iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Sabtu, Januari 02, 2010

Info Berguna : Bila masa yang paling bagus untuk minum air?



Oleh : NKP DPPKIT

Semua orang tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan. Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda minum air?

* Air di sini bukannya air kopi, air teh atau atau air yang berperisa. Tetapi air di sini adalah AIR MASAK! Jangan salah faham pulak yer.

Baiklah, berbalik kepada persoalan tadi, bilakah masa paling bagus untuk minum air?

Minumlah air secukupnya... Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut ini adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.

Minum dua (02) gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan
organ dalaman.

Minum segelas (01) air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman
dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas (01) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan
mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas (01) air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok
dan serangan jantung ketika tidur.

Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.

Persoalannya sekarang, berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari? Bila anda minum air masak? Lepas makan? Adakah masa minum itu sesuai?

P/s- Kongsikanlah info ini dengan kawan2 anda yang lain…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan