Berbekalkan dana sumbangan para dermawan PAS dan menggunakan jentera pacuan 4 roda YB Ong, para petugas PAS serta Adun terbabit telah meredah banjir bagi menyampaikan sumbangan keperluan dapur kepada penduduk yang terjejas akibat banjir tersebut.
Tanpa mencatat nama atau memilih bulu, sumbangan telah disampaikan terus ke pintu rumah mangsa yang terjejas. Dianggarkan hampir 60 buah keluarga telah menerima sumbangan dalam misi bantuan yang memakan masa kira-kira 3 jam ini.
Antara kepimpinan PAS Kawasan yang hadir dalam program ini adalah NYDP Ipoh Timur, En. Roslan, Ketua Pemuda En. Shahril dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat Ipoh Timur Pn. Sharifah Murni.
Dewan Pemuda juga telah membantu seorang warga emas meletakkan kembali barang-barang rumahnya di tempat yang betul setelah banjir surut.
Tahniah juga kepada UMNO Ipoh Timur yang telah menyediakan makanan tengah hari kepada keluarga yang terjejas. Walaubagaimanapun pihak kami agak berdukacita kerana sumbangan juadah hanya diberikan kepada penduduk yang memberi nama selain daripada perlu mengambil sendiri di dewan orang ramai.
Diharapkan penduduk kampung yang terjejas dapat bersabar dengan ujian yang melanda. Mudah-mudahan Allah gantikan mereka dengan rezeki yang melimpah ruah selepas ini.
2 ulasan:
Promosi Pakej Tuisyen Rakyat Ipoh Cemerlang TRIC. Layari http://bistarigenius.blogspot.com/2012/03/normal-0-false-false-false.html
Banjir yang sama melanda Kg. Seri Kinta malam tadi lebih kurang jam 9.00 mlam sehingga 1.00 pagi 27 Feb 2013. Harap pihak berwajib ambil perhatian..terima kasih
Catat Ulasan