Oleh: Safarizal Salleh
17 November 2010 (IPOH) - Usaha membantu golongan yang memerlukan diteruskan dengan program jejak fakir I'dul Adha yang memfokuskan golongan fakir miskin di perkampungan setinggan di sekitar Kawasan Parlimen Ipoh Timur.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur yang diketuai oleh Ketuanya Salman Saleh bersama pimpinan parti telah ke Kampung Setinggan Seri Keramat, Kampung Setinggan Sri Murni dan Kampung Setinggan Tok Chendang yang kesemuanya terletak di sekitar Kampung Pasir Putih.
Walaupun Ipoh adalah sebuah Bandaraya, tetapi perkampungan setinggan masih wujud dan golongan fakir miskin masih amat memerlukan bantuan. Pemuda PAS Ipoh Timur telah menyediakan selepas urusan Ibadah Korban pada paginya iaitu daging sembelihan untuk diagihkan.
Selain daging sembelihan tersebut, disertakan juga keperluan dapur kepada 30 buah keluarga yang telah diagihkan pada petangnya. Program seumpama ini adalah program mendekatkan antara PAS dan masyarakat terutama yang amat memerlukan perhatian daripada masyarakat lain.
Isnin, November 22, 2010
Usrah Kawasan Nov 2010
Antara isi-isi penting , Sabda Rasulullah SAW:
سيأتي زمان على أمتي ، يفرون من العلماء والفقهاء ، فيبتلهم الله تفقد بثلاث بليات : أولاها ، يرفع الله البركة من كسبهم ، والثانية ، يسلط الله تعالى عليهم سلطانا ظالما ، والثالثة ، يخرجون من الدنيا بغيرالإيمان
"Akan datang suatu zaman kepada umatku, mereka lari dari para ulama dan fuqaha, maka Allah akan menurunkan tiga macam bencana kepada mereka: Pertama, dicabut keberkatan dari usahanya; Kedua, Dia kuasakan penguasa zalim atas mereka; Ketiga, mereka meninggal dunia tanpa membawa iman." (HR Muttafaqun 'Alaih)
Langgan:
Catatan (Atom)