iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Khamis, Mei 13, 2010

UNIT AMAL MALAYSIA dapat perhargaan !!! Beramal kerana Allah


Tambun - Sebahagian penduduk Taman Kledang Jaya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga di atas bantuan, keprihatinan, jasa dan berbagai lagi pujian yang di berikan kepada Unit Amal yang telah bertugas sejak dari pagi hingga ke malam hari memasang bumbung rumah yang telah di timpa bencana (ribut). Mereka yang datang dari Pasir Salak, Tanjung Malim, Tapah, Ipoh Timur dan kawasan Tambun sendiri tidak pernah kenal erti  penat telah  bertungkus lumus bekerja tanpa mengambil sebarang upah.

Sementara itu, penduduk di situ kesal dengan tindakan pihak berwajib dan Jawatankuasa Taman tersebut yang seolah-olah berlepas tangan selepas memberi bantuan kos upah sebanyak RM100 kepada setiap mangsa dan agihan atap yang mana tidak mencukupi kerana diberi pada orang-orang tertentu sahaja. Ini menimbulkan rasa ketidakpuasan hati mereka yang menunggu agihan dari pagi hingga ke petang malah ada yang tidak dapat langsung dan terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri kerana menyedari harapan mereka mungkin tidak akan tidak dipenuhi.

Ada penduduk yang berkata Pilihanraya akan datang akan mereka ajar puak puak ini... kira perut mereka aje. Apa pun Unit Amal Perak harus diberi pujian kerana telah membuka ruang kepada PAS cawangan Taman Kledang Jaya untuk terus mendekati penduduk -penduduk di sana dengan lebih dekat lagi..