekas penjawat awam yang cukup terkenal, sememangnya menjadi idaman ramai anak gadis diluar sana.
Semoga perkahwinan termahal dalam sejarah Malaysia ini kekal abadi ke akhir hayat.
3 ulasan:
Memang dasar PAS suka sebar FITNAH.
Benar ke itu gambar Tan Sri Musa? Tan Sri Musa itu tinggi orangnya tapi orang dalam gambar lebih kurang sama jer tingginya dgn pengantin perempuan.
Ingat, fitnah itu lebih bahaya dari membunuh.
Ahli PAS gerenti masuk syurga ke, tak takut DOSA?
Dah sah bukan Musa Hassan... hehehee PAS..PAS..tgk gambar mcm ni jer terus percaya... kalau video anwar takpercaya pulak.. dasar double standard... camner nak masuk syurga ni.... ni kalau buat fitnah mcm ni bole masuk syurga ker?
Ya Allah.. ini semua fitnah. Itu bukan Tan Sri Musa Hassan.
Nauzubillah. Bersegeralah bertaubat. Delete je la pos ni.
Dalam berblog kenalah hati-hati. Kalau penulisan berunsur fitnah, kan dah jadi dosa besar. Bagaimana penulis nak mohon maaf pada Tan Sri Musa Hassan? Dia tak kenal anda pun. Fikir2kanlah.
Catat Ulasan