iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Disember 02, 2009

Dewan Ulama PAS Kelantan Sokong Kepimpinan Nik Aziz


KOTA BHARU, 1 Dis (Bernama) — Dewan Ulama PAS Kelantan menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Ketuanya Datuk Mohamad Daud Iraqi berkata Dewan Ulama menyambut baik saranan Mursyidul Am PAS itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.

Dalam kenyataan tiga muka surat yang dibaca di rumahnya di Kubang Kerian, dekat sini, anggota Dewan Undangan Negeri Demit itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibukakan hati pihak yang terlibat sehinggalah hak rakyat bagi royalti minyak itu ditunaikan.

Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ehsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun, katanya.

Mengenai kepimpinan Menteri Besar itu, Mohamad berkata Dewan Ulama berpendirian untuk terus menyokong beliau mengekalkan kepimpinan dalam kerajaan dan parti.

“Buat masa ini Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbiranya. Ketokohan dan budaya pemerintahannya seperti yang ditunjukkan beliau masih menjadi contoh yang terbaik dan tetap disegani kawan dan lawan,” katanya.


– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan