iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Ahad, Januari 01, 2012

Laporan: Kursus Pengurusan Jenazah Secara Teori dan Amali

KG. SRI KINTA - Alhamdulillah, bersyukur tak terhingga kepada Allah. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPKIT telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah (Teori & Amali) pada 6 Safar 1433H (31 Dis 2011) baru-baru ini di Surau Al-Khalidiah, Kg Sri Kinta.

Menurut Ust. Yob yang juga Pengarah program, kursus ini merupakan langkah awal ke arah pembentukan skuad pengurusan jenazah DPPKIT yang bakal menjadi satu lagi medium untuk mendekatkan DPPKIT dengan masyarakat setempat. 

Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada pemuda dan ahli qaryah surau tersebut telah berjaya mengikuti kursus tersebut yang telah dikendalikan dengan jayanya oleh seorang pakar dalam bidang pengurusan jenazah iaitu Ust. Fauzi.

Kursus telah dimulakan dengan sesi penerangan teori berkaitan ilmu pengurusan jenazah. Kemudian para peserta diperkenalkan pula dengan pekakas keperluan untuk pengurusan jenazah. Seterusnya diadakan sesi amali mandi dan mengkafan jenazah dan kursus berakhir dengan sesi teori sekali lagi dan khulasah daripada pembimbing (Imam Fauzi)

                                      Penerangan teori asas pengurusan jenazah


                                       Pengenalan barang keperluan Pengurusan Jenazah






                                      Penyediaan keperluan Pengurusan Jenazah


                                       Kelengkapan untuk mengkafan jenazah

                                        Kelengkapan untuk mandi jenazah


                                      Sesi amali Mandi Jenazah


                                    Sesi Amali Mengkafan Jenazah

                          Peserta bergambar bersama Model Jenazah yang selesai dikafankan

                                      Penutup oleh Ust. Fauzi

Semua peserta sangat berpuas hati dengan segala ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini. Jazakumullahu Khairan Kathira buat Imam Fauzi dan pembantunya Hj. Rahim atas segala khidmat bakti yang dicurahkan bagi menjayakan kursus ini dan tak lupa juga kepada saudara Zabidi atas kesudian menjadi MODEL jenazah ketika slot amali.

InsyaALLAH selepas ini kursus ini akan dilaksanakan pula di Taman Cempaka bagi memberi peluang sahabat2 di sana menimba ilmu fardhu kifayah ini. DPPKIT juga berazam akan memastikan hajat untuk membentuk skuad pengurusan jenazah yang mantap terlaksana dengan sempurna.

1 ulasan:

Mukjizat Doa berkata...

Syabas kerana mengadakan kursus ini. Bila kursus ini akan diadakan lagi pada masa akan datang? saya berminat untuk menghadirinya.

Catat Ulasan