iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Jumaat, Jun 18, 2010

KEJOHANAN TERTUTUP BADMINTON PIALA KETUA PEMUDA DPPK IPOH TIMUR

Kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi lantaran nikmat Iman dan Islam, Dakwah dan Jihad. Pihak Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemuda mujahid  yang hadir diatas usaha kalian dalam menjayakan kejohanan piala ketua pemuda. Jazakumullahu khairan kathiira. Semoga Allah merahmati kita semua. Amiin Ya Rabbal'alamin.

Laporan Kejohanan Badminton Tertutup

Pertandingan badminton telah diadakan pada 17/6/2010 di dewan Sunway City..Lebih kurang 30 orang pemuda dari beberapa cawangan dalam kawasan Ipoh Timur hadir dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh Lajnah Sukan,DPPKIT. Program yang bermula dengan solat isya'. Pertandingan bermula pada pukul 10.00 malam dengan penyertaan seramai 8 pasukan beregu dijalankan secara kalah mati. Pertandingan berakhir lebih kurang pada pukul 11.00 malam dengan dimenangi oleh pasukan dari cawangan kg. Sri Kinta yang merupakan gandingan veteran/remaja. Penyampaian hadiah disampaikan oleh ketua Pemuda sendiri dan menurut ucapan beliau  program sebegini mampu mengeratkan ukhwah dikalangan pemuda seterusnya menguatkan jentera jemaah parti yang didokongi oleh pemuda sebagai tulang belakang PAS. Katanya lagi disamping mencergaskan badan , program sukan yang dianjurkan juga tidak ketinggalan dalam unsur-unsur dakwah dan tarbiyah. Diharap program sebegini dapat terus dijalankan dan mendapat sambutan oleh pemuda kawasan Ipoh Timur.