iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Isnin, Ogos 29, 2011

Program Sumbangan Baju Raya








28 Ramadhan 1432 / 28 Ogos 2011, Ipoh Timur - Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPKIT dengan kerjasama AJK DPPKIT telah menjalankan Program Sumbangan Baju Raya kepada golongan miskin dan mustadh'afin yang tinggal di lokaliti-lokaliti setinggan di sekitar DUN Tebing Tinggi dan UPU Pengkalan Barat yang berada dalam Kawasan Ipoh Timur dan Sungai Rapat.

Seramai 10 keluarga telah menyertai dan menerima sumbangan ini. Para peserta dari kalangan anak-anak dari keluarga tersebut diajak untuk memilih pakaian untuk Hari Raya mereka di Pasaraya UO di Green Town Mall. Disamping itu wang angpau hari raya sebanyak RM100 turut diberikan kepada ibu-bapa mereka.

Program ini bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.

Isnin, Ogos 22, 2011

Sekitar Program Sumbangan dan Morei untuk Fakir Miskin

betapa qona'ahnya pimpinan kita, duduk di tepi kaki lima sedangkan tetamu dari kalangan fakir miskin dirai dan dimuliakan
Ustaz Rahmat Yunus, pengerusi majlis juga ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Ipoh Timur
Calon DUN Sungai Rapat AF Ustaz Radzi Zainon, sedang memberikan tazkirah ringkas
YDP PAS Ipoh Timur, Ustaz Azmi Murad menyampaikan sepatah dua kata
sumbangan diberikan tanpa mengira latarbelakang parti politik
 membaca wirid dan doa selamat sebelum masuk waktu berbuka
ikan dan ayam sedang dipanggang
para petugas sedang sibuk membakor ikan dan ayam
mempacking ikan bakar
iklan "Ikan Bakar Percuma" dipamerkan kepada yang lalu lalang di jalan berhadapan dengan Markas UPU Pengkalan Barat
sedap baunya ni
tergambar kepuasan dengan bersedekah atau memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa

21 Ogos 2011, Pengkalan Barat - Satu Program sumbangan dan majlis berbuka puasa bersama fakir miskin dalam kawasan lokaliti sekitar UPU Pengkalan Barat yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Ipoh Timur dengan kerjasama Lajnah Kebajikan DPPKIT telah berjaya dijalankan hari ini.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Ipoh Timur telah memberi sumbangan berupa barangan keperluan asas dan juga pakaian, manakala Lajnah Kebajikan DPPKIT menyumbangkan ikan dan ayam panggang untuk juadah berbuka puasa.

Manakala di sebelah malamnya solat maghrib dan Isyak serta solat sunat terawikh diimamkan oleh AF Ustaz Azmi Murad selaku YDP PAS PAS Kawasan Ipoh Timur dan diteruskan dengan ceramah dan tazkirah Ramadhan oleh Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor.

Majlis yang bersurai jam 12 malam ini diakhiri dengan minuman ringan.