iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Khamis, Disember 01, 2011

Panas! Skandal Adun Negeri Perak Yang Memalukan

Pada bahagian pertama, kami telah mendedahkan tembelang ADUN Pengkalan Bharu iaitu Dato’ Hamdi Abu Bakar yang mempunyai nilai buruk sebagai seorang pemimpin. Beliau telah di SAH kan sebagai taik judi, kaki perempuan sehingga PA nya pun di sapu dan juga penglibatan beliau dengan tauke-tauke cina yang mengelilingi beliau untuk mendapat projek balak. Ada juga diantara tauke balak ini telah ditipu oleh beliau.

Kebijaksanaan Dato’ Hamdi membodohkan Dato’ Azhar, Pegawai Khas MB Perak (yang sememangnya BODOH) dengan Dato’ Manaf Hashim (yang sememangnya BANGANG) juga begitu menarik sekali. Mereka semua ini tidak sedar bahawa mereka ini di perkudakan oleh Dato’ Hamdi yang bermatlamat untuk menaikkan anak nya supaya dapat menjadi calon ADUN Pengkalan Bharu yang baru bagi menggantikan beliau yang hanya menang sebanyak 14 undi sahaja pada PRU 12.

Segala apa yang dibuat, semuanya Dato’ Hamdi yang dapat nama walaupun Dato’ Azhar yang banyak menghabiskan duit untuk program-program rakyat. Baguslah tu kerana menjadi LEMBU kepada Dato’ Hamdi. Dato’ Manaf pula, banyak menyalahgunakan duit peruntukan MAYANG Bahagian Bruas sebanyak RM 1 juta. Dia banyak menyalurkan projek MAYANG ke atas kroni-kroninya, namun akhirnya di pergunakan oleh Dato Hamdi untuk mencapai segala hasratnya.

Kepada pemimpin Pakatan Rakyat di kawasan Bruas, harap dapat menggunakan maklumat ini untuk menukar ADUN Pengkalan Bharu yang memalukan ini. Jangan bagi ruang kepada pemimpin-pemimpin seperti ini untuk menjadi wakil rakyat Pengkalan Bharu.