iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Khamis, Februari 23, 2012

Karnival Santai Lombong Pemuda Ipoh Timur

IPOH-Lajnah Sukan dan Kebudayaan (DACS) DPPK Ipoh Timur telah berjaya menganjurkan Program Santai Lombong yang julung kali diadakan di Perkarangan PASTI Kampung Temiang pada 19Februari 2012  (Ahad) baru-baru ini.



Program yang merupakan projek perintis DACS Ipoh Timur ini telah berjaya menarik hampir 60 orang peserta tempatan daripada pelbagai lapisan umur.



Sebanyak 3 acara telah dipertandingkan iaitu pertandingan memancing, melontar dart dan permainan ping pong. Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi walaupun terpaksa menanti sehingga 3 petang bagi upacara penyampaian hadiah.






Antara unsur dakwah yang telah diselitkan dalam program ini adalah pemasangan VCD kuliah Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus sepanjang program berlangsung serta Solat Zuhur berjemaah yang dilakukan sebaik masuk waktu Zuhur di tempat program diadakan(semua aktiviti dihentikan semasa solat).




Program berakhir sepenuhnya dalam pukul 3.30petang. Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Saudara Shahril selaku Ketua Pemuda DPPK Ipoh Timur. Pihak kami mengucapkan syabas kepada DACS selaku penganjur dan terima kasih serta tahniah kepada peserta yang telah sudi memeriahkan program ini.




  

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Mungkin di lain hari jika ada event lagi boleh menjemput kita, Selangor RC Powerboat Owner,s Club untuk buat Demo race RC Bot di karnival tersebut.
Ini bertujuan untuk promotion RC Bot sahaja..

Boleh hubungi saya aZMI di e-mail kelongprk@yahoo.com or facebook : Marveltech Racing...

T.Q.

Catat Ulasan