iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Selasa, Disember 08, 2009

AL FAHMU FIL JAMA'AH


Dalam Rukun Bai’ah yang sepuluh imam Syahid Hasan Al-Banna meletakkan rukun Al-Fahmu pada urutan pertama dan menjadi tunjang utama kepada amal harus dilakukan oleh seorang ikhwah, jika al-fahmu dapat dikuasai maka niscaya seorang ikhwah tidak akan sulit memahami Islam secara kaffah seperti yang difahami oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, dan memahami apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang ikhwah dalam berbagai langkah dan kehidupannya bersama gerakan Ikhwanul Muslimin.

Banyak pihak yang mempertanyakan mengapa Imam Syahid Hasan Al Banna mendahulukan pemahaman dalam Arkanul Bai’ah ini. Ustaz Dr. Yusuf Al Qaradhawi menjelaskan bahawa urutan yang dibuat oleh Imam Syahid Hasan Al Banna sudah tepat. Kerana beliau tahu betul skala keutamaan, mendahulukan apa yang mesti didahulukan.

Skala aulawiyat dalam memperjuangkan Islam mestilah diperhatikan. Hal ini jelas, yang hampir tidak seorangpun diantara para pemikir dikalangan umat Islam yang memperselisihkannya. Dengan menentukan skala prioriti dalam melakukan kegiatan dakwah, tarbiyah, gerakan dan penataan ini yang keseluruhannya adalah merupakan unsur utama bagi setiap usaha menjulang Islam. Atau penghidupan kembali manhaj Islam dalam diri manusia, akan terwujudlah kebangkitan dan pembangunannya di seluruh wilayah Islam sebagaimana yang kita saksikan saat ini.

Beliau lalu menjelaskan fungsi pemahaman selaras dengan keperluan sebenar, pemikiran harus mendahului gerakan, gambaran yang benar merupakan pendahuluan dari perbuatan yang lurus. Karena ilmu merupakan bukti keimanan dan jalan menuju kebenaran. Para ahli sufi juga membuat aliran: ilmu akan membentuk sikap, sikap akan mendorong perbuatan. Sebagaimana pernyataan psikologi yang menyatakan ada aliran antara pengetahuan, emosi dan perbuatan.

Prinsip Al Fahmu dengan 20 prinsipnya merupakan deklarasi bahwa Islam adalah solusi dan penyelesaian. Karena Islam adalah solusi maka kaedah-keidah yang ada dalam Al Fahmu ini akan menjadi kaedah dasar dalam melakukan segala aktiviti. Seperti halnya yang telah diterangkan pada prinsip pertama dalam rukun Al-Fahmu ini tentang Syumuliatul Islam:

“Islam adalah system yang syamil (menyeluruh) mencakup seluruh aspek kehidupan. Ia adalah Negara dan tanah air, pemerintahan dan umat, moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu pengetahuan dan hukum, materi dan kekayaan alam, penghasilan dan kekayaan, jihad dan dakwah, serta pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia juga aqidah yang murni dan ibadah yang benar, tidak kurang tidak lebih”

Prinsip pertama ini mengajarkan kepada kita bahwa aktiviti kita sehari-hari bukan hanya aktiviti semua yang tidak berlandaskan pada Islam, setiap muslim harus menyedari, mengetahui, meyakini dan mengamalkan Islam
sesuai dengan kebesaran Islam itu sendiri. Sehingga semua permasalahan kehidupan baik yang yang peribadi dan yang lebih besar dari pada itu disandarkan pada tata aturan Islam.

Tidak ada pemisahan antara agama dan negara, seperti ungkapan ,” berikanlah hak negara kepada raja, dan berikanlah, hak agama kepada Tuhan.”. Ungkapan itu sebenarnya dipetik dari Bible yang berkonsepkan sekularisme. Tidak akan pernah ada sekularisme dan liberalism dalam pemikiran dan aktivitas lainnya di muka bumi ini. Dan hal ini sepadan dengan firman Allah yang memerintahkan umat Islam untuk masuk ke dalam agama Islam secara kaffah.

Allah berfirman:



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ


“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. (Al-Baqarah:208)

Pembahasan mengenai Rukun Al Fahmu dan 20 Prinsip ini sudah banyak sekali bertebaran di buku-buku yang ditulis oleh para pewaris Dakwah Imam Syahid Hasan Al Banna. Inti dari landasan Syar’i aktiviti berlandaskan Rukun Al Fahmu dapat kita ketahui di akhir rukun Al Fahmu ini Imam Syahid Hasan Al Banna menutupnya dengan kata-kata:

“Apabila saudaraku Muslim mengetahui agamanya dalam kerangka prinsip-prinsip tersebut, maka ia telah mengetahui makna dari Syi’arnya : Al Qur’an adalah undang-undang kami dan Rasul adalah Teladan kami. Artinya kerangka aktiviti hidup kita di dunia harus selalu berada dalam pedoman Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Saw.

Kepentingan ‘al Fahmu’ dipandang serius terhadap para ikhwah. Al-Fahmu dalam diri setiap ikhwah adalah suatu kenescayaan, sebab ia dapat membantu keselamatan amal, baiknya penerapan dan memelihara pelakunya dari ketergelinciran.

Umar bin Abdul Aziz berkata: “Barangsiapa yang beramal tanpa berdasarkan ilmu, maka unsur yang akan merosakkannya lebih banyak daripada maslahatnya”. [Sirah wa manaqibu Umar bin Abdul Aziz, Ibnu Al-Jauzi; 250]

Orang yang ikhlas beramal tetapi tidak memiliki pemahaman yang benar dan tidak mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya mungkin dapat tersesat jauh. Rasulullah saw bersabda:

فقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد

“Satu orang faqih itu lebih berat bagi syaitan (untuk menyesatkannya) daripada seribu ahli Ibadah” [At-Tirmidzi: 5/46. Nombor:2641]

Umar bin Al-Khattab juga berkata: “Kematian seribu ahli ibadah yang selalu solat malam dan berpuasa di waktu siang itu lebih ringan daripada kematian orang cerdas yang mengetahui hal-hal yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah”. [Jami' bayanil ilmi wal fadhlihi; Ibnu Abdul Barr: 1/26]

Rasulullah saw bersabda: “Semoga Allah memberi kecerahan pada wajah seseorang yang mendengar hadis dariku, lantas ia menghafalkannya hingga dapat menyampaikan kepada orang lain. sebab, terkadang seseorang membawa suatu pemahaman (ilmu) kepada orang yang lebih paham. Dan, terkadang orang yang membawa sebuah ilmu bukan ulama.” [Abu Daud: 3/321. No. 3660 dan At-Tirmidzi: 5/33. No. 2656]

Allah SWT melebihkan satu nabi yang lain karena kedalaman pemahaman yang dianugerahkan kepadanya. Allah SWT berfirman:

  فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ ۚ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا 

“Maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat), dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu”. (Al-Anbiya:79)

Ibnu Abbas dimuliakan meskipun masih muda usianya, melebihi kebanyakan tokoh-tokoh senior lainnya, kerana pemahaman yang baik yang dikaruniakan Allah kepadanya. Sehingga, ia berhak menjadi anggota Majlis Syura Amirul Mukminin Umar bin Khattab saat itu.

Oleh kerana itu, wahai saudaraku, berusahalah memiliki pemahaman yang benar dan cermat. pemahaman yang mencapai dasar urusan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya, tanpa berlebih-lebihan dan tanpa meremehkan. Juga pemahaman yang jernih, murni, integral dan suci. Sebab, barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah pemahaman yang benar, maka ia telah mendapatkan karunia yang banyak, keutamaan yang
besar terhindar dari ketergelinciran dan tersedar dari penyimpangan.

Ibnu Al-Qayyim berkata: “Benarnya pemahaman dan baiknya tujuan merupakan nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Bahkan, hamba tidak dikarunia nikmat yang lebih utama setelah nikmat Islam melebihi kedua nikmat tersebut. Dua nikmat itu merupakan dua kaki dan tulang punggung Islam.

Dengan keduanya, hamba terhindar dari jalan-jalan orang-orang yang dimurkai (iaitu orang-orang yang buruk tujuannya), dan dari orang-orang yang sesat (iaitu orang-orang yang buruk pemahamannya), serta akan menjadi orang-orang yang diberi nikmat (iaitu orang-orang yang baik pemahaman dan tujuannya). Merekalah orang-orang yang terbimbing di jalan yang lurus, di mana kita semua diperintahkan memohon kepada Allah dalam setiap solat agar dibimbing ke jalan mereka.

Benar pemahaman merupakan cahaya yang disemayamkan oleh Allah dalam hati hamba-Nya. Dengannya , ia dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk; yang hak dan yang batil; petunjuk dan kesesatan penyimpangan dan kelurusan..” [A'alamul Muwaqqi'in; Ibnu Al-Qayyim: 1/187]

BKA : "untuk mendapat buku berkaitan artikel ini, anda boleh memuat turunkannya dari lama ini. Judul buku Hasan al-Banna – Himpunan Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin {Majmu’atur Rasail}"

Info Kesihatan


Oleh Naib Ketua Pemuda DPPKIT

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 telah memberi petunjuk bahawa terdapat lebih kurang 8.3 peratus penduduk di Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis. Tapi apa yang kini menjadi masalah ialah masalah kencing manis yang dihadapi tidak disedari oleh separuh dari mereka

Jumlah penghidap kencing manis yang besar ini juga tidak boleh dijadikan ukuran bahawa penyakit ini adalah penyakit yang biasa dihadapi dan tidak perlu dipandang berat.
Penyakit kencing manis boleh dikatakan sebagai ibu segala penyakit. Ini kerana penyakit kencing manis boleh menjadi punca kepada penyakit yang lebih kronik yang boleh membawa maut seperti penyakit jantung, angin ahmar, penyakit kronik ginjal dan ulser kaki.

Tiada ubat yang spesifik untuk penyakit kencing manis buat masa ini. Sesetengah ubat yang diambil secara teratur bagaimanapun boleh mengawal penyakit kencing manis. Pesakit juga dinasihatkan mengamalkan kesihatan yang betul. Penyakit kencing manis secara asas sainsnya dikaitkan dengan kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan hormon yang dipanggil insulin. Hormon ini diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Ia dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak di bawah perut.

Penghidap kencing manis akan mencapai 5 juta orang ?

Mengikut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Infrastruktur, Pengangkutan dan komunikasi Negeri, beliau telah mengingatkan tentang terdapatnya 1.8 juta atau sembilan peratus rakyat negeri ini yang sedang menghidapi penyakit kencing manis pada masa ini. Mengikut perangkaan, pada 2020, dijangka lima juta rakyat Malaysia akan menghidapi penyakit kencing manis.

Daripada statistik kes tersebut, dijangka terdapat lebih separuh akan turut memberi kesan pada organ lain yang mungkin akan mengakibatkan sakit jantung, buah pinggang, lumpuh dan rabun mata, jika sekiranya tiada rawatan diberikan. Jawapan kepada masalah ini untuk mengelakkan kesan lebih buruk ialah melalui program pencegahan awal. Disamping itu, gaya hidup sihat perlu juga diamalkan oleh masyarakat dengan mengekalkan keperluan pengambilan makanan seimbang.

Penyakit kencing manis berlaku apabila badan kita tidak dapat lagi mengawal penggunaan gula melalui cara normal yang biasanya akan menyebabkan kerosakan pembuluh-pembuluh darah di dalam tubuh. Jika ini membawa kepada kerosakan ginjal, ‘diabetic nephropathy’ akan berlaku.

Selain itu, kadar gula yang agak tinggi di dalam darah adalah merupakan antara tanda utama penyakit kencing manis. Ini berlaku hasil daripada kurangnya hormon insulin yang dihasilkan dalam pankreas. Tubuh kita tidak mampu untuk melakukan metabolisme glukosa dengan baik tanpa hormon insulin. Sedangkan proses metabolisme diperlukan agar dapat diserapkan oleh sel-sel tubuh menjadi tenaga

Kawal diabetes, elak komplikasi

Merawat segera penyakit diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini. Lebih buruk lagi, sekiranya seseorang pesakit turut menghidap ‘pakej’ penyakit lain termasuklah darah tinggi dan jantung.

Diagnosis
Diagnosis penyakit diabetes mellitus dibuat melalui ujian darah.
Paras glukos darah semasa puasa yang melebihi 7 mmol/L atau pada bila-bila masa melebihi 11.1 mmol/L merupakan paras yang dikategorikan sebagai penyakit diabetes mellitus.

Mereka yang mempunyai faktor risiko untuk mendapat penyakit diabetes dinasihatkan menjalani ujian darah dari semasa ke semasa walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa tanda. Ini adalah kerana ada kemungkinan besar mereka menghidap penyakit ini walaupun tidak ada tanda-tanda.
Mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga dinasihatkan menjalani ujian darah kerana faktor usia di mana dengan peningkatan usia, risiko diabetes juga meningkat.

Faktor-faktor risiko
Faktor-faktor risiko penyakit diabetes ini termasuklah keturunan, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal. Sejarah keluarga yang berpenyakit diabetes akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini.

Orang yang gemuk juga berisiko tinggi dan obesiti ditakrifkan sebagai indeks jisim tubuh (berat badan (kg)/ketinggian (m2)) melebihi 30 kg/m2 atau lilitan pinggang melebihi 80 sm (wanita) dan 90 sm (lelaki).
Obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh mengakibatkan diabetes mellitus kerana menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pankreas kurang berkesan untuk menurunkan paras glukos dalam

Mati kerana penyakit Kencing Manis (Diabetes)

KAJI Selidik Kesihatan dan Morbiditi Malaysia mencatatkan pesakit kencing manis golongan dewasa di Semenanjung Malaysia semakin meningkat. Jika 6.3 peratus pesakit pada tahun 1986, pada tahun 1996, ia bertambah sebanyak 8.8 peratus.

Berdasarkan perangkaan yang diperoleh, mereka mendapati setiap tahun bilangan pesakit kencing manis bertambah dalam kadar 0.2 peratus setahun.

Menyedari penyakit diabetes semakin meningkat dan menyerang lebih kurang 250 juta individu di dalam dunia, Kumpulan Advance telah menjalankan Kajian Penyakit Diabetes Type II (Jenis II).

Kajian tersebut bertujuan menyelesaikan beberapa isu yang belum dirungkai, terutamanya yang berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes jenis kedua.


Kencing manis atau Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.

Apa itu Diabetes ( Kencing Manis )


Secara amnya, penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.

Dalam penyakit diabetes ( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.

Namun begitu, terdapat dua jenis diabetes ( kencing manis ) iaitu diabetes jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.

Biasanya, penghidap diabetes jenis I mula mendapat simptom penyakit ketika zaman remaja atau sebelum mencecah usia 40-an. Dek kerana kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dan rawatan bagi mengawal tahap glukosa darah.

Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.

Selain pengambilan ubat-ubatan dan suntikan insulin, Pengarah Eksekutif NADI, Prof. Datuk Mustaffa Embong menyarankan supaya pesakit kencing manis mengamalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan berat badan dan bersenam.

Minyak Kelapa Dara BioVCO boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Peningkatan kadar metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan.

Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten. Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara BioVCO juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan.

Penyakit Kencing Manis - Ambil Ubat


PESAKIT kencing manis sering mengeluh apabila beranggapan ubat yang dimakan sebagai punca masalah klimaks. Berdasarkan kes yang saya terima, ada pesakit kencing manis kecewa kerana mampu menjalin hubungan intim, tetapi kesudahannya menghampakan apabila tidak berasa ‘nikmat’ ketika klimaks.

Sememangnya penyakit kencing manis menyumbang kepada masalah itu. Ini kerana, klimaks atau kemuncak rangsangan seksual dikawal hormon testosterone yang membantu menghasilkan perjalanan darah yang lancar, rangkaian urat saraf sihat dan minda sihat.

Justeru, apabila menghidap kencing manis, urat saraf dan perjalanan darah terganggu, menyebabkan penghidapnya kerap mengalami perubahan kesihatan seperti kebas kaki dan masalah klimaks, sama ada mudah klimaks atau tiada rangsangan ketika klimaks.

Begitupun, kesan itu bukan berpunca daripada ubat yang dimakan. Jika tidak memakan ubat, akan timbul masalah lain pula, mungkin lebih teruk. Jangan salahkan ubat kerana yang perlu dilakukan adalah menjaga makan dan akur kepada nasihat doktor.

Paling penting, jangan mengetepikan ubat doktor dengan memilih mencuba ubat herba. Hari ini, ramai berpendapat rawatan kencing manis doktor menjadi punca masalah klimaks, menyebabkan mereka mengambil jalan salah dengan tidak memakan ubat doktor.

Ada juga yang makan ubat ikut jadual sendiri dan bukan mengikut nasihat doktor. Perbuatan seperti itu berbahaya dan ibarat ‘menyabung nyawa’ kerana menyebabkan pesakit kencing manis berisiko mengalami kerosakan buah pinggang sehingga terpaksa menjalani ‘dialisis’ atau mencuci darah.

Jumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Jika kebetulan glucosa anda tinggi, ambil ubat kencing manis yang lebih baik atau buat rawatan suntikan hormon insulin. Kini, kaedah penyuntikan insulin mudah dilakukan.
Jika ujian hormon testosterone didapati kurang, rawatan hormon gantian testosterone, sama ada dalam bentuk suntikan atau ubat, dapat membantu memulihkan keadaan.

Anda juga perlu amalkan gaya hidup sihat. Ikut nasihat doktor mengenai amalan pemakanan dan lakukan senaman berkala. Senaman dapat membantu hormon testosterone kembali normal. Jangan cuba makan ubat kuat atau ubat rangsangan kerana masalah itu memerlukan pemeriksaan doktor dan bukan sekadar cuba mencuba. Jika termakan ubat tidak sesuai, masalah lain pula akan berlaku.

Pesakit buah pinggang meningkat

KUALA LUMPUR 13 Mac - Seramai 15,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad.

“Sehingga kini, sebanyak 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup,” katanya pada sidang akhbar selepas Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain merasmikan Hari Ginjal Sedunia di sini hari ini.

Dr. Ghazali berkata, kebanyakan kes kegagalan ginjal berpunca daripada penyakit diabetes.
Beliau menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengelak terkena penyakit diabetes, gout atau tekanan darah tinggi yang berkait rapat dengan penyakit buah pinggang .
Sementara itu, Dr. Zaininah dalam ucapan perasmiannya berkata, langkah-langkah perlu diambil bukan saja merawat pesakit ginjal tetapi juga melambatkan proses kerosakan buah pinggang untuk menangguhkan rawatan dialisis dan mengelakkan penyakit buah pinggang serta mencegah penyakit yang meningkatkan risiko penyakit buah pinggang .

Hari Ginjal Sedunia anjuran Jabatan Nefrologi HKL dengan kerjasama Jabatan Dietetik Dan Sajian HKL ini diadakan setiap tahun bertujuan meningkatkan kefahaman awam serta kakitangan perkhidmatan kesihatan dalam aspek-aspek pencegahan, pengesanan dan rawatan penyakit buah pinggang.
- Bernama

Diet pesakit diabetes

SEMUA orang tahu mengenai penyakit diabetes . Penyakit ini bukanlah suatu penyakit asing. Dengan jumlah pesakit yang kini dirujuk sebagai endemik di keseluruhan dunia, penyakit diabetes sudah  boleh dianggap satu penyakit yang biasa dalam kehidupan moden hari ini.

Walaupun di diagnos menghidapi penyakit diabetes , ramai pesakit yang telah mengabaikan diet dan nutrisi harian yang sepatutnya bagi mereka.

Keadaan itu memburukkan lagi tahap kesihatan pesakit dan mendorong kepada pelbagai penyakit lain.
“Pesakit sebenarnya perlu memantau dan menjaga makanan yang mereka mbil jauh lebih teliti berbanding orang lain,” kata perunding penyakit diabetes di sebuah pusat kesihatan, Indra Balaratnam.
Katanya, darah pesakit penyakit diabetes mengandungi tahap glukosa tinggi yang disebabkan oleh sistem tubuh mereka yang tidak bertindak secara normal.

Oleh itu, tubuh mereka tidak dapat memproseskan glukosa dengan cara yang efisien. Lantaran itu adalah sangat penting bagi pesakit penyakit diabetes menilai semula diet harian mereka untuk mencapai keseimbangan insulin dan glukosa.

Diet yang sihat adalah memastikan menu harian anda terdiri dari lima kumpulan makanan iaitu karbohidrat kompleks, buah-buahan, sayuran, daging dan susu. “Saiz hidangan bagi setiap kumpulan makanan ini sangat penting kerana ia membantu mendapatkan keseimbangan karbohidrat yang diambil,” katanya.

Jadi bagi mengukur saiz hidangan yang sepatutnya, anda perlu mempunyai satu set peralatan mengukur seperti peralatan mengukur membuat kek yang anda boleh peroleh di pasar raya. Selain itu, pesakit penyakit diabetes juga seharusnya mempunyai jadual makan yang teratur dan tetap untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih efesien.

PAS adalah Gerakan Islam


PAS adalah Gerakan Islam - Bukan semata - mata Parti Politik

1. Parti Islam se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita - cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia .

2. Penyertaan PAS dalam medan siasah [ politik ] adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini .

3. Siasah [ politik ] PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab , akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah . Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan . Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS .

4. Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik . Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami , PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah [ pemikiran ] , syakhsiyyah [ peribadi ] dan ruuhiyyah [ spiritual ] masyarakat .

5. Justeru itu , kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah .

6. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerakkerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan . Tidak hanya menumpukan isu - isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerakkerja dan aktiviti Amal Islami yang lain seperti pemantapan Aqidah dan Fikrah .

7. Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan . Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam .

8. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang telah mengabaikan solat berjamaah , menjauhkan diri dari majlis - majlis ilmu , tidak lagi melazimi usrah . Ucapannya pula tiada lagi hikmah sebaliknya kasar dan keras . Tindakannya gelojoh , egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai . Gemar bertelingkah dan suka memfitnah . Melakukan dosa tanpa sedar ianya berdepan murka dan kutukan Allah swt . Sebagai contoh mudah , apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut , tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal . Sebaliknya berlumba - lumba nak menyalakan lagi isu yang sedia membara .

9. Saban ketika dan waktu hanya merancang bagaimana nak jatuhkan si anu dan si anu [ saingan politiknya ] kerana ia tidak sependapat dengan aku [ atau mereka memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi " demi kebaikan jamaah ...." @ " demi masa depan jamaah ..." dan lainnya sebagai melindungi perkataan sebenar " demi kebaikan aku ..." @ " demi masa depan politik aku ......." ]

10. Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak . Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana nak menang ! bagaimana nak dapatkan undi melayu dan non malay ! tetapi malang , sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka , bagaimana nak pertahankan Islam dan memenangkan Islam ! Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap Islam kerana nanti kita kurang popular dan non muslim akan menjauhi kita .

11. Sebagai anggota Gerakan Islam , kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam . Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani semua ummat , justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia . Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam . Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam .

12. Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sedang kita tidak berusaha untuk jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka . Bangga meriwayatkan kesederhanaan 2 tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan . Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh , liar dan tidak cermat . Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal .

13. Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya . Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya . Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua , ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga - lagakan mereka . Kerana itu perbuatan insan yang nakal lagi liar .

14. Berjuang biarlah dapat pahala , jangan berjuang untuk menambah dosa . Berjuang biarlah ramai sahabat , jangan berjuang meramaikan musuh . Berjuang biarlah tenang , jangan berjuang menambah serabut . Berjuang biarlah damai , jangan berjuang untuk bergaduh . Berjuang lah jangan tidak berjuang ....

15. Kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam . Bukan membina empayar individu jauh sekali memburu kekayaan material . Lantaran itu , tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini . jangan tukar PAS sebagai Gerakan Islam kepada PAS hanya sebuah Parti Politik .