iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Disember 02, 2009

Pasangan Suami Isteri Maut, Anggota Polis Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Gerik

GERIK, 29 Nov (Bernama) — Hanya selang sehari kemalangan membabitkan tiga maut termasuk seorang pegawai polis pada Sabtu lepas di sini, dua lagi maut membabitkan sepasang suami isteri manakala seorang anggota polis cedera parah dalam nahas yang berlaku di Km 48 Jalan Gerik-Jeli pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 3.50 petang semalam, pemandu kereta Zainal Amran Mohd Ali, 66, dan isterinya Sahimah Mohd Ali, 62.

Pasangan suami isteri yang berasal dari Taman Meru, Jelapang, Ipoh mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gerik, katanya kepada pemberita pada Ahad.

Mahad Nor berkata anggota polis yang cedera parah dikenali sebagai Lans Koperal Azrul Shuib, 30, berasal dari Kuala Berang, Terenggau.

Azrul yang bertugas di cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kedah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya.

Siasatan awal polis mendapati kereta jenis Toyota yang dipandu Azrul dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik dikatakan terbabas ketika melalui jalan selekoh dan menuruni bukit lalu memasuki laluan kanan jalan dan bertembung dengan kereta yang dipandu Zainal dari arah bertentangan.

Akibat kejadian itu, kereta yang dipandu Zainal terbakar dan mangsa bersama isterinya dikeluarkan dari kenderaan itu oleh orang awam.

Pemandu sebuah lagi kereta yang terbabit merempuh belakang kereta Shuib hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Gerik.

— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan