iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Januari 20, 2010

Barisan Nasional (BN) Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk Formula One (F1)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan.

Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain. Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini.

PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul. Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.

PAS juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. PAS mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat. Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.













Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

RIADAH


Oleh : NKP DPPKIT

Program Bulanan Hari Khamis ini jam 9.30 malam, DPPK Ipoh Timur akan adakan riadah bulanan yang telah ditetapkan. Futsal antara aktiviti yang dipilih dalam perbincangan sebelum ini. Di sini kita lihat gambaran apa sebenar RIADAH.

Riadah merupakan salah satu aktiviti yang mampu merehatkan minda kita setelah penat seharian berkerja. Bayangkan jika pada hujung minggu kita merancang untuk ke destinasi peranginan untuk berehat, sudah tentu jari mengira hari bila akan sampai hujung minggu itu tadi. Selain itu, riadah juga mampu mengisi masa lapang kita dengan aktiviti-aktiviti yang kita gemari. Tidak kisahlah apa aktivitinya, asalkan masih dalam lingkungan wajar Islam.

Riadah salah satu cara merehatkan minda

Riadah bermaksud merehatkan diri dengan melakukan suatu aktiviti secara fizikal dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Kita boleh kategorikan riadah kepada banyak jenis kerana ianya subjektif untuk diklasifikasikan. Di sini kita kategorikan riadah kepada tiga jenis iaitu riadah santai, riadah sederhana lasak dan riadah lasak.

Kita cuba mengklasifikasikan contoh riadah dalam klasifikasi berikut :

Riadah santai - aktiviti yang menggunakan fizikal tetapi tidak menggunakan banyak ruang. Misalnya : tidur, makan, berbual kosong, berforum, menonton televisyen, membaca akhbar, buku atau majalah, bermain dam haji, dan bermain permainan video. Santai.

Riadah sederhana lasak – aktiviti yang menggunakan fizikal dan menggunakan ruang yang terhad atau tidak terlalu besar. Misalnya : berjoging, mandi laut, bermain bola sepak dan bermain bowling.

Riadah lasak - aktiviti yang menggunakan lebih daya fizikal mahupun mental dan menggunakan ruang aktiviti yang lebih terbuka dan luas. Misalnya : jungle tracking, ice-climbing, mendaki, meluncur, dan bermain paintball.

Berjalan, berjoging, bergambar. Kesemua aktiviti mendatangkan manfaat yang sama walaupun dilakukan dengan cara yang berlainan. Apa yang membezakan, cuma penggunaan daya, tahap ketahanan dan soal keselamatan yang perlu diambil kira.

Tujuan Riadah : mengeratkan silaturrahim, merehatkan minda, kurangkan stress

perlukan sokongan moral


Pasukan Perak kalah lagi..... kenapanya.. coach ada.. pengurus pun mantap beb.. import dari taliban lagi.. player muda-muda.. laju.. tangkas.. ligat.. bijak.. apa kurangnya.. cari punya cari... pikir pun pikir.. cuma satu je kurang.. penganti Wak Jamel. Perak perlukan sokongan moral daripada peminat bolasepak. Peminat perlu memenuhi stadium Perak sekurang-kurangnya 10 ribu penonton, baru semangat anak buah ustaz taliban belasah pihak lawan tak kira pasukan mana sekalipun. Tetapi langkah pertama.. cari penganti wak Jamel secepat mungkin.. cari yang betul-betul minat nak lihat peminat setia bolasepak perak datang ke stadium bagi semangat tidak berbelah-bagi. Datang dari Tanjung Malim hingga bagan Serai pun tak ngapa asalkan dapat tengok pasukan Perak main ngan penuh semangat dan cantek.

Selepas mencatatkan kemenangan pertama ketika menentang pasukan Johor tempohari, Perak berdepan dengan cabaran sebenar mereka apabila melayan kunjungan Perlis pada perlawanan keempat Liga Super 2010 di halaman sendiri malam tadi. Tetapi hampa, tewas 1-2, ramuan tidak cukup.

Pengurus
Jurulatih
Penolong Jurulatih
Barisan Pemain-pemain Perak

AJK MASJID: UMNO TIDAK BANTAH?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) masih menunggu komen terbaru daripada Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid setelah selesai Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) baru-baru ini.

Rakyat maklum bahawa pada Persidangan Ke-169 MAIAMP yang telah di pengerusikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini, Kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Negeri Perak tidak menghantar wakil kerana Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam telah mengikuti rombongan Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Arab Saudi. Walaupun Datuk Najmuddin Alias Al-Hafiz selaku Penasihat Agama Islam kepada Menteri Besar kudeta, beliau tidak layak untuk hadir di dalam persidangan tersebut.

Di lihat jelas UMNO tidak mementingkan urusan Agama Islam di tambah pula dengan suasana tegang berkaitan kalimah Allah dan berbagai isu Agama Islam yang perlu di tangani segera. UMNO seolah-olah tidak menghormati Raja Dr Nazrin Shah semasa persidangan tersebut berlangsung kerana tiada seorang pun wakilnya yang hadir dalam persidangan tersebut. Isu AJK Masjid yang masih belum selesai, jelas memperlihatkan bahawa UMNO tidak serius di dalam perkembangan Agama Islam di Negeri Perak khasnya. DPPN Pk mendesak supaya UMNO menghormati keputusan perlantikan AJK Masjid yang telah di perkenan oleh Raja Dr Nazrin Shah dan tidak menggunakan saluran media untuk mencari kesalahan yang sepatutnya di bawa semasa persidangan tersebut.

DPPN Pk akan menunggu respon daripada UMNO berkaitan perlantikan AJK Masjid ini. UMNO jangan cuba merosakkan institusi Masjid sebagai gelanggang dan juga pentas politik murahan mereka. DPPN Pk memohon Raja Dr Nazrin Shah selaku Yang Di Pertua MAIAMP agar tidak tunduk dengan desakan UMNO untuk menjadikan AJK Masjid sebagai AJK Masjid UMNO.












SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak