iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Jumaat, Januari 01, 2010

PASTI Al Ehsan Taman SPPK dirasmikan

IPOH TIMUR, 1 Nov - Jam 9 pagi PASTI dibawah pengurusan PAS Cawangan Taman SPPK dengan rasminya dibuka oleh Pengerusi PASTI, Saudara Syazwan Zulkifli, iaitu di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yaasin dan Tahlil yang dimamkan oleh Ketua Lajnah Tarbiyyah Pemuda Kawasan, Ustaz Yop.


Majlis ini juga turut dihadiri oleh AJK PAS Cawangan, AJK Pengurusan PASTI Kawasan dan ahli-ahli PAS Cawangan dan Kawasan. Ustaz Hj Amran selaku Ketua Cawangan berkata," Dengan adanya PASTI di Taman SPPK ini, dapatlah kita menarik minat penduduk setempat untuk mengenali indahnya pendidikan Islam selain dari dapat memberi impak kepada dakwah PAS."

Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi itu, diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.

Jangan seronok mengumpul angka-angka 0!


Dikirim oleh : Prof. Hussaini pada jam 1:37 AM.

Tidak dapat dinafikan, dunia ini telah memaksa seluruh anggota para daei untuk melaksanakan amal islaminya, dakwah kepada Allah. Sesiapa dari kalangan para daei, atau orang yang 'memahami' islam, quran dan segala isinya, namun masih belum nampak kepentingan dakwah, sesungguhnya masih buta mata hatinya.

Pernah aku kongsikan sebelum ini, betapa pentingnya asas gerakan kita ini dibina daripada sumber-sumber Al-Quran dan Sunnah, dan diberikan ruh kekuatan tambahan daripada gerak kerja orang-orang sebelum kita.

Maka, telah berkata Syakib Arsalan Rahimahullah:
"Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?"

Saat-saat manis pasti dirasai ketika kita sama-sama membuat resolusi di program-program kita. Kita bersepakat untuk melaksanakan perancangan itu mengikut fleksiveliti di lokaliti masing-masing, melihat kepada waqi' yang punya karenah-karenahnya yang tersendiri. Begitulah gambaran yang Syeikh kita telah berikan kepada kita. Kita bukan tugasnya mengumpul resolusi, dengan mengumpul orang-orang yang tidak mampu melaksanakannya.

Kita takut, pada muktamar mendatang, kita akan tetap dengan resolusi yang sama tanpa peningkatan amal, mungkin juga tanpa amal sama sekali. Dan point yang paling penting ialah, dakwah kita bukan dakwah untuk meramaikan, tapi membina. Membina orang-orang yang berNILAI. Mungkin ada daripada kita, yang masih belum mampu berperancangan, sekadar mengikut cadangan-cadangan, taujih-taujih, arahan-arahan mas'ul mereka untuk melaksanakan dakwah di tempat mereka.

Kadang-kadang, kemelut jiwa atas kegagalan meramaikan orang akan menyebabkan jiwa sedikit memberontak. Jiwa mereka meronta-ronta, seakan terkorban bersama terkorbannya jiwa-jiwa orang yang mereka dhaif selama ini.

"Dakwah ini ada masa hadapan?" Persoalan itu sangat rapat, mampir dan kerap kali bermain di pundak mereka. Terasa sangat tidak yakin dengan pertambahan yang tidak ketara dalam kumpulan mereka.

"Mengapa kita tidak kumpulkan satu dewan orang untuk bersama kita, supaya dakwah kita sehebat Kumpulan B?"

Ikhwah akhwat yang kucintai,

Kita mampu untuk mengumpulkan mereka semua. 100 orang, 1000 orang, malah seluruh lokaliti yang seramai 20,000. Dan kita juga boleh minta mereka semua bersemangat melakukan perkumpulan besar-besaran. Minta dilantik seorang ketua yang akan melakukan pidato penuh semangat yang akan membuatkan mereka bangkit berdemonstrasi di lokasi-lokasi strategik.

Namun, angka-angka 0 ini tidak akan tahan dengan semburan-semburan air itu. Angka-angka 0 itu, akan lari bertempiaran jika ada antara mereka ditangkap oleh FRU. Dan hampir kesemua mereka tidak mahu bergelar ikhwah mahupun akhwat jika yang ditangkap itu diseksa dan dipenjara terus. Mereka akan terus lesap, tanpa mampu dipanggil lagi.

Hasilnya? Kembali 0. Itulah hasilnya jika asas penubuhan sebuah gerakan itu atas dasar suka-suka sahaja. Tanpa ruh Allah dalam diri mereka. Tanpa pembinaan jiwa, untuk mereka akhirnya dapat menjadi seperti pembina mereka juga, membina orang yang lebih ramai lagi. Jika mati ditetak sekalipun pembina itu, dakwah akan tetap mengalir, kerana adanya barisan yang jiwanya tidak kosong ini.

Kenangkan perang Hunain, buat pertama kalinya tentera islam melebihi lawannya. 12,000 tentera islam dikumpulkan. Namun, hanya 100 orang islam dari kalangan ahlul badar, uhud yang mampu mara ke hadapan, tidak undur ke belakang, tidak berpatah balik tatkala ada ura-ura akan kekalahan islam.

Kenangkan demontrasi-demonstrasi yang berlaku di zaman ini. Dengan kecanggihan perhubungan kini, bukan susah untuk menyebarkan maklumat tentang demonstrasi-demonstrasi itu. Tapi, berapa kerat yang mampu tetap kekal dengan pendirian mereka, pendirian mereka yang tertulis di baju-baju mereka dan sepanduk sepanduk mereka tatkala berhadapan dengan polis-polis FRU yang menghampiri?

Kekuatan. Semangat untuk benar-benar berjihad, sanggup MATI untuk din Allah bukan calang-calang ciri-ciri islami. Ianya lahir dari akidah yang benar-benar tulen. Ianya berasal daripada ibadah yang soheh, yang penuh penghayatan dan pengharapan kepadaNya. Ia bukan lahir daripada pembacaan beribu-ribu buku, tapi sejauh mana praktik dan amal yang menyebabkan penuh kematangan pengalaman, dengan keimanan yang sudah puas diuji, namun tetap diuji-uji lagi, hingga ia benar-benar mantap. Imannya itu sudah benar-benar mantap dan teruji, hingga dirinya sanggup ditembusi peluru. Tidak menyesal walau sekelumit. Tiada penyesalan atas segala tapak di atas jalan dakwah yang penuh mujahadah ini. Itulah kekuatan yang diperlukan, yang tidak bisa dapat melalui perkumpulan sahaja.

Ia memerlukan pembinaan. Ia memerlukan perkongsian. Ia memerlukan penghayatan. Ia perlukan pengamalan. Ia memerlukan ujian. Ia memerlukan MASA untuk disebatikan segala itu dengan kehidupan jiwa-jiwa ini. Hingga pada akhirnya lahirlah jiwa yang punya NILAI! Daripada tarbiyyahlah mereka tercipta. Tarbiyyah dengan celupan Ilahi.

Allah SWT Berfirman :

صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ ﴿١٣٨﴾
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. (QS Al Baqarah : 138)

Bagaimana pula dengan amalan kita? Tanpa kita sedari pula, segala usaha kita juga ada nilai. Nilai rabbani  (ketuhanan) itu tidak ada hanya pada individu-individu sahaja. Namun, nilai individu itu dizahirkan melalui segala amalan seharian dan bagaimana seorang individu itu 'bergerak' sepanjang hidupnya. Di sinilah pentingnya kita muhasabah kembali, adakah amal yang kita laksanakan dalam perjalanan dakwah ini mempunyai nilai? Atau tidak jauh bezanya dengan amal-amal orang biasa, yang mengajak kepada jahiliyyah?

Untaian

Sekiranya mereka merenungkan dengan tenang, penuh perhitungan dan pertimbangan, nescaya mereka akan menyedari bahawa pertemuan daie dengan “tenang”, di bawah sayap saling kasih sayang dan saling hormat adalah lebih baik dari tuntutan yang keras untuk meraih kesedaran.

Sekiranya setiap pertemuan daie itu hanya berisi saling meneguhkan dan saling memberikan dokongan moral pada saat tribulasi berat dan kesulitan yang panjang seperti ini, nescaya pertemuan mereka akan mendatangkan keberhasilan.Tapi sayang, mereka adalah para teman yang suka tergesa-gesa.

(Muhammad Ahmad arRasyid)

Gagalnya aku hadir program tarbiyyah


Apabila tikus pun ada syura...

Tersebutlah sebuah kisah yang bermula di suatu perkampungan Eropah, di saat kegemilangan Nepoleon. Kampung ini jauh dari tekanan dan hiruk-piruk peperangan, kerana tiada sebarang kepentingan untuk dimanipulasikan. Namun, jauh dalam kedamaian perkampungan itu, dalam sebuah rumah yang usang, manusia sedang bertarung dengan sekumpulan tikus-tikus rumah. Seluruh anggota keluarga itu bingung kerana tikus-tikus ini dengan rakusnya telah menghabiskan stok-stok simpanan makanan mereka dan menggangu kehidupan mereka sehari-hari.

Akhirnya, keluarga ini mengambil keputusan untuk membela kucing baka "Ragdoll" yang memang terkenal dengan kecekapannya menangkap tikus. Dengan sepenuh ketaatan, seekor demi seekor tikus dibunuh oleh kucing tersebut, tanpa belas kasihan seorang 'ibadur rahman. Tikus-tikus ini tiada peluang langsung untuk keluar dari "pintu tikus" mereka kerana kucing itu sudah maklum akan tabiat mereka yang akan hanya keluar melalui pintu tersebut. Siang malam kucing itu akan mengawasi pintu tersebut, kecuali waktu-waktu tertentu  bagi menyahut seruan semulajadi (nature call).

Tikus-tikus ini dalam kegersangan kerana kali ini, makanan-makanan mereka pula yang semakin menyusut kuantitinya. Pantang sahaja kucing itu tiada, mereka akan berlari sekencang mungkin, keluar daripada pintu mereka itu... Dan mereka tertipu! Semua mereka dibahamnya!!!

Melihat perkara tersebut, tikus-tikus itu berkumpul. Seramai-ramainya... Tiada satu pun tikus di tersebut yang tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Kata si ketua: "Hari ini kita akan buat syura. Keadaan kita semakin parah. Ada tikus-tikus dari aras 2 dan 3 yang mati kebuluran. Kita kena fikirkan rancangan untuk keluar dari masalah ini!!! Ada sesiapa yang ada cadangan?"

"Saya cadangkan kita keluar beramai-ramai, pasti ada yang dapat lepas daripada terkaman kucing itu!"

"Saya tak setuju! Tiada kepastian yang rancangan itu berjaya."

"BETUL!!! Kita perlukan idea lain"

"Saya cadangkan supaya kita reka sebuah mesin yang dapat mengalahkan kucing tersebut!"

"Kita tiada masa untuk menyiapkannya, makanan kita sudah sedikit. Tidak cukup untuk semua", kata si ketua...

Semua tikus-tikus kebingungan... diam... sunyi... kedengaran bunyi televisyen yang bersahutan-sahutan dari kamar tuan rumah,,,
...
...

Tiba-tiba, seekor tikus yang tidak kurang veterannya, tampil ke podium. Semua mata tertumpu ke arahnya... "Aku ada cadangan. Dan aku pasti kamu semua akan menerimanya, kerana cadangan ini sahaja yang mampu kita lakukan!"

Semua tikus terdiam. Terdengar bunyi-bunyi beberapa mereka sedang menelan air liur. Tidak sabar.

"Aku cadangkan kita pasangkan loceng di leher kucing tersebut... Dengan itu, kita akan tahu segala pergerakan kucing tersebut... Jika kucing itu leka, kita akan terus pergi mencuri makanan di rumah ni."

"SETUJU!!! SETUJU!!! HOORAY!!!"

Semua tikus-tikus itu kegembiraan. Melompat-melompat, tidak pernah mereka terfikir akan idea sebernas itu!!! Dalam kesesakan, kegembiraan itu, ada tikus-tikus meluru ke arah tempat simpanan makanan, untuk meraikan 'kemenangan' mereka, betapa yakinnya mereka. Tiba-tiba ada satu soalan yang menyebabkan semua tikus itu kembali hampa...

"Siapa nak tolong pasangkan loceng di leher kucing tu?"

~~*~~

Ibrah atau pengajaran untuk para penggerak dakwah. Tugas menggerakkan dakwah ini memerlukan pemahaman akan fiqh dakwah yang akan membantu para duat melaksanakan amal yang muntijah (berkesan), bukan sekadar semangat yang akan tenggelam dan timbul tanpa disandarkan dengan ilmu dan iman. Fiqh dakwah telah mengajarkan kita bahawa tugas kita bukanlah mengumpul angka-angka kosong (0 + 0 + ... = 0.0) namun, perlu ada pembinaan (tarbiyyah) yang akan mengangkat darjat tsaqafah, fikrah dan taqwa dalam diri setiap penggerak. Kefahaman yang betul-betul tulen tentang gerak kerja ini akan memandu si daei terus ke arah kejayaan.

Kita tidak ingin sibuk dengan mesyuarat-mesyuarat, dengan perancangan-perancangan, yang akhirnya tidak membuahkan amal. Kita tidak mahu disibukkan dengan perbincangan-perbincangan furu' yang akan memakan masa kita yang tidak pernah cukup untuk melaksanakan apa yang kita cita-citakan.

Sedarlah, matlamat kita kini ialah untuk membina jiwa-jiwa itu, yang akan berebut-rebut memasang loceng di tengkuk si kucing gergasi!

Syeikh Syakib Arsalan telah berkata kepada salah seorang pemuda Palestin: "Banyak buku-buku sampai kepadaku, samada dari Maghribi, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestin. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah, atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab: 'Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah iaitu melalui pendidikan individu' "

~~*~~

Inspirasi daripada sesi-sesi daurah Yu Qiu Wai.

SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI S.A.W


Oleh : NKP DPPKIT

Jabir bin Abdillah ada bercerita bahawa, satu hari Abu Bakar as-Siddiq datang ke rumah nabi SAW. sesampai di rumah itu, Abu Bakar melihat ramai orang duduk di hadapan pintu rumah Nabi.

Abu bakar menjenguk ke dalam rumah nabi, kelihatan di dalam rumah, bahawa Nabi SAW duduk ditengah, dan dikelilingi oleh semua isteri-isterinya. Melihat demikian, Abu Bakar meminta izin dari nabi untuk masuk tetapi tidak diizinkan oleh Nabi SAW.

Tidak lama kemudian, Umar bin Al-Khattab pula tiba. Pada peringkat awalnya, Umar juga meminta izin untuk masuk, juga tidak diizin oleh Nabi SAW.

Sejenak kemudian, Nabi SAW memberitahu kepada Abu bakar dan Umar, bahawa Nabi SAW telah mengizinkan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Abu Bakar dan Omar pun masuk, dan mereka melihat ketika itu Nabi SAW masih lagi dikelilingi oleh
isteri-isterinya. Di kala itu, nabi SAW diam tidak berkata apa-apa pun.

”aku akan bercakap sesuatu kepada Nabi, agar baginda boleh tersenyum” bisik hati Umar.

”Wahai Rasulullah, jika anak perempuan Zaid – merujuk kepada isterinya – meminta sesuatu nafkah luar dari kemampuanku, sudah pasti aku akan memukul tengkoknya” tiba-tiba Umar bersuara.

Nabi SAW berpaling ke arah Umar, sambil melemparkan senyuman sehingga kelihatan gigi baginda yang putih.

”isteri-isteriku ini berada dikelilingku. Mereka meminta kepadaku nafkah yang aku tidak mampu” kata Nabi SAW.

Mendengar kata-kata Nabi SAW itu, menyebabkan Abu Bakar As-Siddiq bangun berjalan menuju kepada Aisyah. Kelaku Abu Bakar itu, seperti hendak memukul Aisyah.

Tidak sempat Abu Bakar melakukan sesuatu, tiba-tiba Umar juga bangun menuju kepada anaknya, Hafsah.

“apakah kamu meminta kepada Nabi SAW sesuatu yang Nabi Saw tidak mempunyainya?” begitulah soalan Abu Bakar kepada Aisyah, dan soalan Umar kepada Hafsah.

Melihat soalan bernada marah dari kedua-dua tokoh sahabat yang bertanya kepada anak masing-masing, menyebabkan Nabi Saw menyuruh kedua-dua sahabat besar itu bersabar, dan tidak marah kepada anak mereka masing-masing.

Ketika itu juga, turun firman Allah :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا * وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآَخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا


Maksudnya :

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar” (Surah Al-Ahzab : 28-29)

Dengan turunnya ayat ini, setiap isteri-isteri Nabi SAW ketika itu bersuara,  “demi Allah, selepas daripada hari ini, kami tidak akan meminta sesuatu lagi kepada Nabi SAW sesuatu yang Nabi SAW tidak mampu berikan.”