iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Selasa, Februari 02, 2010

Kembalikan Keagungan Empayar Islam

Sambungan dari kuliah perkaderan yang dipetik dari Kitab Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin. Bahagian ke 2 dalam tajuk DAKWAH IKHWANUL MUSLIMIN, DAKWAH ABAD EMPAT BELAS HIJRIYAH.

Dari sinilah kami tidak mengakui sistem pemerintahan apa pun yang tidak menekankan dan tidak bertumpu pada asas Islam. Kami juga tidak mengakui parti-parti politik yang ada dan berbagai bentuk pemerintahan konservatif yang dipaksakan oleh orang kafir dan musuh-musuh Islam untuk menerapkan dan mengamalkannya. Kami akan berusaha untuk menghidupkan sistem hukum Islam dalam setiap aspeknya dan membangun pemerintahan yang Islami dengan berasaskan sistem ini.

Setelah itu kami menginginkan agar setiap jengkal dari negeri-negeri kami yang muslim bergabung bersama kami. Negeri-negeri itulah yang dahulu dijajah dan dipecah belahkan oleh sistem politik Barat dan diporak-porandakan kesatuannya oleh cita-cita bangsa-bangsa Eropah.

Oleh kerana itu, kami tidak mengakui adanya pembahagian-pembahagian teritori atau persempadanan yang bersifat politik dan berbagai kesepakatan antarabangsa yang ada setelahnya, kerana hal itu semualah yang telah menjadikan negara Islam yang besar ini terpecah menjadi negara-negara kecil yang lemah, sehingga mudah dikuasai oleh penjajah. Kami tidak akan berdiam diri terhadap projek pembohongan kemerdekaan bangsa dan membiarkan mereka menjadi hamba abdi bagi bangsa lainnya. Mesir, Syiria, Irak, Hijaz, Libya, Tunis, Aljazair, Mauritania, dan setiap jengkal tanah yang di dalamnya terdapat seorang muslim yang berseru "Laa ilaaha Illallah", semua itu adalah Negara Islam Raya. Kami berusaha untuk memerdekakan, menyelamatkan, membebaskan, dan mempersatukan antara yang satu dengan lainnya.

Kalau penguasa Jerman memaksakan kehendaknya untuk melindungi setiap orang yang mengalir di tubuhnya darah Aria, maka sesungguhnya ajaran Islam mewajibkan kepada setiap muslim agar menjadikan dirinya sebagai pelindung bagi siapa saja yang relung jiwanya terisi oleh ajaran-ajaran Al-Qur'an. Oleh kerananya, dalam tradisi Islam, faktor kesukuan tidak boleh lebih dominan daripada faktor iman. Dalam Islam, akidah adalah segalanya. Bukankah hakikat iman seseorang itu tercermin dari pengungkapan cinta dan bencinya?

Setelah itu, kami menginginkan agar panji Islam kembali berkibar memenuhi angkasa raya. Dahulu, pada beberapa kurun waktu wilayah-wilayah ini pernah sejahtera dalam naungan Islam. Bergema di dalamnya suara muadzin dengan takbir dan tahlilnya. Kemudian, datanglah masa di saat para penjajah berupaya memadamkan cahayanya, maka kembalilah wilayah-wilayah itu kepada kekufuran. Andalusia, Cicilia, Balkan, negeri-negeri Itali bahagian selatan dan Cyprus, semua itu (dulu) merupakan wilayah Islam, dan di waktu akan datang ianya mesti kembali ke pangkuan Islam. Laut Tengah dan Laut Merah yang merupakan dua laut Islam juga mesti kembali seperti sedia kala.

Jika Jendral Mussolini berpendapat bahawa imperium Romawi dan negara-negara yang tergabung dalam imperium itu dahulu harus kembali ke dalam lingkungannya - yang itu hanya didasarkan atas cita-cita, tujuan  dan desakan hawa nafsu - maka tentunya kita lebih berhak untuk mengembalikan kejayaan imperium Islam, yang pernah tegak di atasnya kebenaran dan keadilan, dan yang telah menebarkan cahaya hidayah kepada sekalian manusia.

Setelah itu, dengan berkibarnya panji Islam tadi kami bermaksud mendeklarasikan dakwah kami kepada seluruh alam, menyampaikannya kepada sekalian manusia, memenuhi seantero bumi dengan ajarannya, dan memaksa setiap penguasa yang diktator untuk tunduk kepadanya. Sampai akhirnya tidak ada lagi fitnah dan agama ini semuanya milik Allah. Saat itulah, kaum muslimin bergembira dengan pertolongan Allah. Allah menolong siapa saja yang dikehendaki-Nya dan Dia Mahaperkasa lagi Mahapemurah.

Akan bersambung dalam tajuk yang sama pada siri kuliah akan datang ....

Jumaat, Januari 29, 2010

Program Mengumpulkan Pemuda-Pemuda PAS Ipoh Timur ke HEMPAP 2



kaunter pendaftaran dibuka seawal jam 9 malam


acara menghidupkan bara pemanggang ayam


 

Taman Chempaka, 29 Jan - Program Himpunan Pemuda-Pemuda dari kalangan ahli-ahli PAS bagi mendaftarkan nama-nama mereka untuk sama-sama menghadiri Program HEMPAP buat kali yang ke 2 telah diadakan di Pasti Bestari Cawangan Taman Chempaka semalam.

Tentatif program masih sama seperti yang telah diadakan pada 25 Jan lalu di Pasti Raudhatul 'Ilmi Kg Temiang tempohari. Cuma kali ini ada tayangan slide bagi menambah tarikan para pengunjung di kalangan pemuda-pemuda di sekitar Taman Chempaka. Selain itu turut juga dibuka kaunter pendaftaran bagi mengisi borang keahliam PAS dan borang daftar pengundi baru bagi mereka-mereka yang belum mendaftar sebagai ahli dan pengundi.

Majlis ini turut dihadiri oleh peserta dari para pelajar dari institusi pengajian tinggi di sekitar cawangan ini. DPPKIT telah berjaya mendaftarkan nama peserta yang bakal menghadiri Program HEMPAP seramai 30 orang dan kami akan bertolak seawal jam 7 pagi 31 Jan di Kg Temiang.

Isnin, Januari 25, 2010

Program Mengumpulkan Pemuda-Pemuda PAS Ipoh Timur ke HEMPAP 1



TKP sedang memberi ucapan kata-kata aluan







para pemuda sekitar Cawangan Tmn Temara, Kg Seri Kinta, Kg Pasir Puteh dan Kg Temiang sedang menjamu selera

banner yang canteekkk dari design Mat Kaiyoum Ent





SU DPPKIT sedang mengendalikan bahagian pendaftaran

ketua pemuda PAS Cawangan Kg Temiang




sedang sibuk di bahagian dapur



menu utama : Ayam Bakar !!!!

 
golongan peTUA juga turut memeriahkan majlis eheheh

Kg.Temiang, 25 Jan - DPPKIT dengan kerjasama PAS Cawangan Kg Temiang telah mengadakan Program Himpunan Pemuda-Pemuda dari kalangan ahli-ahli PAS di perkarangan Pasti Raudhatul 'Ilmi Kg Temiang bagi mendaftarkan nama-nama mereka untuk sama-sama menghadiri Program HEMPAP, Ahad ini. InsyaAllah satu bas akan menyusul dari sini.

Program yang di hadiri kira-kira 50 hadirin ini berakhir pada jam 11.00 malam

Islam Sebagai Jalan Penyelesaian


Sambungan dari kuliah perkaderan yang dipetik dari Kitab Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin. Bahagian ke 2 dalam tajuk DAKWAH IKHWANUL MUSLIMIN, DAKWAH ABAD EMPAT BELAS HIJRIYAH.

Oleh kerana itu, (wahai pemuda) perbaharuilah iman, kemudian tentukan sasaran dan tujuan langkah anda. Sesungguhnya, kekuatan pertama adalah iman, buah dari iman ini adalah kesatuan, dan kesimpulan dari kesatuan adalah kemenangan yang gilang gemilang. Oleh kerananya, berimanlah anda, eratkanlah ukhuwah, sedarilah, dan kemudian tunggulah (setelah itu) datangnya kemenangan.

"Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.: Dunia ini sedang dalam keadaan gundah gulana. Semua sistem yang ada telah gagal melakukan pembaikan. Sesungguhnya, tidak ada jalan keluar dari permasalahan itu kecuali Islam. Oleh kerananya, maralah kehadapan dengan asma Allah untuk menyelamatkannya. Semua orang sedang menunggu datangnya seorang penyelamat, dan penyelamat itu tiada lain kecuali risalah Islamiyah, di mana kalian yang membawa lenteranya dan memberikan khabar gembira kepada manusia tentang kewujudannya.

Wahai pemuda !
Sesungguhnya, manhaj Ikhwanul Muslimin itu telah jelas dari segi tahapnya dan langkah-langkahnya. Anda sebenarnya mengetahui apa yang kami inginkan dan kami amat memahami apa saja prasarana yang gunakan untuk mewujudkan kemahuan itu. Pertama-tama, kami menginginkan seorang yang muslim dalam pola pemikiran dan akidahnya, dalam moraliti dan perasaannya, serta dalam amal dan perilakunya. Ini merupakan salah satu keupayaan pembentukkan individu mukmin dalam dakwah kami. Setelah itu, kami menginginkan terbangunnya rumah tangga yang Islami juga dalam pola pemikiran dan akidahnya, dalam moraliti dan perasaannya, serta dalam amal dan perilakunya. Untuk itu, kami juga memperhatikan kaum wanita sebagaimana perhatian kami kepada kaum pemuda. Kami juga memperhatikan anak-anak sebagaimana perhatian kami kepada pemuda.

Setelah itu, kami juga menginginkan bangsa yang muslim. Untuk itulah, kami berusaha agar dakwah kami sampai ke setiap pelusuk, suara kami dapat didengari di setiap tempat, fikrah kami dapat difahami dengan mudah, serta dapat menerjah ke seluruh penjuru desa, kota, dan pusat-pusat kegiatan. Untuk itu, kami tidak akan menyia-nyiakan potensi dan prasarana yang ada. Setelah itu, kami menginginkan sebuah pemerintahan Islam yang dapat memimpin bangsa menuju masjid dan membimbing manusia kepada hidayah Islam, sebagaimana pemerintahan Islam sebelumnya yang telah berhasil membawa mereka ke jalan itu dengan bimbingan para sahabat Rasul, seperti Abu Bakar dan Umar ra.

Akan bersambung dalam tajuk yang sama pada siri kuliah akan datang .... 

Khamis, Januari 21, 2010

PENTING!!! HEMPAP‏

 Oleh : SU DPPKIT



Salam. Bagi mendapatkan seramai mungkin peserta untuk Program HEMPAP 31/01/10 ini. Maka diharapkan tuan-tuan dapat mencari peserta di kalangan kenalan tuan dan puan bagi memenuhi ruang BAS yang akan kita gunakan untuk ke tempat program nanti. Mohon hebahkan kepada sesiapa yang berminat menyertai rombongan Pemuda Ipoh Timur agar dapat mengisi maklumat diri ke dalam borang yang dilampirkan ini.

Rabu, Januari 20, 2010

Barisan Nasional (BN) Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk Formula One (F1)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan.

Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain. Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini.

PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul. Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.

PAS juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. PAS mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat. Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.













Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

RIADAH


Oleh : NKP DPPKIT

Program Bulanan Hari Khamis ini jam 9.30 malam, DPPK Ipoh Timur akan adakan riadah bulanan yang telah ditetapkan. Futsal antara aktiviti yang dipilih dalam perbincangan sebelum ini. Di sini kita lihat gambaran apa sebenar RIADAH.

Riadah merupakan salah satu aktiviti yang mampu merehatkan minda kita setelah penat seharian berkerja. Bayangkan jika pada hujung minggu kita merancang untuk ke destinasi peranginan untuk berehat, sudah tentu jari mengira hari bila akan sampai hujung minggu itu tadi. Selain itu, riadah juga mampu mengisi masa lapang kita dengan aktiviti-aktiviti yang kita gemari. Tidak kisahlah apa aktivitinya, asalkan masih dalam lingkungan wajar Islam.

Riadah salah satu cara merehatkan minda

Riadah bermaksud merehatkan diri dengan melakukan suatu aktiviti secara fizikal dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Kita boleh kategorikan riadah kepada banyak jenis kerana ianya subjektif untuk diklasifikasikan. Di sini kita kategorikan riadah kepada tiga jenis iaitu riadah santai, riadah sederhana lasak dan riadah lasak.

Kita cuba mengklasifikasikan contoh riadah dalam klasifikasi berikut :

Riadah santai - aktiviti yang menggunakan fizikal tetapi tidak menggunakan banyak ruang. Misalnya : tidur, makan, berbual kosong, berforum, menonton televisyen, membaca akhbar, buku atau majalah, bermain dam haji, dan bermain permainan video. Santai.

Riadah sederhana lasak – aktiviti yang menggunakan fizikal dan menggunakan ruang yang terhad atau tidak terlalu besar. Misalnya : berjoging, mandi laut, bermain bola sepak dan bermain bowling.

Riadah lasak - aktiviti yang menggunakan lebih daya fizikal mahupun mental dan menggunakan ruang aktiviti yang lebih terbuka dan luas. Misalnya : jungle tracking, ice-climbing, mendaki, meluncur, dan bermain paintball.

Berjalan, berjoging, bergambar. Kesemua aktiviti mendatangkan manfaat yang sama walaupun dilakukan dengan cara yang berlainan. Apa yang membezakan, cuma penggunaan daya, tahap ketahanan dan soal keselamatan yang perlu diambil kira.

Tujuan Riadah : mengeratkan silaturrahim, merehatkan minda, kurangkan stress