iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Ahad, November 14, 2010

Ihtifal Pasti Kawasan Ipoh Timor

Backdrop yang menarik dibuat oleh Amat Qaiyyum
Meja pendaftaran dibuka seawal jam 8.00 malam
Antara hadirin yang mewakili ibu-bapa, penjaga, keluarga dan sanak saudara pelajar Pasti Kawasan Ipoh Timor
Para Ahli Lembaga Pengarah Pasti duduk di meja VIP
Majlis dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Saudara Salman Salleh
Persembahan yang mencuit hati dari para pelajar. Di balik tubuh yang kecil mereka ini tersimpan bakat yang besar dalam diri mereka.
Para pemenang Cabutan Nama Bertuah menerima hadiah masing-masing.
Antara hadiah-hadiah untuk perserta Cabutan Nama Bertuah, Trofi dan Sijil Penghargaan untuk pelajar-pelajar cemerlang Pasti
Antara pelajar-pelajar Pasti yang menerima penganugerahan masing-masing

13 Nov, Hotel Seri Malaysia, Ipoh - DPPKIT dengan jayanya telah melangsungkan Malam Ihtifal PASTI Kawasan Ipoh Timur hari ini. Majlis ini bagi meraikan dan penganuherahan tahap kecemerlangan Diniah dan Akademik pelajar pelajar Pasti dari Pasti Ibnu Safa - Taman Shatin, Pasti Raudhatul 'Ilm - Kampung Temiang, Pasti Bestari - Taman Cempaka dan yang baharu dibuka, Pasti Al Ihsan - Taman (Pengkalan Jaya) SPPK. Majilis bermula seawal jam 8.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam.

Sabtu, Oktober 30, 2010

Suasana Gerak Kerja PRK N45 Galas

Markas Besar Gerak Kerja Pilihanraya Negeri Kelantan N45 DUN Galas, Gua Musang.
Jalan masuk ke Rumah Petugas Pilihanraya Perak
 Inilah rupa Rumah Petugas Pilihanraya PAS Perak yang betul-betul berada di balik bukit di mana terletaknya "Gua Musang".
Lawatan dari pimpinan JPN Negeri
Saudara Zakril SU Jabatan Amal Perak turut membantu gotong royong memasak di bahagian dapur rumah petugas
 Gotong royong membina bangsal untuk Program Cakno Keluarga
 Program Cakno Keluarga anjuran Muslimat
Ceramah Dato Seri Ir. Hj Nizar di Kampung Baru Cina, Gua Musang
 Lawatan Dato Seri ke Rumah Petugas Pilihanraya PAS Perak
TYDP Ipoh Timur, Ustaz Azmi Murad turut menyumbangkan tenaga untuk program mendekati rakyat
Dato Seri dan PJ PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin turut hadir dalam Program Mari Pakat Sumbat Gool anjuran Pemuda PAS Perak dan Kelantan ini
Sepak mula dirasmikan oleh Dato Seri dan PJ
Calon YB kito turut sama cakna program ini, gooolllll
 hebatnya mokcik ni menedang bolaaa
 ni bukan SB umno yang tengah solat ni ye

Isnin, Oktober 25, 2010

AMALAN KHURAFAT AMALAN UMNO

Gambar Hiasan

Kenyataan Media (19 Oktober 2010)


UPACARA TIANG SERI: AMALAN KHURAFAT DAN BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta perjelasan daripada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang menghadiri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong baru-baru ini yang dikhuatiri bertentangan dengan ajaran Islam di dalam upacara meletakkan ancak ke tiang seri yang kini tersebar luas di dalam media baru yang tidak lagi menjadi amalan umat Islam kini.

Di dalam perkara yang sama, DPPN Pk meminta Jabatan Mufti Negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk memberikan nasihat kepada Datuk Seri Zambry jika perkara tersebut jelas bertentangan dari ajaran Islam. Penjelasan akan amalan tersebut yang sudah lama ditinggalkan seolah-olah masih menjadi amalan dan bertentangan jelas dengan kepercayaan kepada Allah.

DPPN Pk tidak bertujuan mencari salah Datuk Seri Zambry, tetapi bimbang amalan yang sudah lama ditinggalkan menjadi ikutan semula umat Islam. Sedangkan perbuatan khurafat tersebut jelas memohon perlindungan kepada yang lain daripada Tuhan Yang Maha Esa. Penjelasan juga perlu kepada umat Islam oleh pihak yang berwajid akan perbuatan tersebut yang jauh terpesong dengan amalan Islam yang sebenarnya.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Rabu, Oktober 06, 2010

Usrah DPPKIT Minggu Kedua Oktober 2010


 
  إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوا وَّالَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ ﴿١٢٨﴾                  
"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (QS An Nahl : 128)
 
احفظ الله يحفظك , احفظ الله تجده تجاهك , إذا سألت فاسأل الله وإذا استعنت فاستعن بالله

"Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah." (HR Tirmizi)

Ihsan penting bagi setiap pejuang .....

Sabtu, Oktober 02, 2010

Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda Peringkat Kebangsaan di Rusila

 Masjid Rusila yang melakar sejarah dapat men'ijtimakkan 5000 Pemuda-Pemuda seluruh Negara
Tuan Guru Presiden menyampaikan kuliah tafsir Surah Al Hujurat
 Sebuah buku terbaru yang laris di pasaran antarabangsa yang asalnya dalam bahasa arab diterjemahkan dalam bahasa melayu, karangan Tuan Guru Presiden dilancarkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am
 Tuan Guru Mursyidul Am menyampaikan taujihad tarbawi di hadapan ribuan hadirin
 antara ribuan peserta dari DPP seluruh negara turun pada hari ini
 YB Salahuddin Ayub bersemangat menyampaikan ucapan
 DPPKIT bergambar kenang-kenangan dengan KP Pusat, Al Fadhil Ustaz Hj. Nasharuddin Hassan Tantawi dan Al Fadhil Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Pemuda Gopeng, Rurol Azhar turut hadir
mengemaskinikan blog DPPKIT.COM di tepi pantai dengan suasana angin sepoi-sepoi bahasa
bergambar di belakang bangunan Darul Mubarak yang betul-betul di tepi pantai Rusila

Ahad, September 05, 2010

Moreh PAS Cawangan Kg Seri Kinta bersama ADUN Tebing Tinggi

kenderaan peribadi YB Ong Boon Piow yang dijadikan sebagai kenderaan Pusat Khidmat DAP
ketibaan ADUN Tebing Tinggi, YB Ong Boon Piow disambut mesra oleh ahli qariah Surau Al Khalidiah
 turut hadir : Pembantu YB, YDP Ustaz Hj Zulkifli Abu, KP Saudara Salman Salleh dan NYDP Saudara Roslan Sulaiman
turut kelihatan : Ahli PAS seumur hidup Cawangan Kg Seri Kinta, Pak Dollah (berjanggut putih) dan Ketua Penerangan PAS Cawangan Kg Seri Kinta, Hj Asha
turut juga hadir AJK PAS Kawasan, Ketua Penerangan, Hj Mazlan yang segak berjubah merah 
bacaan tahlil diketuai oleh Hj Asha merangkap imam Surau Al Khalidiah
Alhamdulillah, saat paling menggembirakan : berbuka puasa

Jumaat, September 03, 2010

Duit raya, hamper pelajar dan guru Pasti Ipoh Timur

IPOH, 2 Sept: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur hari ini tidak ketinggalan menyampaikan duit Raya dan juga hamper kepada semua pelajar dan guru PASTI yang cukup gembira.

Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur Salman Saleh bersama kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kerjanya telah bergerak kesemua PASTI di dalam Ipoh Timur bagi tujuan tersebut.

Pemuda PAS Ipoh Timur yang mempunyai PASTI sebanyak 4 iaitu PASTI Ibnu Safar di Taman Shatin, PASTI Al-Ehsan di Taman SPPK, PASTI Raudatul Ilmi di Kg Temiang dan PASTI Bestari di Taman Cempaka.

Terdapat seramai 69 pelajar dan seramai 5 guru di PASTI seluruh Ipoh Timur yang memberikan perkembangan positif terhadap pendidikan mereka selama ini.

Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Salman amat bermakna kepada seluruh pelajar dan guru PASTI bersempena samburan Hari Raya pada minggu depan. HarakahDaily.