iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Isnin, Disember 28, 2009

BAYI YANG KRITIKAL DAN RAKYAT YANG TERTINDAS




(Harian Metro 26 Dec 2009)

KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa anaknya terjatuh dari dukungannya ketika membawa bayi perempuan berusia tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini (HTAA), pagi semalam.

Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.

Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.

Ulasan NKP DPPKIT :

Inilah kediaman rumah ADUN Chenor itu yang sedang dibangunkan
 
Ramai orang yang bersimpati dengan bayi ini termasuk saya sendiri, ini kerana perbuatan ibu bapa mereka yang tak tidak punyai hati perut.Beginilah keadaan kita selaku rakyat malaysia yang diibaratkan sebagai anak manakala kerajaan pula sebagai ayah.Kadang-kadang anak menjadi mangsa kebuluran di sebabkan sikap ayah yang tidak bertanggungjawab. Ayah makan nasi berlaukkan ikan tenggiri manakala anak pula berlaukkan ikan bilis buktinya sebagaimana dibawah ini... (Gambar Ehsan dari www.pahangdaily.blogspot.com )

Ini pula rumah rakyat yang terletak tidak jauh dari kediamannya itu

Lihatlah....si anak (rakyat) hidup hanya dipondok usang sahaja manakala si ayah (pemerintah) sedang membina mahligainya.Membiarkan si anak terkapai-kapai meneruskan kehidupannya sendiri. Si Ayah akan melawat anak-anak setiap lima tahun sekali segala perbekalan untuk lima tahun akan datang diberikannya

Lihatlah gambar bayi di atas dengan sedalam-dalamnya sehingga menembusi keadaan hidup kita pada hari ini. Keadaan bayi itu adalah keadaan kehidupan kita hari ini.

Qada dan Qadar


Oleh : NKP DPPKIT

[Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata. Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.]

Ada kaitan peristiwa yang berlaku dibawah ni.....

Cyberita: Sepuluh Penumpang Maut Dan Tiga Lagi Tercedera Akibat Kemalangan Bas Sani Ekpress Di KM272.8 Lebuhraya Utara Selatan Awal Pagi Tadi

IPOH, 26 Dis [11.35 am] - Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express (foto), terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata 12 mangsa itu adalah penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu. "Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mereka yang terbunuh adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan isterinya Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua beradik Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Katanya, penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah. Katanya, Md Razip kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat. "Siti Munira pula menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama akibat kecederaan di muka," katanya. Beliau berkata, bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya. Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata, pemandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian. Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut. "Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan. Pada 13 Ogos 2007, seramai 20 orang terbunuh, manakala sembilan yang lain cedera, dua daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Gantang dekat Taiping.

[Seperti biasa, bila berlaku kemalangan maut yang melibatkan bas ekspress seperti ini maka mulalah kerajaan akan mengeluarkan berbagai arahan. Malah kementerian pengangkutan juga akan membuat pemantauan yang cukup rapi terhadap pemandu dan bas ekspress itu sendiri. Namun selepas beberapa ketika, ianya menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam" dan sekadar "melepaskan batuk ditangga" semata-mata.

Akhirnya penumpang terus menjadi mangsa pemandu-pemandu yang tidak berdisplin seperti ini. Nyawa melayang begitu sahaja, kerana kesilapan syarikat bas memilih pemandu yang benar-benar berwibawa dan bertanggungjawab. Bila ada pemandu yang mengantuk pun tetapi masih terus membawa bas, akhirnya beginilah jadinya. Kerajaan pula perlu bertindak konsisten dalam setiap peraturan yang dijalankan agar tiada lagi kejadian seperti ini berlaku pada masa hadapan. Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu].