iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Sabtu, Oktober 02, 2010

Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda Peringkat Kebangsaan di Rusila

 Masjid Rusila yang melakar sejarah dapat men'ijtimakkan 5000 Pemuda-Pemuda seluruh Negara
Tuan Guru Presiden menyampaikan kuliah tafsir Surah Al Hujurat
 Sebuah buku terbaru yang laris di pasaran antarabangsa yang asalnya dalam bahasa arab diterjemahkan dalam bahasa melayu, karangan Tuan Guru Presiden dilancarkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am
 Tuan Guru Mursyidul Am menyampaikan taujihad tarbawi di hadapan ribuan hadirin
 antara ribuan peserta dari DPP seluruh negara turun pada hari ini
 YB Salahuddin Ayub bersemangat menyampaikan ucapan
 DPPKIT bergambar kenang-kenangan dengan KP Pusat, Al Fadhil Ustaz Hj. Nasharuddin Hassan Tantawi dan Al Fadhil Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Pemuda Gopeng, Rurol Azhar turut hadir
mengemaskinikan blog DPPKIT.COM di tepi pantai dengan suasana angin sepoi-sepoi bahasa
bergambar di belakang bangunan Darul Mubarak yang betul-betul di tepi pantai Rusila

Ahad, September 05, 2010

Moreh PAS Cawangan Kg Seri Kinta bersama ADUN Tebing Tinggi

kenderaan peribadi YB Ong Boon Piow yang dijadikan sebagai kenderaan Pusat Khidmat DAP
ketibaan ADUN Tebing Tinggi, YB Ong Boon Piow disambut mesra oleh ahli qariah Surau Al Khalidiah
 turut hadir : Pembantu YB, YDP Ustaz Hj Zulkifli Abu, KP Saudara Salman Salleh dan NYDP Saudara Roslan Sulaiman
turut kelihatan : Ahli PAS seumur hidup Cawangan Kg Seri Kinta, Pak Dollah (berjanggut putih) dan Ketua Penerangan PAS Cawangan Kg Seri Kinta, Hj Asha
turut juga hadir AJK PAS Kawasan, Ketua Penerangan, Hj Mazlan yang segak berjubah merah 
bacaan tahlil diketuai oleh Hj Asha merangkap imam Surau Al Khalidiah
Alhamdulillah, saat paling menggembirakan : berbuka puasa

Jumaat, September 03, 2010

Duit raya, hamper pelajar dan guru Pasti Ipoh Timur

IPOH, 2 Sept: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur hari ini tidak ketinggalan menyampaikan duit Raya dan juga hamper kepada semua pelajar dan guru PASTI yang cukup gembira.

Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur Salman Saleh bersama kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kerjanya telah bergerak kesemua PASTI di dalam Ipoh Timur bagi tujuan tersebut.

Pemuda PAS Ipoh Timur yang mempunyai PASTI sebanyak 4 iaitu PASTI Ibnu Safar di Taman Shatin, PASTI Al-Ehsan di Taman SPPK, PASTI Raudatul Ilmi di Kg Temiang dan PASTI Bestari di Taman Cempaka.

Terdapat seramai 69 pelajar dan seramai 5 guru di PASTI seluruh Ipoh Timur yang memberikan perkembangan positif terhadap pendidikan mereka selama ini.

Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Salman amat bermakna kepada seluruh pelajar dan guru PASTI bersempena samburan Hari Raya pada minggu depan. HarakahDaily.

Isnin, Ogos 23, 2010

PROGRAM SEKRETARIAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT KAWASAN PARLIMEN IPOH TIMUR

sumbangan kepada warga Jalan Bendahara
sumbangan kepada warga Kg Paloh
antara barisan pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir
YB Lim Kit Siang menyampaikan ucapannya
YB Dato Seri Hj. Nizar menyampaikan amanat Ramadhan kepada para hadirin
YB Dr Lee Boon Chye menyampaikan sumbangan berupa barangan harian kepada rakyat miskin yang hadir
begitu juga dengan YB Lim Kit Siang
YB Dato Seri Hj. Nizar turut menyampaikan sumbangan
YB Lim Kit Siang menghulurkan sumbangan bubur lambuk kepada orang ramai dan peniaga Bazar Ramadhan di sekitar Surau Ar Rahman Taman Temara
YB Dato Seri Hj. Nizar turut mengambil bahagian
menunggu waktu masuk untuk berbuka
pelancaran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat di Dewan Chin Woo

20 Ogos 2010 (JUMAAT)

5.30 petang
- YB, Sekretariat dan Media berkumpul di Pejabat PKR Negeri Perak, Jalan Pasir Puteh.
- Ziarah serahan sumbangan keperluan harian kepada 4 keluarga kaum Cina dan India di Jalan Bendahara dan Kampung Paloh.

1. YB Ong Boon Piow

6.30 petang 
- Majlis serahan sumbangan keperluan harian kepada 30 penerima, serahan bubur lambuk kepada pengunjung pasar Ramadhan dan Majlis berbuka puasa di Surau Al-Rahman, Taman Temara.

1. YB Lim Kit Siang

2. YB Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar

3. YB Dr Lee Boon Chye

8.00 malam 
- Ceramah ke Putrajaya dan Pelancaran Sekretariat Pemuda di Dewan Chin Woo, Jalan Hussien, Ipoh.

1. YB Ong Boon Piow

2. YB Chang Ling Kang

3. YB Lim Kit Siang

4. YB Dr Lee Boon Chye

6. YB Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar

Ahad, Ogos 22, 2010

Program Tamrin Badar Al Kubra PAS Peringkat Kawasan Ipoh Timor

selepas sunat terawikh, tazkirah disampaikan oleh Ketua Lajnah Tarbiyah DPPKIT
sebahagian ahli dan AJK kawasan yang mengambil bahagian
sebahagian daripada ahli Helwa dan Dewan Muslimat yang hadir
Majlis dipengerusikan oleh Setiausaha Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan
Ucapan alu-aluan dan taujihad dimulakan oleh NYDP merangkap Pengarah Pilihanraya UPU Pengkalan Barat
Taujihad yang kedua dari Ketua Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan
Taujihad terakhir dari YDP PAS Kawasan

Rabu, Ogos 18, 2010

Ahdaf Pemuda 2010 Bahagian ke 2

UMNO telah memulakan Loteri di Tanah Melayu seawal tahun 1951

UMNO sebenarnya telah sekian lama berkecimpung dalam kegiatan perjudian seawal tahun 1951. Mungkin ramai dari kita yang masih tidak tahu bahawa UMNO pernah menjadi penganjur judi loteri, fun fair dan kabaret. Para Ulama' ketika itu menentang sekeras-kerasnya kemungkaran yang telah UMNO lakukan.  Antara bukti jelas pembabitan UMNO dalam perjudian dapat  dilihat daripada keratan akhbar Utusan Melayu bertarikh 20/8/1951 yang bertulisan jawi (gambar) serta salinan surat yang mengaitkan UMNO dengan loteri:

“Pulau Pinang - 19 Ogos: Loteri UMNO kalau seperti yang biasa dibuat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu ditakrifkan masuk ke dalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut di dalam Al-Quran. Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau Pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-Khairiyyah, Pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan dihadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai.”

FAKTA AL QURAN :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٩٠﴾ 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor(keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (QS Al Maidaah : 90)

Selasa, Ogos 17, 2010

Mesyuarat Persediaan Ceramah Rakyat

16 Ogos, Ipoh - Satu mesyuarat sebagai persediaan untuk mengadakan satu Ceramah Rakyat atau Ceramah Ke Arah Putra Jaya yang dianjurkan oleh Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timor telah diadakan di Pejabat Perhubuhungan PAS Negeri. Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timor terdiri daripada AJK Dewan Pemuda PAS Ipoh Timor, AMK Ipoh Timor dan DAPSY Ipoh Timor.

Majlis mesyuarat yang bermula dengan berbuka puasa dan diakhiri dengan solat terawikh secara berjemaah itu berakhir kira-kira jam 11.00 malam.