iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Selasa, November 29, 2011

Perkahwinan Musa Hassan dengan artis Syella Kamaruddin

NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan artis Syella Kamaruddin dalam satu upacara "Wedding of The Year"

 
Perkahwinan ini adalah yang termahal dianggarkan menelan belanja perkahwinan dan hantaran sehingga khabarnya mencecah RM 15 juta.


Syella menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Baju perkahwinannya menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.


Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya.

Penyanyi yang pernah merakamkan lagu 'Menangis dalam Hujan' ini agak popular dikalangan peminat hiburan tanah air. Namun, tahun berganti tahun apatah lagi dengan kemunculan penyanyi baru secara tidak langsung menenggelamkan namanya.
Kiranya selepas ini, Syell tidak perlu lagi menangis hatta di dalam hujan sekalipun. Kehidupan yang ternyata sangat mewah disamping bekas penjawat awam yang cukup terkenal, sememangnya menjadi idaman ramai anak gadis diluar sana.
 
Semoga perkahwinan termahal dalam sejarah Malaysia ini kekal abadi ke akhir hayat.

Selasa, November 22, 2011

HEMPAP 2011





apa yang orang DUNIA makan setiap pagi

 Sarapan Pagi Mengikut Negara =)

Terliur pulak aku time tengah layan buat entri ni..Walau pun baru je lepas makan tadi, tapi nafsu makan tu kembali bertaut bila tengok gambar-gambar sarapan pagi diorang ni..Bukan apa, aku ni jenis yang malas sekali nak makan pagi, kadang-kadang je makan, itu pun kalau dah lapar tahap gaban, kalau tak, jangan harap aku nak sentuh sarapan pagi tu =D


~ sarapan pagi orang kita di Malaysia..hehehe ~

Tapi kan, sekali-sekala aku nak try la buat sarapan pagi macam diorang ni..Mana tahu 'terbangkit' ke selera makan aku pagi-pagi..Walaupun ada yang nampak simple, tapi tengok macam sedap je, meleleh air liur waa cakap luuu~~..Itu baru nampak, belum rasa lagi..Apa-apa hal, jom layan gambar-gambar sarapan pagi diorang ni, mana tahu nanti makan pagi bertukar menu..hehehehe =D


1. Sarapan pagi orang Inggeris.


2. Sarapan pagi di Iran


3. Sarapan pagi di Cuba


4. Sarapan pagi di Poland


5. Sarapan pagi segera di Sepanyol


6. Sarapan pagi di Morocco


7. Sarapan pagi di Hawaii


8. Sarapan pagi di Sweden


9. Sarapan pagi di Iceland


10. Sarapan pagi di Portugal


11. Sarapan pagi di Australia.


12. Sarapan pagi di Brazil

13. Sarapan pagi di Itali


14. Sarapan pagi di Wales


15. Sarapan pagi di Denmark


16. Sarapan pagi di Filipina


17. Sarapan pagi di Alaska


18. Sarapan pagi tradisional di German


19. Sarapan pagi di Amerika


20. Sarapan pagi di Perancis


21. Sarapan pagi di India


22. Sarapan pagi di Scotland


23. Sarapan pagi di Thailand


24. Sarapan pagi di Argentina


25. Sarapan pagi di Ireland


p/s: nampak memang menarik, tapi antara malas dengan rajin je kalau nak buat ni..hehehehe =D

Isnin, November 21, 2011

SOS 1 MALAYSIA ...BAHAYA..

DEMI NAK CARI PENGARUH DAN KEUNTUNGAN KEDAI ROSAK 1 MALAYSIA...KERAJAAN UMNO BIARKAN SOS BAHAYA DI JUAL....!!!
Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Ini sesuatu serius kerana barangan makanan yang dijual kepada umum didapati membahayakan rakyat. Kita hairan bagaimana Kementerian Kesihatan terlepas pandang terhadap perkara ini sedangkan Kita tahu semua barangan makanan yang hendak dijual kepada umum mesti mendapat kelulusan dari kementerian. Ini sesuatu yang serius yang tidak boleh dipandang ringan.



Sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia, kita semua menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pengilang dan penjual produk ini yang telah mendedahkan rakyat kepada bahaya. Semua sos ini mesti diharamkan dari dijual kepada umum.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Kita ini menggesa kerajaan mengambil tindakan berikut dengan serta merta :-

1) Mengharamkan sos berkaitan dari dijual serta merta

2) Rakyat mesti berhenti serta merta dari memakan sos ini kerana ianya membahayakan kesihatan

3) Syarikat terbabit mesti membayar ganti rugi kepada semua pengguna yang telah memakan sos ini

4) Menyiasat kilang sos ini kerana dikhuatiri ada sos yang dihasilkan oleh kilang ini menggunakan jenama yang berlainan dijual di pasaran.

5) Pengguna dicadangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat ini kerana sengaja mengabaikan kesihatan rakyat

6) Menteri Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Pengguna mesti memberikan penjelasan mengapa kedai ini dibenarkan menjual sos jenama yang berbahaya ini.

KONVOKESYEN PASTI KAWASAN IPOH TIMUR 2011....meriah

IPOH:
20/11/2011

Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan IPOH TIMUR telah di jalankan dengan jaya.Program yang bermula jam 8.00 pagi itu di adakan di Tower Regency Hotel. Sambutan yang diberikan dalam program ini sangat meriah sekali, dengan menyaksikan penyertaan ibubapa dan waris yang begitu memberangsangakan.Kehadiran pelajar dan anak-anak PASTI yang cergas dan cerdas itu memeriahkan lagi majlis yang di adadakan di tingkat 11 hotel berkenaan.

Terdahulu, majlis di mulai dengan ucapan aluan pengerusi majlis, dan seterusnya diikuti dengan ucapan Pengerusi Pasti Kawasan dan seterusnya di rasmikan oleh tetamu jemputan khas dari PASTI NEGERI.

Rata-rata ibubapa melahirkan perasaan cukup berpuashati dengan penganjuran yang di buat.Ini memandangkan program kali di adakan di sebuah hotel terkemuka di bandar ini.Program berlansung selama lebih kurang 4 jam dam berakhirnya sekitar jam 12.30 tgh.



Jumaat, November 18, 2011

iklan peluang pekerjaan...CEPAT

Rabu, November 16, 2011

Mat Sabu....steady bro..Lawan ..


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini tampil dalam pendengaran awam berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan menegaskan beliau dilanggar kenderaan polis hingga mencederakan lututnya.

Memberi penjelasan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Mohamad berkata motosikal yang diboncengnya tidak melakukan sebarang kesalahan dan dilanggar kereta peronda sekitar Jalan Travers, dekat KL Sentral.

Lututnya mengeNONEnai lampu depan Proton Waja apabila kereta peronda datang daripada arah bertentangan di arah jalan yang salah, jelasnya.

Mohamad berkata, beliau juga tidak tahu diikuti polis ketika meninggalkan Hotel Mandarin Court tidak jauh dari itu.

Pihak polis bagaimanapun sebelum ini menafikan dakwaan salah laku dalam menangani perhimpunan itu, termasuk menafikan kereta pasukan keselamatan melanggar pemimpin nombor dua PAS itu.

Polis juga mendakwa, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kenderaan itu melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh.

bung Mokhtar...terbaieekk..munya UMN0


Tercapai Impian: Zizie Kini Bergelar Datin


Bermula awal tahun ini, Zizie Ezette telah mula bergelar datin.

Ini berikutan Datuk Bung Mokhtar Radin menceraikan isteri pertama beliau, Nor Asidah Alimuddin.


Untuk yang tidak tahu, gelaran datin hanya boleh digunakan oleh isteri pertama sahaja.


Laporan berkenaan Zizie ‘naik pangkat’ disiarkan dalam Berita Minggu semalam.


Perceraian itu dikatakan berpunca sikap Bung dan Zizie yang melanggar perjanjian dulu.


“Khabarnya dulu, Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan.


“Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji,” lapor akhbar berkenaan.


Bung berkahwin dengan Nor Asidah pada 24 Ogos 1991 di Sabah.


Perkahwinan dengan Zizie pula berlangusng pada 16 Disember 2009. Kedua mereka (Zizie dan Bung) kemudian telah didakwa di Mahkamah Syariah kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah dan kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.


Apa pun, tahniah la Zizie yea…tercapai impian…syukurrrrr.

Selasa, November 15, 2011

malaysia no 1

Obesiti: Malaysia nombor satu


KUALA LUMPUR 14 Nov. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu Malaysia berada pada kedudukan pertama di kalangan negara-negara ASEAN dan keenam di rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti di kalangan penduduk.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, antara punca masalah itu adalah kerana pengambilan gula berlebihan di kalangan rakyat.

“Justeru, semua pihak perlu mengambil perhatian serius tentang isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Menyentuh isu sama Rosnah berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10 peratus atau bersamaan dengan 200 kalori daripada jumlah tenaga harian.

Sehubungan itu katanya, pengambilan gula tambahan yang disarankan untuk orang dewasa adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari yang bersamaan dengan 50 gram.

“Berdasarkan kajian pengambilan gula di kalangan orang dewasa pada tahun 2002 dan 2003, didapati jumlah pengambilannya mencecah 51 gram iaitu 21 gram gula pasir dan 30 gram susu pekat manis di dalam minuman.

“Jumlah minuman ini sahaja telah melebihi saranan WHO dan panduan diet Malaysia. Untuk itu Kementerian Kesihatan telah menjalankan inisiatif mengurangkan pengambilan gula melalui kempen cara hidup sihat yang dimulakan sejak 1991,” katanya.

Menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh Datuk Md. Sirat Abu (BN-Bukit Katil) Rosnah berkata, berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 selain daripada gula pasir, terdapat 12 bahan pemanis lain dibenar digunakan dalam makanan.

Beliau berkata, bahan pemanis itu terdiri daripada bahan pemanis semula jadi dan tiruan.

“Bahan pemanis semula jadi yang dibenarkan ialah seperti stevia, sorbitol, malitol dan mannitol manakala bahan pemanis tiruan yang boleh digunakan di dalam makanan ialah aspartame, sucralose, saccharin dan acesulfame potassium,” katanya.

Beliau berkata, semua bahan pemanis tiruan yang dihasilkan secara kimia itu telah menjalani penilaian keselamatan dan disahkan selamat berdasarkan piawaian antarabangsa.

Isnin, November 14, 2011

AYUH ....ALLAH HU AKBAR..

Alhamdulillah seramai 10 orang pemuda ashabul ukhdud Seri Kinta telah memberikan bai'ah komitmen untuk turun berjihad ke Program Hempap (HIMPUNAN PEMUDA PAS PERAK). Ayuh jangan lupa... malam ni..roadshow DPPKIT akan turun ke CAWANGAN KAMPUNG TEMIANG..di warung lombong berhampiran PASTI TEMIANG... jam 9.30 malam..


AYUH PEMUDA TEMIANG ...MALAM NI SIAPA YANG AKAN MENYERTAI MEREKA MENGEJAR CITA-CITA SYAIDUL SYUHADA....AYUH..SERTAI KAMI...

"ANAK MUDA...UBAH MALAYSIA KE ARAH YANG LEBIH BAIK DAN BERKEBAJIKAN.."
 

PEMUDA NADI RAKYAT.


NOH OMAQ- lembu- SAHRIZAT-kondo

ginilah rupanya LEMBU yang di bela oleh NOH OMAQ dabn SAHRIZAT....dok dalam kondo bro



takbir..

Alfatihah..

Allahyarham Kamalruzaman yang saya kenal

Oleh: Rossem
Dua hari sebelum kembali ke Rahmatullah, sering saya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengannya seputar kerja. Saat menerima berita kecelakaan jalan raya yang meragut nyawanya, sms itu belum delete, justeru saya terkejut amat sangat bahkan seperti tidak percaya khabar duka yang diterima selepas pulang solat Jumaat, 11 November 2011 benar-benar satu realiti.

Allahyarham, sebelum berangkat ke Kuala Lumpur sibuk menyiapkan dokumen yang dijadikan poster yang menarik mengenai tuntutan royalti minyak yang akan diserahkan
kepada Perdana Menteri di parlimen 11 November.

Poster petikan ucapan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak ketika menjawab pertanyaan YB Lim Kit Siang di Dewan Rakyat tanggal 12 November 1975.
Antara Intinya ialah “Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut yang dijual PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya”.

Poster itu juga memuatkan petikan ucapan Menteri Besar Kelantan (1976-1990), Dato’ Haji Mohamad Yaacob, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam (4 April 1989) dan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Haji Najib di Dewan Rakyat (4 November 2009).

Selanjutnya, Allahyarham mahukan poster itu dimuatkan dalam laman iklan akhbar Sinar Harian. Kebetulan saya penyalaras ruang iklan yang beli Kerajaan Kelantan melalui Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Iklan berbayar, satu muka surat itu terbit dua kali seminggu iaitu setiap Ahad dan Khamis, edisi Timur.

Allahyarham benar-benar mengharapkan saya dapat memuatkan poster itu mengikut tarikh yang yang sama dengan hari penyerahan Amanat Tun Razak di parlimen pada 10 November 2011.

“Saya dah sent tadi. Pak Rossem dawnload. Terima kasih” beritahunnya melalui sms setelah saya memintanya mengirim artwork poster yang sudah siap direkabentuk.

Seterusnya ia menyambung “Ya, 10 November saja, kita nak nasional sebab kita mahu semua rakyat Malaysia tahu pasal ucapan Tun Razak. Itu pun kalau Sinar Harian berani publish. Kalau Sinar Harian tak berani, harap Pak Rossem ejas ayat-ayat mana yang depa tak selesa, bagi depa selesa..Terima kasih”

Saya memberitahunya bahawa harga iklan akan berganda jika untuk edaran nasional, hal ini perlu maklumkan lebih dahulu kepada Pengarah Urusetia Penerangan, minta kebenarannya.

Allahyarham membalas sms saya “ Ambo dah tanya Ustaz Man (pengarah), boleh tak untuk keluaran 10 Nov sahaja, di upgrade jadi nasional dan colour. Dia setuju, Pak Rossem boleh ejas ke untuk 10 Nov itu?”

Komitmen Allahyarham tentang kerja sangat tinggi. Harapannya agar Amanat Tun Abdul Razak tersebar luas, dapat dibaca dan diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia memang satu usaha yang sangat mengagumkan.

Dan saya telah tunaikan permintaan Allahyarham. Iklan seperti yang dimintanya telah terbit dalam Sinar Harian tanggal 10 November, walaupun pada mulanya tak diluluskan untuk siaran oleh editor akhbar tersebut, namun setelah puas merayu dan campurtangan Pengarah Urusetia Negeri dengan melakukan sedikit perubahan, akhirnya dimuatkan.

Maka benarlah seperti diungkapkan bossnya, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Husam Musa “Semua urusan tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan”

“Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti. Dia yang banyak menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira.”

Kamaruzaman Haji Abdullah, 31, Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Kelantan, YB Dato’ Haji Husam Musa meninggal dunia dalam tugas sewaktu dalam perjalan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti minyak.

Rabu, November 09, 2011

Hairan, mat rempit 'ahli PAS' tak kenal pemimpin PAS

Hairan, mat rempit 'ahli PAS' tak kenal pemimpin PAS

Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man meyakini tindakan sekumpulan mat rempit berdemontrasi berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun), 31 Oktober lalu didalangi parti politik tertentu.

Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, ketika kejadian pada hari itu, beliau sendiri bertemu beberapa orang ahli kumpulan itu yang kononnya mendakwa dirinya ahli PAS seumur hidup dan bertanyakan sama ada mereka kenal atau tidak pemimpin PAS negeri itu.

Namun ujarnya, seorang mat rempit 'ahli seumur hidup PAS' itu yang umurnya mungkin sudah menjangkau 50 tahun, terpinga-pinga untuk menjawab soalan siapakah pesuruhjaya PAS negeri itu.

"Saya tanya jika dia sudah lama jadi ahli PAS, siapa pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dia jawab tak tahu.

"Tiba-tiba kawan-kawan dia tarik baju dia, mungkin kawan-kawannya tak mahu dia menjelaskan sesuatu yang mungkin boleh memecah rahsia sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui pada majlis sambutan hari raya Aidil Adha di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam.

Pada tengahari 31 Oktober lalu, kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Mengulas lanjut, Saleh Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno negeri itu turut terlibat dalam merancang demonstrasi itu.

"Umno nampak gayanya terus main wayang. Mereka sudah ketandusan ideal dengan menjemput pemuda yang entah datang dari mana buat kacau depan dewan. Lepas tu tunjuk kad keahlian PAS seumur hidup pula," tegasnya.

Menurut beliau, Umno di Pulau Pinang hampir mati perancangan untuk mengembalikan sokongan Melayu di sini ekoran pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat diterima baik masyarakat di sini.

Pertandingan ‘Selamatkan Perak’ sempena PRU13

Muhammad Faeez
IPOH, 9 Nov:

PAS Negeri Perak akan mengorak langkah dalam persiapan pilihan raya Umum ke 13 dengan memberikan ruang kepada rakyat mengeksprestasikan pandangan dan keprihatinan mereka terhadap suasana politik negeri ini melalui satu pertandingan poster dan montaj bertemakan 'Selamatkan Perak di Pilihanraya Umum ke 13'.
Ketua penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, penyertaan rakyat Perak khasnya dan seluruh rakyat amnya akan dapat menzahirkan hasrat sebenar rakyat Perak yang disalurkan secara kreatif melalui pertandingan tersebut.
Menurutnya, pertandingan tersebut telah dilanjutkan kepada 30 November ini, sebulan daripada tarikh asalnya kerana atas permintaan ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Pertandingan telah menyediakan saguhati kepada pemenang-pemenang kedua-dua kategori itu nanti.
Hadiah wang tunai bagi kategori poster untuk tempat pertama ialah RM300, kedua (RM200) dan ketiga (RM100).
Manakala dalam kategori montaj video yang tidak lebih lima minit, hadiah untuk tempat pertama ialah RM500, kedua (RM300) dan ketiga (RM200).
PAS Perak mengharapkan penyertaan yang kreatif dari rakyat nanti akan menyemarakkan lagi bahang pilihanraya umum ke 13 nanti dengan bentuk penerangan yang lebih pelbagai dan menarik bagi meneruskan momentum rakyat Perak yang tidak redha dengan tragedi rampasan kuasa oleh BN, katanya.
"Kita berharap agar pertandingan ini akan membuka ruang kepada golongan celik teknologi maklumat (IT) terutama golongan muda yang kreatif untuk menyumbang bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) akan kembali memerintah Perak nanti.

terbaru..