iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, November 17, 2010

Edaran Daging Korban 10 Zulhijjah 1431 H

Salah seekor dari tiga kerbau yang dikorbankan
Seekor je lembu tahun ni
Ibadah penyembelihan dilakukan oleh Hj. Fauzi, ahli PAS Cawangan Kg Pasir Puteh. Darah merocik preettt kena kamera.
Naib Ketua Pemuda Pas Perak turut membanting tulang
Muslimat PAS Kawasan juga turut menyumbangkan tenaga
NYDP dengan gagahnya melapah daging
Pisau tumpul pulakkk
Selesai melapah, menjamu selera dengan makan tengahari. Lauknya daging kerbau segar masak kicap, hmmm....
Proses timbang dan bungkus
Daging yang dah siap dibungkus sedia untuk diagih-agihkan
Setelah dibungkus dengan plastik "bulan" di masukkan pula ke dalam kereta
Tanpa mengira fahaman politik, kami tetap memberi bakti dan sumbangan

17 Nov, Ipoh Timur - DPPKIT dan Pas Kawasan Ipoh Timor petang ini melancarkan edaran daging korban di sekitar Kawasan Ipoh. Aktiviti bermula dari penyembelihan, melapah, membungkus seterusnya hinggalah edaran dari rumah ke rumah.

Antara Pas Cawangan yang turut membantu dalam program ini ilah Pas Cawangan Kg Pasir Puteh dan Kg Seri Kinta. Pemprosesan daging tiga ekor kerbau dan seekor lembu itu dibuat di Surau Al Aziziah, Kg Pasir Puteh.

sumbangan sempena menjelangnya 'Idul Adha dan Deepavali yang baru berlalu

Sebahagian dari penduduk warga india yang menerima sumbangan
Tanda keprihatinan, kami turut menghulurkan sumbangan bagi mereka-mereka yang akan menyambut 'Idul Adha esok
Seorang anak ahli PAS Cawangan Taman Cempaka yang cemerlang 7A dalam UPSR baru-baru ini turut menerima sumbangan daripada Saudara Salman Salleh

16 Nov, Taman Cempaka - DPPKIT dengan kerjasama Perak Care telah mengadakan ekspedisi rumah ke rumah di sekitar perumahan di Taman Cempaka bagi menghulurkan sumbangan kepada golongan dhaif berupa barangan keperluan harian dan barangan dapur sebagai tanda keperihatinan kami terhadap golongan yang memerlukan ini.

Dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapatlah meringankan perbelanjaan isi rumah bagi menyambut Hari Raya 'Idul Adha yang akan disambut esok. Begitu juga sumbangan turut dihulurkan kepada golongan dhaif dari kalangan penduduk Taman Cempaka berbangsa India sebagai tanda ingatan kami kepada mereka yang baru sahaja menyambut sambutan Hari Deepavali.