iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Khamis, Februari 23, 2012

PAS Ipoh Timur dan Adun Tebing Tinggi Santuni Mangsa Banjir di Kampung Sri Kinta

IPOH- Banjir kilat yang melanda Kg. Sri Kinta pada 20 Februari 2012(Isnin) baru-baru ini telah mendapat perhatian yang serius daripada PAS Ipoh Timur dan Adun Tebing Tinggi iaitu YB Ong.

Berbekalkan dana sumbangan para dermawan PAS dan menggunakan jentera pacuan 4 roda YB Ong, para petugas PAS serta Adun terbabit telah meredah banjir bagi menyampaikan sumbangan keperluan dapur kepada penduduk yang terjejas akibat banjir tersebut.




Tanpa mencatat nama atau memilih bulu, sumbangan telah disampaikan terus ke pintu rumah mangsa yang terjejas. Dianggarkan hampir 60 buah keluarga telah menerima sumbangan dalam misi bantuan yang memakan masa kira-kira 3 jam ini.



Antara kepimpinan PAS Kawasan yang hadir dalam program ini adalah NYDP Ipoh Timur, En. Roslan, Ketua Pemuda En. Shahril dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat Ipoh Timur Pn. Sharifah Murni.

Dewan Pemuda juga telah membantu seorang warga emas meletakkan kembali barang-barang rumahnya di tempat yang betul setelah banjir surut.



Tahniah juga kepada UMNO Ipoh Timur yang telah menyediakan makanan tengah hari kepada keluarga yang terjejas. Walaubagaimanapun pihak kami agak berdukacita kerana sumbangan juadah hanya diberikan kepada penduduk yang memberi nama selain daripada perlu mengambil sendiri di dewan orang ramai.

Diharapkan penduduk kampung yang terjejas dapat bersabar dengan ujian yang melanda. Mudah-mudahan Allah gantikan mereka dengan rezeki yang melimpah ruah selepas ini.






Kepada para penyumbang dan para amilin PAS, hanya ALLAH yang akan membalas budi baik kalian. Semoga ALLAH kekalkan keikhlasan kita dan teguhkan iltizam kita untuk berjuang menaikkan agamaNya. Amin.  

Karnival Santai Lombong Pemuda Ipoh Timur

IPOH-Lajnah Sukan dan Kebudayaan (DACS) DPPK Ipoh Timur telah berjaya menganjurkan Program Santai Lombong yang julung kali diadakan di Perkarangan PASTI Kampung Temiang pada 19Februari 2012  (Ahad) baru-baru ini.



Program yang merupakan projek perintis DACS Ipoh Timur ini telah berjaya menarik hampir 60 orang peserta tempatan daripada pelbagai lapisan umur.



Sebanyak 3 acara telah dipertandingkan iaitu pertandingan memancing, melontar dart dan permainan ping pong. Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi walaupun terpaksa menanti sehingga 3 petang bagi upacara penyampaian hadiah.






Antara unsur dakwah yang telah diselitkan dalam program ini adalah pemasangan VCD kuliah Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus sepanjang program berlangsung serta Solat Zuhur berjemaah yang dilakukan sebaik masuk waktu Zuhur di tempat program diadakan(semua aktiviti dihentikan semasa solat).




Program berakhir sepenuhnya dalam pukul 3.30petang. Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Saudara Shahril selaku Ketua Pemuda DPPK Ipoh Timur. Pihak kami mengucapkan syabas kepada DACS selaku penganjur dan terima kasih serta tahniah kepada peserta yang telah sudi memeriahkan program ini.