Pada setiap tahap yang telah kita paparkan di atas terdapat langkah, perincian, dan prasarana-prasarananya. Namun, di sini kami hanya memaparkan dengan tidak memanjangkan huraian dan tidak pula membuat perincian. Allah adalah Zat tempat memohon pertolongan. Cukuplah Dia bagi kami, Dia adalah sebaik-baik pelindung.
Mungkin mereka yang buta dan pengecut akan mengatakan bahawa itu semua adalah angan-angan dan illusi yang sedang menyelimuti jiwa manusia. Sesungguhnya, perkataan ini adalah sebuah kekerdilan yang kami tidak pernah mengenalnya dan Islam pun tidak mengakuinya. Dia adalah sifat wahn yang bersemayam dalam hati umat ini. Sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Nabi SAW :
عن ثوبن رضي الله عنه وقال : رسول الله صلى الله عليه وسلم. وقال ، "حصلت على ما يقرب من الفترة التي كانت فيها دول العالم سيأتي يحتشدون تحب الناس الذين تجمعوا لتناول وجبة صينية". صديق واحد ثم تساءل : "ما هو السبب كنا قليلا في ذلك اليوم؟" نبي. فأجاب : سوف "حتى أنت ، في ذلك اليوم الكثير ، ولكن كنت افترض الرغوة في وقت الفيضان ، والله سوف إزالة الخوف من قلوب أعدائكم بالنسبة لكم ، والله يلقي عليك في أمراض القلب' الوهن '". صديق سأل : "هل يا رسول الوهن؟" لدينا أجاب النبي ، "الحب في الدنيا ، والخوف من الموت".
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatع masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’ ”. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (HR. Abu Dawud)
Sifat itulah yang menjadikan musuh-musuh Islam semakin menancapkan kuku-kuku pengaruhnya dalam tubuh umat ini. Itu semua adaklah wujud kegersangan hati dan nilai-nilai keimanan, dan kewujudannya menjadi sebab utama terpinggirnya kaum muslimin. Kami akan mendeklarasikan dengan lantang bahawa setiap muslim tidak percaya dengan manhaj seperti ini, tidak akan membuat untuk merealisasikannya, dan yang demikian itu memang tidak mendapat tempat dalam Islam. Oleh kerananya hendaklah mereka mencari fikrah lain yang dapat menjamin dan mengamalkannya.
Wahai pemuda!
Kalian tidak lebih lemah dari generasi sebelum kalian, yang dengan perantaraan mereka Allah membuktikan kebenaran manhaj ini. Oleh kerananya, janganlah merasa resah dan jangan pula merasa lemah. Paparkan di depan mata kalian firman Allah,
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ﴿١٧٣﴾ |
"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)." (Ali Imraan : 173) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan