iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Selasa, Jun 28, 2011

KHULASOH USRAH - KALI KE 2 : SEBAB-SEBAB GHURUR..

SEBAB-SEBAB GHURUR


Al-ghurur ialah satu sifat atau cara berfikir atau cara bertindak yang merasakan dirinya hebat sedangkan orang lain lekeh di pandangannya, berkaitan juga dengan sifat egoistik dan al-‘ijab binnafsi (ujub/hairan pada diri sendiri). Pendek kata, usaha orang lain dipandang pesimis sedangkan pandangannya dan ideanya di lonjakkan atau dilebih-lebihkan (exaggerate). Kononnya hanya pandangannya sahaja yang betul,yang lain salah dan yang lain lemah. Lantas bertindak membuat provokasi dan menanamkan ciri-ciri inferiority complex kepada orang lain.Bagi para daei,sifat ini amat signifikan untuk dihalang dari menguasai fikrah, mantaliti, dan tindakan dalam gerakkerja,kerana ia mampu merosakkan kesatuan dan kekuatan kolektiviti dalam berorganisasi.



Dari konteks yang lebih luas, jika kita berada didalam organisasi, kita memandang organisasi kita adalah yang terbaik, terbagus tanpa kita melihat kepada aspek-aspek penyempurnaan yang belum terlaksana. Contohnya persoalan yang ditimbulkan dalam kerangka politik, gerakan Islam memperjuangkan untuk memenangi pilihanraya namun bagaimana dengan pengisiannya jika diberi kemenangan? Bagaimana nasib artis, bagaimana konsep kehakiman negara dan lain-lain? Untuk mengelakkan kita terjebak dengan al-ghurur, isu ini perlu diperbincangkan dan di ‘brainstorm’. Namun,saya meyakini kepimpinan yang ada sudah merangka strategi yang jelas untuk perancangan forecasting nanti.



Apa punca dan sebab timbulnya sifat al-ghurur ini?



1. Lalai dari menyelidik dan memuhasabah diri, maka penyakit menguasai diri sehingga bertukar menjadi menghina orang lain. Lantaran itu, Islam arahkan supaya setiap mukmin sentiasa memuhasabah diri.

2. Tidak mendapat pimpinan orang lain. Ada orang yang berpenyakit dan mereka sukar untuk berubah melainkan diubah oleh orang lain. Dari sini datanglah fungsi nasihat dan tolong-menolong;

- “Agama itu nasihat. Untuk siapa wahai Rasulullah? Baginda jawab; Untuk Allah, untuk Rasulnya, pemimpin-pemimpin umat Islam dan orang awam”- Muslim

- “Seorang mukmin itu adalah cermin bagi mukmin yang lain, seorang mukmin juga adalah saudara bagi mukmin yang lain, mempertahankannya ketika ketiadaannya dan melindunginya dari belakangnya” – Abu Daud

3. Melampau atau berlebih-lebihan dalam urusan agama. Ada yang terlalu berlebih-lebihan, apabila dia melihat orang-orang kelilingnya bersikap sederhana (sebagaimana sepatutnya), dia perkecilkan mereka, tuduh sebagai lalai lantas menghina dan memperkecilkan mereka.

- Perhatikan nasihat nabi kepada tiga orang sahabat yang memperkecilkan amalan baginda; “…Demi Allah, akulah yang paling bertakwa kepada Allah tetapi aku berpuasa dan berbuka, solat malam dan tidur, mengahwini wanita. Barangsiapa berpaling dari sunnahku, bukanlah dari kalanganku.”- Bukhari

- “Binasalah orang yang melampau-lampau (tiga kali)”- Muslim

- “Jauhilah melampau-lampau dalam agama, sesungguhnya umat sebelum kamu musnah lantaran ghuluw dalam agama.”- Ahmad

- “Sesungguhnya agama itu mudah…”- Bukhari

4. Terlalu mendalami ilmu, terutama dalam masalah yang pelik-pelik dan dalam masa yang sama meninggalkan amal. Asalnya berpunca dari melihat orang lain tidak mendalami suatu cabang masalah. Mungkin mereka berpendapat ia hanyalah isu sampingan atau tidak membuahkan amal, maka tidaklah perlu diberi tumpuan mendalam. Lantas dia berusaha mendalaminya, tetapi sampai membawa kepada memperkecilkan orang lain yang tidak berusaha mendalami masalah tadi. Padahal apa yang dikajinya itu, amat sedikit amal atau kesannya dalam masyarakat.

- “Ya Allah, aku berlindung denganmu dari ilmu yang tidak bermanfaat…”- Muslim

- “…Bukankah kamu menyuruh kami buat baik dan melarang kami buat jahat? Dia menjawab, aku suruh kamu buat baik tapi aku tidak buat. Aku larang aku buat jahat tapi aku sendiri buat.”- Bukhari

5. Bergantung dengan amal ketaatan dan lupa bahawa bukan amal yang memasukkan kita ke dalam syurga, tetapi rahmat Allah Taala jua.

- “…Ketahuilah bahawa tiada seorangpun dari kalangan kamu yang akan selamat dengan amalannya semata-mata. Sahabat bertanya, termasuk engkau wahai Rasulullah? Baginda menjawab, termasuk aku. Kecuali dengan rahmat dan kelebihan dari Allah.” – Tirmizi

6. Bergantung pada dunia, atau tenggelam dalamnya. Dia tahu dirinya telah dikuasai oleh dunia, tetapi tidak berusaha mengubah diri sendiri, menangguhkan taubat.

- “Dunia ini bergerak ke belakang dan akhirat bergerak ke hadapan. Setiap satu darinya ada anak. Jadilah dari kalangan anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia. Sesungguhnya hari ini adalah amal tanpa hisab, manakala esok adalah hisab tanpa amal.”- Bukhari

7. Tokoh dilihat tidak seperti yang sepatutnya. Kadangkala tokoh melakukan sesuatu yang dianggap longgar (namun masih dalam batas syarak), tetapi dilihat oleh orang yang hendak mencontohinya. Ditambah dengan kefahaman yang kurang dan tabiah yang belum sempurna, dia menyangka tokoh itu lebih rendah daripada apa yang dijangka sehingga membawa kepada ghurur.

- Sebab itu Islam anjurkan supaya elak daripada punca tohmahan

8. Tokoh yang terlalu menyembunyikan amalnya. Mungkin terlalu mencari ikhlas, lantas orang yang belum matang tabiahnya. Maka mereka sangka tokoh tersebut tiada suatu yang istimewa untuk dicontohi. Dia rasakan dirinya lebih baik dari tokoh tersebut, dan perasaan tersebut dituruti sehingga berlaku ghurur.

- “Solat jamaah lebih afdhal dari solat sendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat.”- Bukhari

- “Sesiapa menunjukkan dalam Islam jalan kebaikan, dia mendapat pahala dan pahala orang yang beramal selepasnya…” Muslim

9. Tokoh membezakan layanan orang yang meneladaninya. Mungkin mereka lupa cara terbaik melayani pengikut. Kadangkala mereka rapat dan berlebih kurang dengan sebahagian pengikut, manakala dengan yang lain mereka agak renggang dan mendedahkan keaiban meskipun ringan. Sedangkan dalam kalangan pengikut ada yang masih baru dan memerhatikan perbezaan ini, maka persoalan negatif bermain dalam fikirannya sehingga membawa kepada ghurur.

- “…Baginda memberikan orang yang duduk dengannya bahagian masing-masing, sehinggakan orang yang duduk dengan baginda tidak merasa ada orang lain lebih mulia dari dirinya sendiri…” - Tirmizi (Syamaail Muhammadiyah)

editted by:
cikguH

POLIS...JGN JADI MUSUH PADA RAKYAT...

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


(gambar) mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

“Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang.

“Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan (untuk menangkap mereka)?” soal beliau.

Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini.

Malah, katanya pihak polis sudah turut serta untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis dan jumlahnya dijangka meningkat ketika Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan polis bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya.



Polis, kata beliau seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat.

Mengenai kekhuatiran ramai bahawa akan wujud pertembangan tiga kumpulan yang berhimpun pada 9 Julai ini iaitu Bersih 2.0, Pemuda Umno dan rakan akribnya Perkasa, Tuan Ibrahim berkata ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.

“Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?” soal beliau.

Beliau turut menyarankan polis untuk mewujudkan buffer zone untuk mengelakkan pertembugan dua kumpulan.
“Kalau polis gagal mewujudkan buffer zone maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat,” kata beliau.

BERSIH.....BERSIH...SISTEM PILIHANRAYA...DAULAT TUANKU.




BERSIH 2.0 yang akan menganjurkan himpunan aman pada 9 Julai
nanti menuntut reformasi terhadap perkar-perkara ini iaitu :-



Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21

Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar

Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali

Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang

Tempoh kempen minimum 21 hari

Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya

Menghapuskan rasuah pilihan raya.



BERSIHKAN KEKOTORAN SISTEM PILIHANRAYA SEBELUM RAKYAT BERSIHKAN DENGAN PILIHANRAYA DI JALANRAYA