iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Ahad, Disember 13, 2009

AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT


Oleh : NKP DPPKIT

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di  katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang  marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas."

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,"  jawab salah seorang daripada mereka.

****

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya.

Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan.

Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka  bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar.

"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun.

Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.

Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

****

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal  begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta Asma ul Husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.

Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya.

Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka.

Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi.

Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami.

Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.

Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz."

"Apa masalahnya itu?" tanya saya.

"Kubur adik saya berlubang ustaz."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya.

Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

Jumaat, Disember 11, 2009

pemuda pas cawangan kg seri kinta mohon bantuan untuk OKU



IPOH, 10 Dis - Pemuda PAS Cawangan Kg Seri Kinta, Pasir Puteh baru-baru ini melawat seorang OKU bersama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Ipoh Timur yang tinggal di kampung ini. Pihak Lajnah Kebajikan Kawasan memohon bantuan infaq kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kepada beliau bagi meringankan kesedihan dan bebanan yang semakin perit yang dialaminya. OKU ini juga merupakan salah seorang aktivis tegar dalam Cawangan Kg Seri Kinta ini.

"Dengan bantuan yang disalurkan kepada beliau, dapatlah meringankan beban perubatan dan keperitan yang ditanggung olehnya sekeluarga." kata Hj Abdul Rahim Dahari, selaku Ketua Cawangan  Kg Seri Kinta. 


Hasanuddin bin Md Ali atau panggilannya Pak Hasan juga menghidap penyakit lumpuh sebelah kanan yang mana selama ini beliau berjalan dengan menggunakan tongkat ke sana ke mari juga dengan bantuan motosikal roda tiganya, beliau membantu jema'ah PAS Cawangan dan berulang-alik ke Surau Khalidiah.

Kini beliau hanya berbaring di atas katilnya setelah atas nasihat doktor, kakinya baru-baru ini dipotong oleh pihak hospital kerana menghidap Diabetes. Pergerakannya makin terbatas. Beliau hanya tinggal dua beranak yang dibantu oleh Khairul, satu-satunya anak beliau yang sanggup berkorban demi ayahnya.


Usia beliau kini mencecah 60 tahun, memohon agar mendapat bantuan dari pihak-pihak yang bertanggungjawab yang sudi menginfaqkan harta tuan tuan. Hulurkan sumbangan anda ke akaun MAYBANK beliau di nombor 108039075015.

Khamis, Disember 10, 2009

INFAQ


Oleh: NKP DPPKIT

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"BANDINGAN (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya." (Surah al Baqarah, ayat 261)

Ayat itu diturunkan Allah berkaitan dua peristiwa sahabat Rasulullah SAW iaitu Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf.

Suatu ketika Abdul Rahman bin Auf menghadap Rasulullah SAW sambil membawa wang sebanyak empat ribu dirham untuk disedekahkan. Abdul Rahman berkata, "Aku mempunyai lapan ribu dirham, aku simpan empat ribu dirham daripadanya untuk diriku dan keluargaku, empat ribu dirham lagi aku pinjamkan untuk Tuhanku. Lantas Rasulullah SAW bersabda:

 وليبارك الله لكم في ما تبقى وما عليك إعطاء

"Semoga Allah memberkati kamu pada apa yang kamu simpan dan apa yang kamu berikan."

Saidina Uthman pula berkata: "Menjadi tanggungjawab saya menyediakan kelengkapan untuk orang yang tidak memiliki kelengkapan dalam peperangan Tabuk." Lalu beliau menyediakan seribu unta siap dilengkapi tali hidung dan pelananya. Beliau juga mewakafkan perigi miliknya yang bernama Bir Ruumah kepada kaum Muslimin. Bersempena dua peristiwa itu, Allah menurunkan ayat di atas.

Abu Said al Khudri berkata, "Saya melihat Rasulullah SAW menadah tangan ke langit seraya berdoa untuk Uthman."Ya Tuhan, sesungguhnya aku meredai Uthman bin Affan, maka engkau redailah dia." Baginda terus menadah tangan sehingga terbit fajar.

Allah SWT kemudian berfirman bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah..." (Surah al Baqarah, ayat 261)

Ayat sebelumnya banyak berkaitan dengan hari kebangkitan. Allah memberikan penegasan berhubung semua manusia akan dibangkitkan di suatu tempat untuk disempurnakan ganjaran mereka sesudah dihisab.

Ayat di atas pula diturunkan dengan memfokuskan kelebihan dan ganjaran infaq di jalan Allah. Ia boleh dianggap sebagai usaha atau amal kebaktian yang bakal menjadi sebahagian pertimbangan pada hari kebangkitan kelak.

Ada banyak kupasan kebaktian yang boleh dikategorikan 'pada jalan Allah' seperti disebutkan dalam ayat itu antaranya ialah menyebarkan ilmu, usaha membasmi kejahilan, kemiskinan dan penyakit. Tahap yang tertinggi ialah jihad memartabatkan kalimah Allah (agama Islam). Sesiapa berjihad selepas mengenal pasti dalil seperti ditunjukkan Nabi SAW, maka ia akan mendapat ganjaran besar.

Al-Quran berkali-kali menggalakkan supaya melakukan infaq kerana ia adalah satu wasilah bagi menghimpun kekayaan dan menjamin kesenangan untuk semua. Ia adalah satu-satunya cara memelihara kekuatan dan kemuliaan umat, di samping mengalahkan musuh yang menindas mereka.

Seandainya umat bersikap bakhil dengan hartanya, pastilah mereka akan dicengkam kehinaan dan kemelesetan. Ibn Umar berkata, "Tatkala ayat di atas diturunkan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

 يا الله ، إضافة إلى مجتمعي

"Ya Allah, tambahkanlah untuk umatku."

Susulan itu diturunkan firman Allah bermaksud:

  مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَة

"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?" (Surah al-Baqarah, ayat 245)

Infaq (mengeluarkan harta pada jalan kebajikan) sebenarnya mempunyai kedudukan dan peranan penting dalam sistem ekonomi. Istilah infaq ini termasuk zakat, sedekah dan segala perbelanjaan untuk jalan kebajikan (termasuk sedekah jariah dan wakaf).

Infaq juga boleh meraih keredaan Allah (merealisasikan perhambaan diri) serta membersih dan menyucikan harta (mengikis sifat cintakan harta, bakhil dan tamak) serta menetapkan matlamat sebenar penguasaan harta.


Di negara kita, amalan ini dipraktikkan secara meluas sama ada menerusi saluran diinstitusikan, mahupun saluran tidak rasmi. Ada banyak institusi ibadah, pendidikan dan kebajikan didirikan atas asas amal jariah ini.

Dua perkara penting yang harus diberi perhatian ialah:

  1. Semangat beramal jariah ini jika digerakkan secara bersungguh-sungguh dan melalui penyediaan prasarana beramal jariah secara profesional dan didukung semua lapisan masyarakat berdasarkan tahap keupayaan masing-masing akan dapat mewujudkan sebuah dana besar serta boleh berperanan dengan lebih berkesan bagi membantu pembangunan sosioekonomi umat dan negara.
  2. Pelaksanaan Program Amal Jariah berdasarkan tafsiran yang luas, akan memungkinkan kita dapat menyelesaikan sebahagian permasalahan masyarakat di samping mempamerkan keindahan Islam yang sebenar.

Firman Allah bermaksud:

  لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

"Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke arah Timur atau Barat, tetapi kebaktian ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, malaikat, kitab suci, nabi dan memberi harta disayanginya kepada kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang meminta bantuan, membebaskan hamba abdi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila mereka berjanji. Merekalah orang yang benar-benar berbakti dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa." (Surah al-Baqarah, ayat 177)

Infaq merangkumi sunat dan wajib. Justeru, ada banyak jenis sumbangan kepada jalan Allah termasuk berasaskan amalan wajib iaitu zakat. Ayat di atas adalah khusus kepada infaq sunat dan digalakkan pada sebarang waktu.

Ayat berkenaan juga menjadi dalil bahawa pertanian adalah pekerjaan mulia dan sumber rezeki manusia yang baik sehingga Allah menjadikannya sebagai perumpamaan dalam al-Quran.

Infaq di jalan Allah tanpa mengungkit-ungkit dan menyakiti si penerima akan menjadi sebab kepada penerimaan Allah seperti Rasulullah SAW bersetuju dengan Uthman yang meletakkan seribu dirham di hadapan Rasulullah SAW untuk tujuan membeli kelengkapan perang Tabuk.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

لا ضرر سيصيب ابن عفان مع ما فعله بعد اليوم. يا الله ، لا تستطيع أن تنسى عثمان

"Tidak akan menimpa mudarat Ibn Affan dengan apa yang dilakukan selepas hari ini. Ya Allah janganlah engkau lupakan Uthman."

Firman Allah bermaksud:

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ

"Wahai orang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan kelakuan yang menyakiti…" (Surah al-Baqarah, ayat 264)

Allah memberikan ganjaran infaq di jalan-Nya dengan tiga perkara iaitu jaminan syurga; menghilangkan rasa takut selepas mati dan menghilangkan rasa sedih atau kemurungan atas apa-apa yang berlaku termasuk musibah di dunia.

Allah berfirman:

 لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

"Mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita." (Surah al-Baqarah, ayat 262)

Kata-kata yang baik adalah lebih mulia daripada sedekah diiringi dengan perbuatan menyakiti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

الكلمة الطيبة صدقة ، وحزب العمل الصالح هو صديقك ورؤية وجه مرح

"Kalimah yang baik adalah sedekah, sebahagian dari perbuatan yang baik ialah anda menemui sahabat dan wajah yang ceria."

Allah SWT menolak sedekah yang diikuti ungkitan dan perbuatan menyakiti. Allah menggunakan perkataan merosakkan atau membatalkan bagi mengungkapkan betapa Dia tidak menerima amalan berkenaan.

Pemuda Wilayah seru rakyat tolak parti rasis Umno


KUALA LUMPUR, 10 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyeru rakyat agar meninggalkan Umno yang bersifat perkauman sebaliknya menyokong PAS yang memperjuangkan Islam yang syumul.

Ketua Penerangannya, Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, PAS adalah wadah yang terbaik untuk rakyat Malaysia kerana Islam yang diperjuangkan bersifat sejagat dan tidak meletakkan kepentingan hanya kepada kaum-kaum tertentu seperti yang diamalkan oleh Umno dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional.

Kenyataan itu sebagai respon kepada kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengakui Umno adalah sebuah perti perkauman yang dilihat bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini, kononnya Umno adalah parti untuk semua rakyat.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memandang berat kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir itu.Kenyataan bekas Perdana Menteri yang pernah memimpin Umno selama 22 tahun itu, membuktikan kebenaran selama ini bahawa Umno memang sebuah parti perkauman... Berita selanjutnya di HarakahDaily.

BKA : Rasis atau dalam inggerisnya racist bermakna perkauman. UMNO itu sendiri bermakna Pertubuhan Kebangsaan  Melayu Bersatu. Sudah tentulah parti ini bermati-matian memperjuangkan kemelayuannya dan Nabi SAW sekeras-kerasnya melarang umat yang beragama Islam yang apa jua juga bangsanya dari memperjuangkan kebangsaan, perkauman atau ashobiyyah.

Nabi SAW bersabda:

من قاتل تحت راية عمية يغضب لعصبة أو يدعو إلى عصبة أو ينصر عصبة , فقتل , فقتلتة جاهلية

Barangsiapa yang berperang di bawah bendera kebutaan, dan menyeru kepada racism (ashobiyyah) atau marah kerana racism (ashobiyyah), atau menyeru kepada racism atau membantu atas dasar racism, dan terbunuh, maka matinya adalah mati jahiliyyah. (HR Muslim, al-Nasa’ie dan Ahmad,)

Rabu, Disember 09, 2009

KEPADA PARA PEMUDA DAN SECARA KHUSUS KEPADA PARA MAHASISWA


Oleh: As Syahid Imam Hasan Al Banna


Bismillahir Rahmanir Rahim

قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ ۖ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَىٰ وَفُرَادَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا ۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ لَّكُم بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ ﴿٤٦﴾ قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ﴿٤٧﴾ قُلْ إِنَّ رَبِّي يَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَّامُ الْغُيُوبِ ﴿٤٨﴾ قُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ ﴿٤٩﴾ قُلْ إِن ضَلَلْتُ فَإِنَّمَا أَضِلُّ عَلَىٰ نَفْسِي ۖ وَإِنِ اهْتَدَيْتُ فَبِمَا يُوحِي إِلَيَّ رَبِّي ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ ﴿٥٠

"Katakanlah, 'Sesunguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu satu hal saja, iaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri, kemudian kamu pikirkan(tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) adzab yang keras.' Katakanlah, 'Upah apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Upahku hanyalah dari Allah. Dan Dia Maha Mengetahui segala
sesuatu.' Katakanlah, 'Sesungguhnya Tuhanku mewahyukan kebenaran. Dia Maha Mengetahui segala yang ghaib.' Katakanlah.'Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak pula akan mengulangi.'Katakanlah, 'Jika aku sesat maka sesunggunya aku sesat atas kemudharatan diriku sendiri, dan jika aku mendapatkan petunjuk, maka itu adalah disebabkan apa yang diwahyukan Tuhanku kepadaku. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Mahadekat." (Saba': 46-50)

Wahai pemuda!
Saya panjatkan puji ke hadirat Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia. Semoga sholawat dan salam tetap tercurah kepada Muhammad, Imam para pembaru dan penghulu para mujahid; keluarga; sahabat; dan para tabi'in.

Wahai pemuda!
Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan kesiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat, dana amal merupakan watak yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.

Oleh kerana itu, sejak dulu hingga sekarang pemuda merupakan paksi kebangkitan. Dalam setiap kebangkitan, pemuda merupakan rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panji-panjinya.

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk." (Al-Kahfi: 13)

Beranjak dari sini, sesungguhnya banyak kewajiban anda sebagai pemuda, besar tanggung jawab anda, semakin berlipat hak-hak umat yang mesti kalian tunaikan, dan semakin berat amanah yang terpikul di bahu anda. Kalian harus berpikir panjang, banyak beramal, bijak dalam menentukan sikap, maju untuk menjadi penyelamat, dan hendaklah anda mampu menunaikan hak-hak umat ini dengan sempurna.

Ada di antara pemuda yang tumbuh dalam situasi bangsa yang dingin dan tenang, di mana kekuasaan pemerintah telah tertanam kuat dan kemakmuran telah dirasakan oleh warganya. Sehingga pemuda yang tumbuh dalam suasana ini aktivitinya lebih banyak tertuju kepada dirinya sendiri daripada untuk umatnya. Dia pun kemudian cenderung main-main dan berpoya-poya kerana merasa tenang jiwanya dan lega hatinya.

Ada juga pemuda tumbuh dalam suasana bangsa yang keras dan bergejolak, di mana bangsa itu sedang dikuasai oleh lawannya dan dalam semua urusan diperbudak oleh musuhnya. Bangsa ini berjuang semampunya untuk mengembalikan hak yang dirampas, tanah air yang terjajah, dan kebebasan, kemuliaan, serta nilai-nilai agung yang hilang. Saat itulah kewajiban mendasar bagi pemuda yang tumbuh dalam situasi seperti ini adalah berbuat untuk bangsanya lebih banyak dari pada berbuat untuk dirinya sendiri. Jika ia lakukan hal itu, ia akan beruntung dengan mendapatkan kebaikan segera di medan kemenangan dan kebaikan -yang tertunda- berupa pahala dari Allah swt.

Barangkali, merupakan suatu keuntungan bagi kita bahawa kita termasuk pemuda kelompok kedua (yang dibesarkan dalam situasi keras dan bergejolak). Oleh kerana itu, kedua mata kita pun terbuka di hadapan sebuah umat yang terus berjihad dan berjuang untuk mendapatkan hak dan kebebasannya. Bersiap-siaplah wahai para tokoh! Sungguh, alangkah dekatnya kemenangan bagi kaum mukminin dan alangkah besarnya keuntungan bagi para aktivis yang tak henti berjuang.

Wahai pemuda!
Barangkali ancaman yang cukup berbahaya pada bangsa yang mahu bangkit -dan kita sekarang di fajar kebangkitan- adalah munculnya pelbagai isme, banyaknya seruan-seruan, warna-warninya manhaj, perbedaan dalam penetapan strategi dan perasarana perjuangan, dan tidak sedikitnya orang yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin dan penguasa. Berawal dari sini, maka studi perbandingan terhadap isme-isme menjadi amat penting bagi siapa saja yang menginginkan pembaikan.

Dari sini pula, maka kewajiban saya adalah menerangkan kepada anda dengan ringkas dan jelas dakwah Islam pada abad keempat belas hijriyah.

.... akan bersambung pada kuliah akan datang, insyaALLAH ....

Selasa, Disember 08, 2009

AL FAHMU FIL JAMA'AH


Dalam Rukun Bai’ah yang sepuluh imam Syahid Hasan Al-Banna meletakkan rukun Al-Fahmu pada urutan pertama dan menjadi tunjang utama kepada amal harus dilakukan oleh seorang ikhwah, jika al-fahmu dapat dikuasai maka niscaya seorang ikhwah tidak akan sulit memahami Islam secara kaffah seperti yang difahami oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, dan memahami apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang ikhwah dalam berbagai langkah dan kehidupannya bersama gerakan Ikhwanul Muslimin.

Banyak pihak yang mempertanyakan mengapa Imam Syahid Hasan Al Banna mendahulukan pemahaman dalam Arkanul Bai’ah ini. Ustaz Dr. Yusuf Al Qaradhawi menjelaskan bahawa urutan yang dibuat oleh Imam Syahid Hasan Al Banna sudah tepat. Kerana beliau tahu betul skala keutamaan, mendahulukan apa yang mesti didahulukan.

Skala aulawiyat dalam memperjuangkan Islam mestilah diperhatikan. Hal ini jelas, yang hampir tidak seorangpun diantara para pemikir dikalangan umat Islam yang memperselisihkannya. Dengan menentukan skala prioriti dalam melakukan kegiatan dakwah, tarbiyah, gerakan dan penataan ini yang keseluruhannya adalah merupakan unsur utama bagi setiap usaha menjulang Islam. Atau penghidupan kembali manhaj Islam dalam diri manusia, akan terwujudlah kebangkitan dan pembangunannya di seluruh wilayah Islam sebagaimana yang kita saksikan saat ini.

Beliau lalu menjelaskan fungsi pemahaman selaras dengan keperluan sebenar, pemikiran harus mendahului gerakan, gambaran yang benar merupakan pendahuluan dari perbuatan yang lurus. Karena ilmu merupakan bukti keimanan dan jalan menuju kebenaran. Para ahli sufi juga membuat aliran: ilmu akan membentuk sikap, sikap akan mendorong perbuatan. Sebagaimana pernyataan psikologi yang menyatakan ada aliran antara pengetahuan, emosi dan perbuatan.

Prinsip Al Fahmu dengan 20 prinsipnya merupakan deklarasi bahwa Islam adalah solusi dan penyelesaian. Karena Islam adalah solusi maka kaedah-keidah yang ada dalam Al Fahmu ini akan menjadi kaedah dasar dalam melakukan segala aktiviti. Seperti halnya yang telah diterangkan pada prinsip pertama dalam rukun Al-Fahmu ini tentang Syumuliatul Islam:

“Islam adalah system yang syamil (menyeluruh) mencakup seluruh aspek kehidupan. Ia adalah Negara dan tanah air, pemerintahan dan umat, moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu pengetahuan dan hukum, materi dan kekayaan alam, penghasilan dan kekayaan, jihad dan dakwah, serta pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia juga aqidah yang murni dan ibadah yang benar, tidak kurang tidak lebih”

Prinsip pertama ini mengajarkan kepada kita bahwa aktiviti kita sehari-hari bukan hanya aktiviti semua yang tidak berlandaskan pada Islam, setiap muslim harus menyedari, mengetahui, meyakini dan mengamalkan Islam
sesuai dengan kebesaran Islam itu sendiri. Sehingga semua permasalahan kehidupan baik yang yang peribadi dan yang lebih besar dari pada itu disandarkan pada tata aturan Islam.

Tidak ada pemisahan antara agama dan negara, seperti ungkapan ,” berikanlah hak negara kepada raja, dan berikanlah, hak agama kepada Tuhan.”. Ungkapan itu sebenarnya dipetik dari Bible yang berkonsepkan sekularisme. Tidak akan pernah ada sekularisme dan liberalism dalam pemikiran dan aktivitas lainnya di muka bumi ini. Dan hal ini sepadan dengan firman Allah yang memerintahkan umat Islam untuk masuk ke dalam agama Islam secara kaffah.

Allah berfirman:



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ


“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. (Al-Baqarah:208)

Pembahasan mengenai Rukun Al Fahmu dan 20 Prinsip ini sudah banyak sekali bertebaran di buku-buku yang ditulis oleh para pewaris Dakwah Imam Syahid Hasan Al Banna. Inti dari landasan Syar’i aktiviti berlandaskan Rukun Al Fahmu dapat kita ketahui di akhir rukun Al Fahmu ini Imam Syahid Hasan Al Banna menutupnya dengan kata-kata:

“Apabila saudaraku Muslim mengetahui agamanya dalam kerangka prinsip-prinsip tersebut, maka ia telah mengetahui makna dari Syi’arnya : Al Qur’an adalah undang-undang kami dan Rasul adalah Teladan kami. Artinya kerangka aktiviti hidup kita di dunia harus selalu berada dalam pedoman Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Saw.

Kepentingan ‘al Fahmu’ dipandang serius terhadap para ikhwah. Al-Fahmu dalam diri setiap ikhwah adalah suatu kenescayaan, sebab ia dapat membantu keselamatan amal, baiknya penerapan dan memelihara pelakunya dari ketergelinciran.

Umar bin Abdul Aziz berkata: “Barangsiapa yang beramal tanpa berdasarkan ilmu, maka unsur yang akan merosakkannya lebih banyak daripada maslahatnya”. [Sirah wa manaqibu Umar bin Abdul Aziz, Ibnu Al-Jauzi; 250]

Orang yang ikhlas beramal tetapi tidak memiliki pemahaman yang benar dan tidak mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya mungkin dapat tersesat jauh. Rasulullah saw bersabda:

فقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد

“Satu orang faqih itu lebih berat bagi syaitan (untuk menyesatkannya) daripada seribu ahli Ibadah” [At-Tirmidzi: 5/46. Nombor:2641]

Umar bin Al-Khattab juga berkata: “Kematian seribu ahli ibadah yang selalu solat malam dan berpuasa di waktu siang itu lebih ringan daripada kematian orang cerdas yang mengetahui hal-hal yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah”. [Jami' bayanil ilmi wal fadhlihi; Ibnu Abdul Barr: 1/26]

Rasulullah saw bersabda: “Semoga Allah memberi kecerahan pada wajah seseorang yang mendengar hadis dariku, lantas ia menghafalkannya hingga dapat menyampaikan kepada orang lain. sebab, terkadang seseorang membawa suatu pemahaman (ilmu) kepada orang yang lebih paham. Dan, terkadang orang yang membawa sebuah ilmu bukan ulama.” [Abu Daud: 3/321. No. 3660 dan At-Tirmidzi: 5/33. No. 2656]

Allah SWT melebihkan satu nabi yang lain karena kedalaman pemahaman yang dianugerahkan kepadanya. Allah SWT berfirman:

  فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ ۚ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا 

“Maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat), dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu”. (Al-Anbiya:79)

Ibnu Abbas dimuliakan meskipun masih muda usianya, melebihi kebanyakan tokoh-tokoh senior lainnya, kerana pemahaman yang baik yang dikaruniakan Allah kepadanya. Sehingga, ia berhak menjadi anggota Majlis Syura Amirul Mukminin Umar bin Khattab saat itu.

Oleh kerana itu, wahai saudaraku, berusahalah memiliki pemahaman yang benar dan cermat. pemahaman yang mencapai dasar urusan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya, tanpa berlebih-lebihan dan tanpa meremehkan. Juga pemahaman yang jernih, murni, integral dan suci. Sebab, barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah pemahaman yang benar, maka ia telah mendapatkan karunia yang banyak, keutamaan yang
besar terhindar dari ketergelinciran dan tersedar dari penyimpangan.

Ibnu Al-Qayyim berkata: “Benarnya pemahaman dan baiknya tujuan merupakan nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Bahkan, hamba tidak dikarunia nikmat yang lebih utama setelah nikmat Islam melebihi kedua nikmat tersebut. Dua nikmat itu merupakan dua kaki dan tulang punggung Islam.

Dengan keduanya, hamba terhindar dari jalan-jalan orang-orang yang dimurkai (iaitu orang-orang yang buruk tujuannya), dan dari orang-orang yang sesat (iaitu orang-orang yang buruk pemahamannya), serta akan menjadi orang-orang yang diberi nikmat (iaitu orang-orang yang baik pemahaman dan tujuannya). Merekalah orang-orang yang terbimbing di jalan yang lurus, di mana kita semua diperintahkan memohon kepada Allah dalam setiap solat agar dibimbing ke jalan mereka.

Benar pemahaman merupakan cahaya yang disemayamkan oleh Allah dalam hati hamba-Nya. Dengannya , ia dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk; yang hak dan yang batil; petunjuk dan kesesatan penyimpangan dan kelurusan..” [A'alamul Muwaqqi'in; Ibnu Al-Qayyim: 1/187]

BKA : "untuk mendapat buku berkaitan artikel ini, anda boleh memuat turunkannya dari lama ini. Judul buku Hasan al-Banna – Himpunan Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin {Majmu’atur Rasail}"

Info Kesihatan


Oleh Naib Ketua Pemuda DPPKIT

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 telah memberi petunjuk bahawa terdapat lebih kurang 8.3 peratus penduduk di Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis. Tapi apa yang kini menjadi masalah ialah masalah kencing manis yang dihadapi tidak disedari oleh separuh dari mereka

Jumlah penghidap kencing manis yang besar ini juga tidak boleh dijadikan ukuran bahawa penyakit ini adalah penyakit yang biasa dihadapi dan tidak perlu dipandang berat.
Penyakit kencing manis boleh dikatakan sebagai ibu segala penyakit. Ini kerana penyakit kencing manis boleh menjadi punca kepada penyakit yang lebih kronik yang boleh membawa maut seperti penyakit jantung, angin ahmar, penyakit kronik ginjal dan ulser kaki.

Tiada ubat yang spesifik untuk penyakit kencing manis buat masa ini. Sesetengah ubat yang diambil secara teratur bagaimanapun boleh mengawal penyakit kencing manis. Pesakit juga dinasihatkan mengamalkan kesihatan yang betul. Penyakit kencing manis secara asas sainsnya dikaitkan dengan kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan hormon yang dipanggil insulin. Hormon ini diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Ia dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak di bawah perut.

Penghidap kencing manis akan mencapai 5 juta orang ?

Mengikut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Infrastruktur, Pengangkutan dan komunikasi Negeri, beliau telah mengingatkan tentang terdapatnya 1.8 juta atau sembilan peratus rakyat negeri ini yang sedang menghidapi penyakit kencing manis pada masa ini. Mengikut perangkaan, pada 2020, dijangka lima juta rakyat Malaysia akan menghidapi penyakit kencing manis.

Daripada statistik kes tersebut, dijangka terdapat lebih separuh akan turut memberi kesan pada organ lain yang mungkin akan mengakibatkan sakit jantung, buah pinggang, lumpuh dan rabun mata, jika sekiranya tiada rawatan diberikan. Jawapan kepada masalah ini untuk mengelakkan kesan lebih buruk ialah melalui program pencegahan awal. Disamping itu, gaya hidup sihat perlu juga diamalkan oleh masyarakat dengan mengekalkan keperluan pengambilan makanan seimbang.

Penyakit kencing manis berlaku apabila badan kita tidak dapat lagi mengawal penggunaan gula melalui cara normal yang biasanya akan menyebabkan kerosakan pembuluh-pembuluh darah di dalam tubuh. Jika ini membawa kepada kerosakan ginjal, ‘diabetic nephropathy’ akan berlaku.

Selain itu, kadar gula yang agak tinggi di dalam darah adalah merupakan antara tanda utama penyakit kencing manis. Ini berlaku hasil daripada kurangnya hormon insulin yang dihasilkan dalam pankreas. Tubuh kita tidak mampu untuk melakukan metabolisme glukosa dengan baik tanpa hormon insulin. Sedangkan proses metabolisme diperlukan agar dapat diserapkan oleh sel-sel tubuh menjadi tenaga

Kawal diabetes, elak komplikasi

Merawat segera penyakit diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini. Lebih buruk lagi, sekiranya seseorang pesakit turut menghidap ‘pakej’ penyakit lain termasuklah darah tinggi dan jantung.

Diagnosis
Diagnosis penyakit diabetes mellitus dibuat melalui ujian darah.
Paras glukos darah semasa puasa yang melebihi 7 mmol/L atau pada bila-bila masa melebihi 11.1 mmol/L merupakan paras yang dikategorikan sebagai penyakit diabetes mellitus.

Mereka yang mempunyai faktor risiko untuk mendapat penyakit diabetes dinasihatkan menjalani ujian darah dari semasa ke semasa walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa tanda. Ini adalah kerana ada kemungkinan besar mereka menghidap penyakit ini walaupun tidak ada tanda-tanda.
Mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga dinasihatkan menjalani ujian darah kerana faktor usia di mana dengan peningkatan usia, risiko diabetes juga meningkat.

Faktor-faktor risiko
Faktor-faktor risiko penyakit diabetes ini termasuklah keturunan, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal. Sejarah keluarga yang berpenyakit diabetes akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini.

Orang yang gemuk juga berisiko tinggi dan obesiti ditakrifkan sebagai indeks jisim tubuh (berat badan (kg)/ketinggian (m2)) melebihi 30 kg/m2 atau lilitan pinggang melebihi 80 sm (wanita) dan 90 sm (lelaki).
Obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh mengakibatkan diabetes mellitus kerana menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pankreas kurang berkesan untuk menurunkan paras glukos dalam

Mati kerana penyakit Kencing Manis (Diabetes)

KAJI Selidik Kesihatan dan Morbiditi Malaysia mencatatkan pesakit kencing manis golongan dewasa di Semenanjung Malaysia semakin meningkat. Jika 6.3 peratus pesakit pada tahun 1986, pada tahun 1996, ia bertambah sebanyak 8.8 peratus.

Berdasarkan perangkaan yang diperoleh, mereka mendapati setiap tahun bilangan pesakit kencing manis bertambah dalam kadar 0.2 peratus setahun.

Menyedari penyakit diabetes semakin meningkat dan menyerang lebih kurang 250 juta individu di dalam dunia, Kumpulan Advance telah menjalankan Kajian Penyakit Diabetes Type II (Jenis II).

Kajian tersebut bertujuan menyelesaikan beberapa isu yang belum dirungkai, terutamanya yang berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes jenis kedua.


Kencing manis atau Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.

Apa itu Diabetes ( Kencing Manis )


Secara amnya, penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.

Dalam penyakit diabetes ( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.

Namun begitu, terdapat dua jenis diabetes ( kencing manis ) iaitu diabetes jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.

Biasanya, penghidap diabetes jenis I mula mendapat simptom penyakit ketika zaman remaja atau sebelum mencecah usia 40-an. Dek kerana kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dan rawatan bagi mengawal tahap glukosa darah.

Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.

Selain pengambilan ubat-ubatan dan suntikan insulin, Pengarah Eksekutif NADI, Prof. Datuk Mustaffa Embong menyarankan supaya pesakit kencing manis mengamalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan berat badan dan bersenam.

Minyak Kelapa Dara BioVCO boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Peningkatan kadar metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan.

Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten. Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara BioVCO juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan.

Penyakit Kencing Manis - Ambil Ubat


PESAKIT kencing manis sering mengeluh apabila beranggapan ubat yang dimakan sebagai punca masalah klimaks. Berdasarkan kes yang saya terima, ada pesakit kencing manis kecewa kerana mampu menjalin hubungan intim, tetapi kesudahannya menghampakan apabila tidak berasa ‘nikmat’ ketika klimaks.

Sememangnya penyakit kencing manis menyumbang kepada masalah itu. Ini kerana, klimaks atau kemuncak rangsangan seksual dikawal hormon testosterone yang membantu menghasilkan perjalanan darah yang lancar, rangkaian urat saraf sihat dan minda sihat.

Justeru, apabila menghidap kencing manis, urat saraf dan perjalanan darah terganggu, menyebabkan penghidapnya kerap mengalami perubahan kesihatan seperti kebas kaki dan masalah klimaks, sama ada mudah klimaks atau tiada rangsangan ketika klimaks.

Begitupun, kesan itu bukan berpunca daripada ubat yang dimakan. Jika tidak memakan ubat, akan timbul masalah lain pula, mungkin lebih teruk. Jangan salahkan ubat kerana yang perlu dilakukan adalah menjaga makan dan akur kepada nasihat doktor.

Paling penting, jangan mengetepikan ubat doktor dengan memilih mencuba ubat herba. Hari ini, ramai berpendapat rawatan kencing manis doktor menjadi punca masalah klimaks, menyebabkan mereka mengambil jalan salah dengan tidak memakan ubat doktor.

Ada juga yang makan ubat ikut jadual sendiri dan bukan mengikut nasihat doktor. Perbuatan seperti itu berbahaya dan ibarat ‘menyabung nyawa’ kerana menyebabkan pesakit kencing manis berisiko mengalami kerosakan buah pinggang sehingga terpaksa menjalani ‘dialisis’ atau mencuci darah.

Jumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Jika kebetulan glucosa anda tinggi, ambil ubat kencing manis yang lebih baik atau buat rawatan suntikan hormon insulin. Kini, kaedah penyuntikan insulin mudah dilakukan.
Jika ujian hormon testosterone didapati kurang, rawatan hormon gantian testosterone, sama ada dalam bentuk suntikan atau ubat, dapat membantu memulihkan keadaan.

Anda juga perlu amalkan gaya hidup sihat. Ikut nasihat doktor mengenai amalan pemakanan dan lakukan senaman berkala. Senaman dapat membantu hormon testosterone kembali normal. Jangan cuba makan ubat kuat atau ubat rangsangan kerana masalah itu memerlukan pemeriksaan doktor dan bukan sekadar cuba mencuba. Jika termakan ubat tidak sesuai, masalah lain pula akan berlaku.

Pesakit buah pinggang meningkat

KUALA LUMPUR 13 Mac - Seramai 15,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad.

“Sehingga kini, sebanyak 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup,” katanya pada sidang akhbar selepas Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain merasmikan Hari Ginjal Sedunia di sini hari ini.

Dr. Ghazali berkata, kebanyakan kes kegagalan ginjal berpunca daripada penyakit diabetes.
Beliau menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengelak terkena penyakit diabetes, gout atau tekanan darah tinggi yang berkait rapat dengan penyakit buah pinggang .
Sementara itu, Dr. Zaininah dalam ucapan perasmiannya berkata, langkah-langkah perlu diambil bukan saja merawat pesakit ginjal tetapi juga melambatkan proses kerosakan buah pinggang untuk menangguhkan rawatan dialisis dan mengelakkan penyakit buah pinggang serta mencegah penyakit yang meningkatkan risiko penyakit buah pinggang .

Hari Ginjal Sedunia anjuran Jabatan Nefrologi HKL dengan kerjasama Jabatan Dietetik Dan Sajian HKL ini diadakan setiap tahun bertujuan meningkatkan kefahaman awam serta kakitangan perkhidmatan kesihatan dalam aspek-aspek pencegahan, pengesanan dan rawatan penyakit buah pinggang.
- Bernama

Diet pesakit diabetes

SEMUA orang tahu mengenai penyakit diabetes . Penyakit ini bukanlah suatu penyakit asing. Dengan jumlah pesakit yang kini dirujuk sebagai endemik di keseluruhan dunia, penyakit diabetes sudah  boleh dianggap satu penyakit yang biasa dalam kehidupan moden hari ini.

Walaupun di diagnos menghidapi penyakit diabetes , ramai pesakit yang telah mengabaikan diet dan nutrisi harian yang sepatutnya bagi mereka.

Keadaan itu memburukkan lagi tahap kesihatan pesakit dan mendorong kepada pelbagai penyakit lain.
“Pesakit sebenarnya perlu memantau dan menjaga makanan yang mereka mbil jauh lebih teliti berbanding orang lain,” kata perunding penyakit diabetes di sebuah pusat kesihatan, Indra Balaratnam.
Katanya, darah pesakit penyakit diabetes mengandungi tahap glukosa tinggi yang disebabkan oleh sistem tubuh mereka yang tidak bertindak secara normal.

Oleh itu, tubuh mereka tidak dapat memproseskan glukosa dengan cara yang efisien. Lantaran itu adalah sangat penting bagi pesakit penyakit diabetes menilai semula diet harian mereka untuk mencapai keseimbangan insulin dan glukosa.

Diet yang sihat adalah memastikan menu harian anda terdiri dari lima kumpulan makanan iaitu karbohidrat kompleks, buah-buahan, sayuran, daging dan susu. “Saiz hidangan bagi setiap kumpulan makanan ini sangat penting kerana ia membantu mendapatkan keseimbangan karbohidrat yang diambil,” katanya.

Jadi bagi mengukur saiz hidangan yang sepatutnya, anda perlu mempunyai satu set peralatan mengukur seperti peralatan mengukur membuat kek yang anda boleh peroleh di pasar raya. Selain itu, pesakit penyakit diabetes juga seharusnya mempunyai jadual makan yang teratur dan tetap untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih efesien.