iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Ahad, September 05, 2010

Moreh PAS Cawangan Kg Seri Kinta bersama ADUN Tebing Tinggi

kenderaan peribadi YB Ong Boon Piow yang dijadikan sebagai kenderaan Pusat Khidmat DAP
ketibaan ADUN Tebing Tinggi, YB Ong Boon Piow disambut mesra oleh ahli qariah Surau Al Khalidiah
 turut hadir : Pembantu YB, YDP Ustaz Hj Zulkifli Abu, KP Saudara Salman Salleh dan NYDP Saudara Roslan Sulaiman
turut kelihatan : Ahli PAS seumur hidup Cawangan Kg Seri Kinta, Pak Dollah (berjanggut putih) dan Ketua Penerangan PAS Cawangan Kg Seri Kinta, Hj Asha
turut juga hadir AJK PAS Kawasan, Ketua Penerangan, Hj Mazlan yang segak berjubah merah 
bacaan tahlil diketuai oleh Hj Asha merangkap imam Surau Al Khalidiah
Alhamdulillah, saat paling menggembirakan : berbuka puasa

Jumaat, September 03, 2010

Duit raya, hamper pelajar dan guru Pasti Ipoh Timur

IPOH, 2 Sept: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur hari ini tidak ketinggalan menyampaikan duit Raya dan juga hamper kepada semua pelajar dan guru PASTI yang cukup gembira.

Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur Salman Saleh bersama kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kerjanya telah bergerak kesemua PASTI di dalam Ipoh Timur bagi tujuan tersebut.

Pemuda PAS Ipoh Timur yang mempunyai PASTI sebanyak 4 iaitu PASTI Ibnu Safar di Taman Shatin, PASTI Al-Ehsan di Taman SPPK, PASTI Raudatul Ilmi di Kg Temiang dan PASTI Bestari di Taman Cempaka.

Terdapat seramai 69 pelajar dan seramai 5 guru di PASTI seluruh Ipoh Timur yang memberikan perkembangan positif terhadap pendidikan mereka selama ini.

Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Salman amat bermakna kepada seluruh pelajar dan guru PASTI bersempena samburan Hari Raya pada minggu depan. HarakahDaily.