iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Isnin, Januari 11, 2010

Juara rakyat salahguna wang rakyat


DS Najib telah melancarkan program UMNO juara rakyat. Program ini adalah merupakan usaha UMNO yang terdesak untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat pada UMNO. Seperti kata Najib, UMNO dah insaf atas segala kesilapan masa lalu selepas keputusan pru12 2008.

Yang menghairankan saya, kenapa mesti UMNO juara rakyat. Bukankah UMNO bersama BN memerintah Malaysia. Tidakkah UMNO sedar yang mereka ditolak oleh rakyat ialah kerajaan BN. Nampaknya UMNO hanya nak rakyat melihat UMNO saja yang juara rakyat dan bukannya BN, atau UMNO memang sedar faktor penolakan rakyat terhadap BN adalah kerana UMNO yang sudah dilihat terlalu jijik oleh rakyat. Mungkin ini lah jawapannya sehingga UMNO terpaksa bertungkus lumus untuk menampakkan yang UMNO lah juara rakyat.

Saya tidak kisah kalau UMNO nak ajak rakyat mengatakan dia juara rakyat, itu hak dia sebagai parti politik. Memang semua parti politik berusaha untuk mendapat sokongan dan dokongan rakyat. Persoalannya ialah kalau UMNO nak mengaku yang dia juara rakyat, adakah program dan projek yang dia buat dalam kempen UMNO juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari UMNO sendiri? Najib umum peruntukan RM15.6 juta untuk baiki bumbung pangsapuri Sentosa, adakah ini duit dari tabung UMNO atau duit negara yang merupakan duit rakyat. Kenapakah projek ini diletakkan pemantauannya di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri (JPM). Adakah gaji pegawai-pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh UMNO. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain apakah dia tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan.

UMNO kena jelaskan pada rakyat bahawa semua projek dan program yang UMNO buat dalam siri kempen UMNO juara rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera UMNO sendiri. Baru lah boleh UMNO dabik dada kata dia juara rakyat. Kalau tidak dia hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik UMNO yang kian pudar dan mulai pupus.

Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena

Penawar penyakit kuning


Oleh : NKP DPPKIT

Salam ... pemuda kita mungkin ada masalah penyakit pada anak yang baru lahir... ini ada la petua sikit.

Selain mendedahkan bayi kepada cahaya matahari di waktu pagi dan memberi susu badan, ada cara lain yang patut diamalkan sejak mengandung lagi. Caranya dengan memakan epal hijau. insya Allah, jika anda mengamalkan petua ini, masalah penyakit kuning pada bayi akan dapat dielakkan.

Ambil seberapa banyak daun inai dan rebus bersama air hingga mendidih. Kemudian, campurkan dengan air sejuk supaya menjadi suam-suam kuku. Mandikan bayi sambil diiringi selawat. Ulangi mandian sehingga hilang kuning tersebut.Rebus lima hingga enam batang serai muda yang telah dibersihkan sehingga mengeluarkan bau. Kemudian biarkan air tersebut suam.

Setelah itu bolehlah anda memandikan bayi menggunakan air tersebut. Amalkan sehari sekali.Anda juga boleh mencuba dengan memberi bayi anda titisan air anggur hitam ke mulut bayi anda. Insya Allah ia amat mujarab untuk menghilangkan penyakit kuning bayi.

Bakar Gereja Dan Arak Kepala Lembu...Ini Kerja Sapa?




Kalau kita perhatikan gambar kiri, atas ini, yang menjadi proksi kes Arak Kepala Lembu memang UMNO. Klik sini untuk lebih lanjut mengenai berita bergambarnya. Persoalannya sekarang, siapa pula yang menjadi dalang dalam kes Bakar Gereja pulak ???? Adakah proksinya dari UMNO juga ????


Pemuda PAS Perak mengutuk tindakan melempar bom api di Gereja Taiping, beritanya ada di sini.Gambar kiri, merupakan salah satu dari gereja yang menjadi serangan molokov cocktail pelampau agama yang mungkin dari UMNO ....

                                                                                                                                                            

SEKITAR PROGRAM BENGKEL SUMBANG SARAN DAN HALA TUJU PAS KAWASAN IPOH TIMUR


Tempat Program

Majlis dirasmikan pembukaannya oleh TYDP, AF Ustaz Azmi Murad bin Yusof.

Di meja pendaftaran

Pegawai Pendaftaran Peserta Muslimin

Antara perserta muslimin yang hadir mengikuti kursus bengkel


Antara perserta dari DMP yang hadir mengikuti kursus bengkel


Antara AJK DPPKIT yang hadir ke bengkel


Ketua Fasilitator kita dari Ilmuan Ventures, Encik Azman

Antara AJK Cawangan Tmn SPPK yang hadir

Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, ini kumpulan 1

yang ini  pulak kumpulan 2

Rehat makan tengahari

daripada kumpulan 2 dipecahkan lagi kepada 2 untuk membuat Kertas Kerja Perlaksanaan Program





ketua kumpulan masing-masing mempersembahkan kertas kerja Perlaksanaan Program yang bakal mereka jalankan






Para fasilitsator masing-masing dikurniakan sijil penghargaan daripada PAS Kawasan Ipoh Timur kerana kesudian mereka dalam membimbing dan menjayakan program Bengkel Hala Tuju PAS Kawasan yang kami adakan ini. Terima kasih diucapkan

Jumaat, Januari 08, 2010

komen dari bukan islam mengenai Isu Kalimah Allah: PAS Memperlihatkan Kesederhanaan


Posted: 06 Jan 2010 02:18 PM PST
oleh: Lim Hong Siang (Merdeka Review)

PAS berjaya menampilkan imej yang "sederhana" ketika berdepan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah, berbanding dengan UMNO yang dianggap semakin "ekstrem" posisinya. Malah, pendirian yang diumumkan pada malam 4 Januari, selepas mesyuarat lajnah biro politik PAS itu menerima pujian daripada masyarakat bukan Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa "penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi", tetapi mengingatkan bahawa "penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan", malah "dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat". 【Kenyataan media PAS】

Pendirian sedemikian bukan sahaja meletakkan satu garis untuk membezakan antara PAS dengan UMNO, malah meletakkan parti komponen Barisan Nasional selain UMNO di satu kedudukan yang agak sukar. Misalnya, MCA dan Gerakan yang selama ini berkempen dengan "melabelkan PAS sebagai parti politik yang ekstrem", kini terpaksa berdepan dengan "sekutu" yang kelihatan lebih ektrem daripada "musuh".

Pujian daripada DAP

Jelas, bahang kontroversi penggunaan kalimah Allah kini cuba "dipadamkan" di media cetak bahasa Cina. Selain hujah Menteri dan pemimpin BN, komen atau pandangan daripada pemimpin Pakatan Rakyat semakin tidak mendapat ruang di dada akhbar Cina.


Misalnya, penilaian positif oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang (gambar kiri) terhadap PAS semalam, berbunyi "PAS memberi sumbangan yang wajar dipuji dalam penyelesaian kontroversi ini" (merujuk kepada pendirian PAS), tidak disiarkan pada hari ini. Malah, kenyataan Nga Kor Ming, ahli parlimen Taiping (DAP) yang membidas UMNO kerana cuba mengalih pandangan daripada kenaikan harga gula dan kehilangan enjin jet dengan isu kalimah Allah, juga tidak disiarkan.

Lebih-lebih lagi, media cetak bahasa Cina mula mengelak daripada menyiarkan sebarang analisa atau pandangan yang dikemukakan kolumnis, pemerhati politik dan sebagainya. Pendek kata, dalam isu kalimah  Allah, media cetak bahasa Cina lebih "berwaspada", dengan memaparkan kenyataan daripada menteri dan pemimpin BN.

Parti komponan BN terasa bahang

Walau bagaimanapun, seandainya diperhatikan di laman internet, pendirian PAS ini disambut secara positif oleh bukan muslim. Misalnya, pemerhati politik, Jason Leng Kek Mun mempersoalkan "Siapa yang lebih ekstrem sebenarnya?"

Dalam blognya, Jason menulis "PAS digambarkan sebagai ekstrem, konservatif, kolot dan fanatik oleh MCA dan Gerakan," sebelum mempertikaikan, "kalau dilihat  kontroversi kalimah Allah yang berlaku kebelakangan ini, siapa sebenarnya yang memainkan isu ini? Siapa yang membuat kecoh? Siapa yang menghasut?"

Malah, Jason memanjangkan kepada bebrapa isu yang berlaku beberapa tahun kebelakangan, "Siapa yang mengugut untuk membakar Dewan Perhimpunan? (Isu Suqiu) Siapa yang kata bukan Melayu mengancam Melayu? Siapa yang menjulang keris tanpa mempedulikan perasaan kaum lain?"

Beliau memberi jawapannya di akhir tulisan tersebut, iaitu UMNO. Malah, beliau sempat untuk mengusik MCA dan Gerakan, dengan dakwaan bahawa realiti ini hanya tidak difahami oleh kedua-dua parti komponan BN ini.


Sementara itu, pendirian Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin kontroversial, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam-PAS) turut mendapat penilaian baik daripada masyarakat bukan Islam. Menurut temuramah Malaysiakini edisi bahasa Cina dengan beberapa tokoh agama dan pemerhati politik, Nik Aziz dan Khalid Samad dipuji kerana menampilkan imej yang memperlihatkan "keterbukaan".

Ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong juga memberi pujiannya kepada PAS, bahawa ramai antara pemimpin PAS yang menafsir soal agama dari perseptif yang lebih luas, dan bukannya melihat isu dari perspektif perkauman yang sempit.

Selain itu, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar (gambar bawah) juga mengganggap bahawa pendirian PAS ini adalah berdasarkan al-Quran. Ketika ditemuramah therocknews, laman internet bahasa Cina, Khalid Jaafar memuji pendirian PAS yang membenarkan bukan muslim untuk menggunakan kalimah Allah, menunjukkan bahawa PAS mendefinisi maksud Quran dengan tepat.


Khalid Jaafar juga membidas kejahilan UMNO dalam isu ini, dan menganggap UMNO akan mencungkil ketidakpuasan rakyat seandainya meneruskan tindak tanduk sedemikian.

Berita ihsan dari Merdeka Review

Dato Seri Imamkan Solat Jumaat


Jan 8th, 2010 

Dato Seri Nizar telah diberikan penghormatan oleh Imam Masjid Jln Hospital untuk mengimamkan solat jumaat sebentar tadi.Beliau yang masih mendapatkan rawatan dan berehat di HTBI pergi menunaikan solat ditemani anak dan pegawai khas beliau. Pemimpin rakyat ini disambut meriah oleh para jemaah di Masjid berkenaan.


Sumber berita - PerakExpress

PAS jangan terheret sama dalam demo di dalangi UMNO - Tuan Ibrahim


KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengingatkan seluruh ahlinya agar tidak terlibat dalam mana-mana demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah yang dianjurkan pihak tertentu di masjid-masjid atau di mana-mana tempat selepas solat Jumaat esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, penganjuran demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah esok, bukan pendirian PAS namun yakin ianya adalah perancangan pihak tertentu khususnya Umno.

"Kita menyeru seluruh ahli PAS agar tidak terheret sama dalam demonstrasi yang didalangi Umno itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

PAS, jelasnya telah membuat pendirian jelas berhubung perkara itu melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas menyuarat khas lajnah politik parti itu, Isnin lalu.