iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Jumaat, Mei 27, 2011

PROGRAM SUMBANGAN FAKIR MISKIN

sedikit tazkirah dan taklimat disampaikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Kawasan Ipoh Timor, AF Ustaz Rahmat Yunus
antara peserta fakir miskin yang mendapat bantuan sumbangan dari kalangan muslimin sedang asyik mendengar tazkirah dari AF UStaz Rahmat Yunus
peserta dari kalangan muslimat yang mendapat bantuan
antara barangan asas yang telah dibungkus dan sedia untuk diagih-agihkan
amilin dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan peringkat Kawasan dan Dewan Pemuda Ipoh Timor sedang sibuk bertugas menyediakan peralatan dan barangan sumbangan
semoga barangan keperluan dapur ini dapat meringankan perbelanjaan harian kakak sekeluarga
ketua penerangan Kawasan Ipoh Timor Saudara Radzi Ibrahim sedang memanggil nama-nama perserta yang terlibat meneriman sumbangan
antara amilin dan AJK Kawasan dan Dewan Pemuda Kawasan Ipoh Timor melepaskan lelah selepas program selesai

27 Mei 2011, Ipoh Timor - Satu Program Sumbangan Fakir Miskin yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan peringkat DPPKIT usahasama peringkat Kawasan telah berjalan dengan jayanya malam ini. Sumbangan berupa barangan keperluan asas ini diberikan kepada penduduk dan masyarakat fakir miskin di sekitar DUN Pengkalan Barat dan Tebing Tinggi yang berada dalam Kawasan Parlimen Ipoh Timor dan Gopeng.

KELEBIHAN SELAWAT KEPADA NABI SAW

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap-harap kita perbnyakkan selawat dan tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Tambahan pula hari ini hari jumaat, banyak kelebihannya.Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

ulasan : chegu H

Khamis, Mei 26, 2011

APA ADA DENGAN BUKU JINGGA

OLEH : MUHAMMAD ZIRR

Sejak merdeka, negara kita telah membangun dengan terbinanya banyak bangunan-bangunan baru, kampung-kampung dan bandar-bandar baru termasuk kilang-kilang yang besar. Ini kita anggap sebagai kerja-kerja mengisi ruang kemerdekaan yang telah kita kecapi. Semua yang kelihatan pada zahir ini, adalah benda fizikal yang tercipta dari perlaksanaan kata-kata iaitu dari janji-janji yang ditabur dalam pilihan raya yang lepas-lepas. Pencapaiannya tidak kita ragui sama sekali.


Semua ‘benda-benda fizikal’ ini dibina menerusi wujudnya institusi-institusi penting, iaitu institusi legislatif (perundangan), eksekutif (pelaksanaan) dan kehakiman. Ketiga-tiganya penting, ia merupakan tulang belakang kepada sistem pentadbiran negara. Namun, sistem ini telah dimanipulasi oleh pihak eksekutif dengan menggunakan institusi legislatif untuk kepentingan politik dan peribadi segelintir pemimpin negara. Sesuai dengan kata bidalan, sambil menyelam minum air.

Salah guna kuasa (dalam maksud lebih besar) berlaku hanya apabila golongan elit yang punya kuasa tanpa had atau gagal dihadkan oleh legislatif dan kehakiman. Hampir mustahil seorang yang berjawatan “biasa”, misalnya, sebagai Penolong Pegawai Tadbir atau Penghulu, mampu memanipulasi atau mengarah pihak legislatif untuk menipu demi kepentingan beliau atau kumpulannya. Dan, apa yang telah kita lihat akhir-akhir ini, pihak legislatif dan eksekutif telah bersekongkol memanipulasi sistem tanpa segan silu lagi. Maka inilah yang dimaksudkan dengan krisis, masalah budaya dan amanah yang songsang, telah merosakkan sistem pentadbiran kita.

Pakatan Rakyat berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk memulihkan sistem yang telah rosak ini. Dalam keghairahan kita berjuang, harus jangan kita lupa bahawa krisis ini terjadi secara anai-anai, bukan bermula sejak lima atau sepuluh tahun lalu, tetapi ia membarah sedikit demi sedikit dan penyakit ini disumbangkan oleh banyak pihak, khususnya elit pemerintah. Dan, untuk mengatasi dan memperbaikinya juga bukanlah usaha sepenggal atau dua penggal (merujuk kepada penggal pemerintahan kerajaan lima tahun), sebaliknya ia adalah usaha yang berterusan.

Kita tidak mahu krisis ini diwariskan kepada generasi akan datang. Kejahilan yang telah berlaku harus kita ubah dan tinggalkan. Kita berubah untuk memastikan hak warga dibela, keadilan dilaksana dan hasil kekayaan dikongsi dan diagih secara adil kepada masyarakat. Ini adalah tuntutan mutlak yang tidak akan berubah-ubah sepanjang zaman.

Rakyat Malaysia masih belum melupai keangkuhan, kealpaan dan kezaliman UMNO terhadap rakyat dalam banyak perkara. Diam tidak bererti rakyat lupa, sepertimana anggapan Tun Mahathir dalam sajaknya ‘Melayu Mudah Lupa’. Sebaliknya beliau sendiri yang lupa bahawa diam-diam rakyat Malaysia adalah disebabkan sifat kemaafan yang diwarisi sejak berkurun dahulu. Beliau juga lupa bahawa bila rakyat sudah jemu dengan salah guna kuasa UMNO dan BN, maka mereka pasti akan bertindak seperti mana pada pilihan raya 2008.

Jemu dan marah tak ke mana jika tidak dihalakan ke arah tuju yang tepat. Maka itu Pakatan Rakyat mengemukakan cadangan-cadangan asas untuk membawa perubahan yang benar-benar diperlukan rakyat.
BUKU JINGGA adalah jawapan konkrit Pakatan Rakyat untuk membawa rakyat dan negara kita ke arah satu tahap perubahan penting dalam sejarah negara semenjak merdeka. Inilah yang menjadi latar dan intipati BUKU JINGGA. Sampaikan dan kongsikan kefahaman kita kepada semua. Hanya dengan maklumat betul, maka rakyat akan mengetahui dan dengan pengetahuan ini jugalah maka perubahan akan berlaku.

Kerangka Asas

Pertama – demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.
Kedua – memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk mem jana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.
Ketiga – keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.
Keempat – Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

Kempat-empat kerangka asas yang telah dinyatakan dalam BUKU JINGGA adalah bersandarkan kepada Perlembangaan Persekutuan yang mana ia menjadi tonggak perjuangan sah Pakatan Rakyat. Tanpa “kiblat” yang betul, pasti perjuangan ini akan menjadi sia-sia. Sebaliknya di pihak Barisan Nasional, mereka tidak akan mampu lagi memesongkan niat dan arah perjuangan kita. Maka, hanya dengan kefahaman dan keyakinan sahaja yang akan dapat membebaskan bangsa kita dari jalan kejahilan kepada jalan kebijaksanaan. Kebijaksanaan ini juga akan kita kongsikan bersama dengan rakyat.

Perlembagaan – Pakatan Rakyat berjanji kepada seluruh rakyat Malaysia, yang mana janji ini juga adalah sumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan segala isi yang termaktub di dalamnya. Maka tidak timbul lagi isu-isu yang mempersoalkan komitmen Pakatan terhadap Bahasa, Institusi Raja Berperlembagaan, Kaum dan Agama, kerana semua ini (yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan) telah dijamin untuk terus dipelihara, noktah. Jika isu-isu ini terus dimainkan dengan provokasi-provokasi esktrem, nyatalah ia hanya pembohongan untuk menghakis keyakinan rakyat. Yakinlah bahawa perubahan tidak dapat dielakkan lagi.

Institusi – Inti kepada pendemokrasian sejagat yang menjadi perjuangan Pakatan Rakyat juga bertujuan untuk mengubah persepsi buruk masyarakat terhadap institusi-institusi yang dahulunya dihormati seperti Institusi Kehakiman, Polis, Pendidikan dan Perguruan serta Perkhidmatan Awam keseluruhannya. Institusi sepenting ini harus dirombak bagi memastikan ia berfungsi menurut peranannya. Dengan adanya institusi yang berwibawa, negara dan rakyat pasti mendapat manfaat yang besar. Pelabur-pelabur sudah tidak takut untuk berniaga dengan kita, masyarakat juga akan merasa terjamin baik peluang pekerjaan, perniagaan dan keselamatan pada batang tubuh mereka.

Perlembagaan dan Institusi yang luhur bukan hanya sekadar ungkapan bahasa dan kata-kata indah, sebaliknya ia adalah realiti yang harus dilaksana dan dinikmati oleh kita rakyat Malaysia.BUKU JINGGA juga adalah manifestasi (penzahiran) muafakat antara DAP, PKR, PAS dan juga Rakyat sendiri. Dengan semangat dan sokongan rakyatlah maka Pakatan Rakyat akan terus memimpin dan memperjuangkan prinsip dan cita-cita yang terkandung didalam BUKU JINGGA.

Kita amat memahami bahawa perjuangan ini pastinya menuntut perubahan minda, pendekatan dan sistem. Tanpa perubahan pada perkara-perkara asas ini, usaha kita tidak akan tercapai. Seperti kata pepatah, perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan. –

-: Roketkini.com

INTIFADA KEMBALI BERSINAR

GAZA 26 Mei : Pihak berkuasa Mesir membuat keputusan untuk membuka terus pintu sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir bermula minggu depan.

Keputusan ini akan menamatkan pengepungan Gaza yang dilaksanakan oleh Israel lebih empat tahun.

Seorang pegawai Mesir berkata keputusan itu sebahagian daripada prosedur Mesir untuk memudahkan pergerakan penduduk Palestin keluar dan masuk ke Semenanjung Gaza.

Pegawai itu berkata, pihak berkuasa akan menggunakan prosedur serupa yang dilaksanakan pada 2007 sebelum sekatan yang dikuatkuasakan oleh Israel di Gaza apabila wanita, kanak-kanak bawah 18 tahun dan lelaki 40 tahun ke atas tidak memerlukan visa untuk menyeberang ke Mesir.

Duta Palestin ke Mesir, Barakat Al-Fara, mengesahkan bahawa mereka menerima pemberitahuan rasmi daripada pihak Mesir berhubung perkara itu.

Minggu lalu, Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza, berkata mereka mahu menutup sepenuhnya pintu sempadan itu sebagai membantah langkah yang dilaksanakan oleh Mesir berhubung pintu sempadan terbabit.

Sementara itu, penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan, menerima keputusan Mesir itu dengan girang.

Penduduk berdepan banyak kesukaran untuk masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza semasa pemerintahan bekas rejim Mesir, lebih-lebih lagi susulan sekatan yang dikenakan oleh pihak Israel.

Beratus-ratus pelajar Gaza tidak dapat menamatkan pengajian mereka di beberapa negara Arab dan asing berikutan halangan perjalanan. Penduduk yang pernah bekerja di luar negara pula terkandas di Gaza dan hilang pekerjaan mereka.

Beribu-ribu penduduk Palestin yang tinggal di luar Semenanjung Gaza terpaksa menikmati percutian mereka jauh daripada keluarga masing-masing berikutan kebimbangan terkandas di wilayah yang sempit itu.

Pintu sempadan Rafah dikuasai oleh Israel tetapi selepas pengunduran Israel dari Gaza pada 2005, pintu sempadan itu dikendalikan oleh pihak berkuasa Palestin dan Mesir dengan kehadiran pemeriksa daripada Kesatuan Eropah, sebagai sebahagian daripada perjanjian di mana Amerika Syarikat menjadi orang tengah.

Perjanjian itu digantung selepas Hamas mengambil alih Semenanjung Gaza daripada seterunya, Fatah, pada 2007. Akibat daripada perbezaan pendapat warga Palestin itu, pemeriksa dari Eropah menggantung misi mereka dan pihak berkuasa Mesir memutuskan untuk membuka sebahagian daripada pintu sempadan itu dengan diselaraskan oleh pihak Palestin.

Menurut penganalisis Palestin, hubungan antara Palestin dan Mesir bertambah baik selepas revolusi secara aman oleh penduduk Mesir menentang Hosni Mubarak dan rejim beliau.

Penganalisis berkata, ketegangan antara Israel dan Mesir semakin memuncak berikutan pendirian terbaru terhadap perjuangan penduduk Palestin

Rabu, Mei 25, 2011

LAWATAN KERJA KP, TKP DAN NKP KE PASTI-PASTI KAWASAN












25 Mei, Ipoh Timor - Satu lawatan Kerja daripada KP, TKP dan NKP ke Pasti-Pasti Kawasan Ipoh Timor pagi ini bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi yang melibatkan empat institusi Pasti iaitu Pasti Raudhatul 'Imu di Kampung Temiang, Pasti Ibnu Safar di Taman Shatin, Pasti Al Ehsan di Taman SPPK dan yang terakhir, Pasti Bestari Taman Cempaka. Lawatan itu berprogramkan interaksi antara Dewan Pemuda Kawasan bersama guru-guru dan murid-murid, bertanya khabar, luahan masalah dan sebagainya. Juga pemberian sumbangan dari AJK Pasti dan Dewan Pemuda.

Ahad, Mei 22, 2011

takziah...ALFATIHAH..

KETUA PEMUDA
dan seluruh jawatankuasa pemuda PAS  Kawasan Ipoh Timur merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.



AL-FATIHAH.

Jumaat, Mei 20, 2011

PROGRAM TERKINI..JANGAN LUPA YOB YONG..MOH KITE

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

PAS FOR ALL

JOM UBAH MALAYSIA BRSAMA PAKATAN RAKYAT

Usrah JPC Kg Seri Kinta





Tajuk : Hebatnya Doa Seorang Ibu.
Naqib : AF Ustaz Rahmat Yunus.
Masa : Jam 9 malam, Khamis 19 Mei 2011.
Lokasi : Homestay Ustaz Rahmat, Jalan 3, Kg Seri Kinta, Ipoh.
Kehadiran : 8 ahli JPC Kg Seri Kinta.

Isi Penting :

۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا ﴿٢٤﴾
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (QS Al Israa' : 23-24)

Anda boleh memuat turun muqoror usrah ini di sini.

Khamis, Mei 19, 2011

Malaysia uji Chelsea or ...


BERITA gembira buat penyokong Malaysia dan penyokong fanatik Chelsea di negara ini apabila naib juara Liga Perdana England musim 2010/11 itu akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia pada 21 Julai depan.


Perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam.

Lebih menarik, menjelang aksi persahabatan tersebut, peminat The Blues turut berpeluang mendapat pas percuma menyaksikan sesi latihan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu pada 19 Julai.

Begitupun, untuk melihat kelibat pemain bintang Chelsea itu berlatih, peminat hanya perlu membeli tiket perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Chelsea di butik Adidas terpilih seluruh negara yang akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei ini. Tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM58, RM68, RM108 manakala tiket VIP pula pada harga RM388 dengan jumlah yang terhad.

"Pada 2008, kami berjaya mengumpul 55,000 penonton untuk hadir menyaksikan pertemuan di antara kedua-dua pasukan ini. Jadi, tahun ini, kami jangka lebih ramai penonton akan hadir termasuk peminat dari negara jiran," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ProEvents Group, Julian Kam.

ProEvents merupakan promoter eksklusif Jelajah Asia Chelsea 2011 dan penaja rasmi bagi perlawanan tersebut adalah Adidas, Astro, One World dan Naza World.

"Selain aksi persahabatan tersebut, pemain Chelsea juga akan mengadakan beberapa program sampingan termasuk aktiviti amal serta perjumpaan dengan kelab penyokong rasmi Chelsea."

Tiket akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei di semua butik Adidas seluruh negara, manakala bermula 30 Mei pula, tiket boleh didapati di cawangan Ticketpro di seluruh negara atau secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my.

Isnin, Mei 16, 2011

Jawatan : Antara Rebutan di dunia ...

Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan

« Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya’.

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur ‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya ‘ jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’. AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut.

Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam. Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada.Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh. Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri ( enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar.( Nauzubillah).

Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’.Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang.

Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar alKhattab“ Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita,

Wassalam.

Mau'izah untuk ana dan para sahabat;

Tuan Ibrahim Tuan Man

SELAMAT HARI GURU

KETUA PEMUDA & SELURUH AHLI JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU, CIKGU-CIKGU, PENDIDIK,USTAZ-USTAZ,DAN MURABI...



MUDAHAN ALLAH MEMBERKATI HIDUP KALIAN...

Sabtu, Mei 14, 2011

USRAH : GHURUR : TAAT DALAM MAKSIAT

USRAH KALI PERTAMA SESI 2011-2013 - GHURUR

TEMPAT  : MARKAZ UPU PENGKALAN BARAT

MASA : 7:30 MALAM - 10.30 MALAM

NAQIB : UST YEOP ABD HALIM MARUAI
____________________________________________________________________________________

GHURUR : TAAT DALAM MAKSIAT...


Ghurur merupakan salah satu peringatan Allah Swt kepada manusia yang terdapat di dalam al-Qur’an yang harus diwaspadai kerana Ghurur dapat membuat manusia lalai dan lupa kepada Allah Swt.Kata Ghurur dan definasinya banyak terdapat dalam al-Qur’an, ada berbentuk fi’il madhi, fi’il mudhari’, dan masdar.Secara bahasa Ghurur berasal dari gharra-yaghurru-gharran, ghuraran dan ghirah. Ibn Manzur mengartikan dengan kida’ (tipuan), tama’ dan bathil. Sedangkan secara istilah makna ghurur mempunyai dua versi, yaitu :

1. Kata ghar apabila dibaca dengan Ghurur maknanya adalah kebathilan-kebathilan. Al-Zuzaj menjelaskan bahawa Ghurur adalah jamak dari gharin yang artinya apa yang dibanggakan dari kesenangan dunia.

2. Kata ghar apabila dibaca gharur, maka maknanya segala hal yang menipu manusia dari syaitan dan manusia dan yang lainnya.

Mengikut definisi Ghurur yang seterusnya ialah tertipu dengan diri sendiri.Dalam etimologi bahasa membawa makna yang sama dengan al-Khida’ iaitu penipuan pada diri sendiri atau orang lain.Dari istilah pula membawa definisi kekaguman ‘amilin pada diri sendiri hingga ke tahap menghina atau memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang lain.

Diantara makna ghurur dalam al-Qur’an, yang pertama ghurur yang disebabkan oleh syaitan, kedua orang-orang kafir, munafik dan yang ketiga dunia dan perhiasannya.

1.Ghurur yang disebabkan oleh syaitan, diantara ayat yang menerangkan makna ini adalah, Surah An-Nisa’ : 120:-

Artinya: “syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, Padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka”

Ayat ini menjelaskan bahwa syaitan memberikan janji-janji kosong kepada manusia, akibat dari janji tersebut timbullah angan-angan kosong, padahal yang dijanjikan syaitan itu tidak ada melainkan tipu daya belaka. Quraish menjelaskan pada ayat sebelumnya telah ditutup dengan penegasan bahwa yang mengikuti syaitan dan terpedaya oleh janji dan rayuannya akan menderita kerugian yang nyata, maka ayat 120 ini menjelaskan kerugian-kerugian yang didapat. Selanjutnya pada Surah Al-Isra’ : 64, Allah menguatkan Surah An-Nisa : 120 di atas bahawa apa yang dijanjikan syaitan hanyalah tipu daya belaka, bunyi ayatnya yaitu :

Artinya : “Dan desak serta pujuklah sesiapa yang kamu dapat memujuknya dengan suaramu, dan kerahkanlah penyokong-penyokongmu yang berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki untuk menghalang mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta benda dan anak-anak mereka.Dan janjikanlah mereka(dengan janji-janjimu) pada hal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipudaya semata-mata.”

2. Ghurur yang disebabkan oleh orang-orang kafir dan munafik

Allah Swt memperingati orang-orang mukmin jangan sampai percaya akan perkataan dan aktiviti orang-orang kafir dan munafik yang menyenangkan kerana perkataan dan aktiviti mereka merupakan penipuan yang akan membawa kepada kelalaian dan kesesatan. Di antara firman Allah yang menjelaskan hal di atas adalah Surah Al-Mukmin : 4,

Artinya : “tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir.Oleh itu janganlah engkau(wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah Bandar kebandar yang lain.

Selanjutnya, dalam Surah Ali imran :196, Quraish menerangkan bahwa Allah Swt Memberi nasihat kepada Nabi Muhammad dan umatnya agar tidak terpedaya oleh kebebasan aktiviti orang-orang kafir, yakni perpindahan dari suatu kota ke kota yang lain, dari suatu tempat ke tempat yang lain ini semua mereka lakukan dengan mudah, kerana kesenangan itu hanyalah sedikit dan bersifat sementara.

3. Ghurur yang disebabkan oleh dunia dan perhiasannya.

Selanjutnya makna ghurur dengan tipu daya dunia dan perhiasanya, di sini Allah memperingati manusia supaya jangan sekali-kali terpedaya dengan dunia dan gemerlap perhiasannya, kerana itu hanya bersifat sementara dan tidak akan kekal. Di antara firman Allah yang menjelaskan makna ghurur ini adalah dalam Surah Lukman :33:-

Artinya : “Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, Maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah”.

Surah Lukman di atas perintah kepada manusia agar bertaqwa kepada Allah Swt, dan peringatan Allah kepada manusia agar tidak terpedaya oleh dunia perhiasannya kerena itu semua tidak akan dapat menolong pada hari yang dijanjikan oleh Allah yaitu hari kiamat. Kata al-gharur pada penutup ayat di atas adalah bentuk mablahgah yang bermakna pelaku pelengahan yaitu syetan. Kemudian pada Surah Al-Fhatir ; 5 Allah menguatkan bahwa kehidupan dunia hanyalah tipu belaka.

disediakan oleh :
penolong tukang kebun
di edit oleh : cheghu H

Khamis, Mei 12, 2011

sapa yang gatai mulut, pi dok buat cerita nih...hah..kan dah kena sound..

Pemimpin agama Kristian hari ini meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung 'pemberitaan tidak bertanggungjawab' yang mendakwa 'konspirasi Kristian' yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana milik Umno.


"Kami hanya beritahu kami agak terganggu dan tidak puas hati... tidak bertanggungjawab, kata-kata fitnah yang berpotensi menyebabkan rusuhan sepatutnya tidak diterbitkan oleh media arus perdana ataupun di mana-mana media sekalipun,” kata bishop Ng Moon Hing yang mewakili Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Ng memberitahu wartawan beliau menganggap pertemuan 45 minit dengan perdana menteri itu sebagai berhasil kerana ini kali pertama kumpulan agama itu dibawa berbincang.

Utusan Malaysia pada Sabtu lalu, berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri dan menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?”

Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, minggu lalu.


4 SOALAN PAYAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA

1.Kalau di takdirkan anda mempuyai anak gadis jelita tiba-tiba anda terpanggil atau mendapat seru untuk berjihad ke jalan Allah dan anda hanya ada pilihan untuk mengamanahkan untuk menjaga anak gadis anda kepada 5 hamba Allah dibawah ini semasa permergian anda, siapa kah pilihan anda kluangman?


A)Rahim Thambi Chik
B)Jamaluddin Jarjis
C)Rais Yatim
D)Nizar Jamaluddin
E)Najib Tun Razak

2.Siapakah Wanita Model pilihan anda

A)Sharizat
B)Azalina Othman
C)Wan Azizah
D)Rosmah Mansor
E)Rafidah Aziz

3.Kalau anda mempunyai perniagaan dan mahu memberi amanah untuk menjaga kewangan anda, Siapakah diantara calon yang berikut yang menjadi pilihan anda

A)Khir Toyo
B)Isa Samad
C)Husam Musa
D)Khairy Jamaluddin
E)Nor Yaakob

4.Diantara muka-muka bukan Islam dibawah ini, muka yang mana boleh dipercayai untuk bekerjasama dengan Islam

A)Samy Vellu
B)Kayveas
C)Chua Soi Lek
D)Lim Guan Eng
E)Koh Tsu Koon

sila kemukan jawapan anda dan nilai sendiri penilaian yang anda berikan selamat menjawab..

[ HEBAHAN ] Seminar Rawatan Dan Teknik Berbekam

Seminar Rawatan Dan Teknik Berbekam sehari akan di adakan di Bilik Seminar Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan Sdn Bhd,

No 33, Simpang Business Park, Simpang, Taiping, Perak pada:

22 Mei 2011

Penceramah : Ustaz Sabri bin Ahmad dan PJS Aa'sim 

Yuran : RM 50 shj

tempat terhad...terbuka kepada 50 peserta terawal shj.

ayuh..

Rabu, Mei 11, 2011

Golongan 'kacau daun' dalam gerakan Islam

Mereka membantu penyebaran dakwah, pada masa yang sama merosakkan kesuburannya. Umpama serangga yang membantu pendebungaan tapi merosakkan tanaman.

Perkara-perkara yang mesti dihindari dan halangan-halangan dakwah :

1. Menjauhkan tercetusnya perselisihan dan perpecahan

2. Munculnya kelompok-kelompok pengacau

3. Berpegang teguh kepada pendapat peribadi

4. Berbahas dan berbantah-bantah

5. Mengutamakan kepentingan peribadi

6. Tidak menghadiri pertemuan rutin

7. Bercita-cita menjadi pemimpin dan telalu percayakan diri sendiri

8. Tidak memiliki visi yang jelas.

.: Muhammad Abduh :.

……………………………………..

Dalam melaksanakan dakwah menengakkan agama Islam sama ada dalam sekecil-kecil perkara hinggalah menegakkan negara Islam dan sistem Khilafah, kekuatan kesatuan sesama anggota dakwah merupakan satu kemestian.

Punca kesatuan adalah iman.

Muhammad Abduh dalam bukunya ; 'Apa Erti Komitmen Aktivis Dakwah' mengariskan 8 sikap yang tidak sepatutnya ada dalam anggota sebuah jemaah Islam. Sikap-sikap inilah sekiranya ada dalam diri aktivis dakwah, pendokong dan penyokong akan menjadi virus tanda sedar. Ianya mampu membunuh kebangkitan Islam. Umpama Selsema Babi membunuh penghidapnya.

Saya tertarik dengan sikap kedua dinyatakan oleh Muhammad Abduh dalam bukunya iaitu ; Munculnya kelompok-kelompok pengacau.

Tegas beliau :

'Yang saya maksudkan dengan kelompok pengacau ini adalah sekolompok kecil dalam dakwah yang fanatik memegang pendapatnya sendiri dan menolak pendapat inidividu lain. Ataupun kerana dia tidak setuju dengan pendapat ketua dan para pemimpin dakwah kemudaian mewujudkan kelompoktersendiri untuk memenangkan pedapatnya dan mencari-cari bukti kesalahan pendapat pemimpinnya antara lain dengan tujuan untuk memujuk individu-individu yang bersependapat dengan pendapatnya.'

Aneh bukan. Wujudnya mereka tanpa disedari. Kumpulan sebegini lahir daripada sifat ujub dengan pendapat sendiri dan tiada wala' kepada kepimpinan yang ada. Mereka percaya hanya mereka lah yang layak melakukan reformasi dalam dakwah. Justeru dengan menggulingkan pemimpin yang ada melalui saluran memburuk-burukkan pendapat, menyebarkan ketidakmampuan kepimpinan yang akhirnya akan mengoyahkan kepercayaan anggota terhadap ketua mereka.

Hakikatnya mereka berpersepsi bahawa telah membuat kebaikkan kepada agama. Bahkan merekalah perosaknya. Banyak perbalahan dalam jemaah Islam berlaku sekarang ini hanya kerana persoalan strategi. Ujub dengan idea, terlalu idealisme dalam perjuangan dan gopoh terhadap kejayaan dakwah.

Tegas Muhammad Abduh lagi :

'Menjadi suatu kewajipan bagi para aktivis dakwah untuk menjauhi kelompok-kelompok tersebut, tidak berbicara dengan mereka, kerana ianya dapat mengurangkan kepercayaan mereka terhadap pemimpin. Mereka ini sebagimana yang dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud :

لَوْ خَرَجُوا فِيكُم مَّا زَادُوكُمْ إِلَّا خَبَالًا وَلَأَوْضَعُوا خِلَالَكُمْ يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ وَفِيكُمْ سَمَّاعُونَ لَهُمْ ۗ .... ﴿٤٧﴾
"Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, nescaya mereka tidak menambahkan kamu selain daripada kerosakkan belaka, dan tentu mereka akan bergegas-gegas maju ke muka di celah-celah barisanmu untuk mengadakan kekacaun di antaramu; sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka."

(At Taubah : 47)

Pesan Ustaz Mustafa Masyur :

'Di antara bentuk-bentuk penyelewengan adalah ; membuat proksi-proksi atau kelompok-kelompok dalam jamaah kerana mendukung seseorang atau pendapat tertentu atau membuat seperti tanzim (organisasi) dalam struktur jamaah yang besar, atau berusaha menekan pemimpin agar mengambil keputusan tertentu dan kalau tidak dia akan memisahkan diri, atau adanya sebahagian peribadi yang berasa lebih tinggi daripada struktur jamaah sehingga berasa tidak wajib tunduk dan taat terhadap arahan dan keputusan.'

Jernihkan kembali niat berjuang, agar kita bukan menjadi api dalam sekam kepada perjuangan Islam.

Isnin, Mei 09, 2011

rakyat Malaysia kearah ZEro DIabetis.. Tahniah Kepimpinan UmNo BN


Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei). Demikian pengumunan terbaru Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

Baru merasai nikmat kenaikan harga minyak bg pengguna R97, kini berita yang turut menggembirakan pula menyusul dgn kenaikan harga gula.....apapun tahniah undilah BN, Dengan undian kalian semua baru Barang akan naik dan sama singkatan nama  BN = Barang Naik n bukan Barisan Nasional..

Tahniah Kak Mah, lepas ni boleh lah gi melancong ke tempat lain pulak, Budget nak penuh.Lepas balik Turki, leh la minta kat laki 1 malaysia nak pi tempat lain pulak.

Khamis, Mei 05, 2011

Rakyat "didahulukan" ....

PARIT BUNTAR, 5 Mei: Sepatutnya kerajaan BN mencari jalan lain untuk mendapat wang, bukannya memerah poket rakyat sewenang-wenangnya dengan menaikkan harga minyak.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim menyatakan demikian sebagai respons kenaikan harga RON97 yang diumumkan lewat tengah malam tadi.Katanya, kenaikan itu menjadikan kenaikan kali ketujuh atas alasan harga minyak mentah di pasaran dunia mengalami kenaikan.“Nampaknya BN terus memperbodohklan rakyat dengan alasan yang sama dan tidak masuk akal setiap kali harga minyak negara dinaikkan,” katanya ketika ditemui di sini.Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Malaysia merupakan negara pengeluar minyak di mana jika harga minyak di pasaran dunia naik, secara automatik negara mendapat kenaikan berlipat kali ganda.“Mengapa kita ikut sama naik harga minyak dan rakyat menerima bebannya?” soalnya.Selain itu, beliau menjelaskan jenama minyak nasional Petronas, diketahui kualitinya terbaik sehingga diguna untuk jentera formula satu Mercedes GP Petronas.“Sudah pasti negara telah mendapat keuntungan kerana minyak negara di eksport ke seluruh dunia," jelasnya.
Menurutnya, walaupun BN berusaha menjelaskan bahawa mereka komited menjaga kebajikan rakyat dengan mengekalkan harga RON95, hakikatnya peratus kenderaan yang menggunakan RON97 masih tinggi.
“Kenderaan-kenderaan luar negara yang masuk Malaysia diwajibkan mengguna RON97, jumlah kenderaan berkapasiti tinggi pula masih banyak menggunakan minyak jenis itu, jelaslah bahawa dasar BN adalah menindas rakyat, bukan membela,” jelasnya.Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak berkata, RON 95 yang dikekalkan cuma bermotif politik sedangkan minyak tersebut tidak berkualiti dan berpotensi besar menjejaskan enjin untuk jangka masa panjang.“Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa BN tidak mampu mentadbir negara dengan baik.“Sepatutnya kerajaan BN cari jalan lain untuk dapat wang, bukannya perah poket rakyat dengan sewenang-wenangnya dengan menaikkan harga minyak,” ujarnya.

sumber; harakahdaily.net

Isnin, Mei 02, 2011

TAHNIAH DAN TAKZIAH ....MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS PERAK KALI KE 28


           ALHAMDULILLAH..MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS PERAK KALI KE 28 selesai dengan rasminya semalam. Kami bagi Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada saff kepimpinan Pemuda Pas Negeri Perak bagi sesi kali ini. Bagi yang tidak terpilih, perjuangan perlu diteruskan bersama dengan kepimpinan yang telah di berikan amanah kepada mereka. Sesungguhnya amanah kepimpinan adalah suatu yang besar dan berat tanggugjawabnya.Mudahan kita mampu menghadapinya.

Mudahan kita semua berada dalam jalan ini dengan penuh istiqamah..

siiru a'la barakatillah...


Iklhas dari :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR




Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur mengajak anda semua menyertai kami.....bersama...

Program “ JOM USRAH ”



nantikan setiap aktiviti yang bermanfaat dari kami untuk semua.



" PAS 4 ALL... ORANG MUDE GENG KITA "