iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Ahad, Julai 17, 2011

WABAK SEPANJANG JALAN-AL GHURUR

WABAK SEPANJANG JALAN-AL GHURUR


Ramai orang beriman, apabila lemah imannya diserang pula dengan penyakit rasa hebat diri sehingga dia melupakan campur tangan Allah dalam melindung dirinya daripada kesilapan. Lalu, mula meremehkan orang lain dan semakin gelap matanya melihat hatinya sendiri, dia tidak nampak sebarang noktah hitam pun dalam hatinya. Maka itulah penyakit Al Ghurur, penyakit yang juga bakal menimpa para amilin. Oleh yang demikian para amilin adalah berkewajipan berusaha dengan bersunguh-sungguh membebaskan diri dari penyakit ini. Pengertian Al Ghurur Dari sudut bahasa Al Ghurur mempunyai makna yang berbagai, di antara maknanya yang penting ialah: i) Al Khida' (penipuan) sama ada penipuan ini dilakukan ke atas diri sendiri atau pun ke atas diri orang lain. Firman Allah Taala bermaksud : "Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka". (Al Isra':64) ii) Perlakuan yang boleh membawa kepada Al Ghurur atau terjerumus ke dalamnya. Mengikut Imam Al Jawhari, "Al Ghurur ialah seseorang yang tertipu dengan kebendaan dunia". Hal ini seperti yang difirmankan Allah, bermaksud : "Wahai manusia sesungguhnya janji Allah adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar penipu berpeluang menyebabkan terpedaya dengan kemurahan Allah". (Al Fatir:5) Pengertian Al Ghurur Dari Sudut Istilah Makna Al Ghurur dari segi istilah para dai'e dan amilin ialah kekaguman seseorang amilin dengan diri sendiri sehingga mendorongnya ke tahap menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan. Sungguhpun demikian, sikapnya itu tidaklah sampai ke tahap memperlekehkan peribadi saingannya atau merendah-rendahkan peribadi mereka. Sudah tidak syak lagi sesiapa sahaja yang terlibat dengan sikap ini dia sebenarnya telah tertipu. Ekoran dari pentakrifan yang dinyatakan di atas dapatlah difahami tentang hubungkait di antara makna Al Ghurur dari segi bahasa dan maknanya dari segi istilah. Sebab-Sebab Berlakunya Al Ghurur Oleh kerana Al Ghurur merupakan tahap yang paling tinggi Al I'jab bil Nafsi, maka sudah semestinya sebab-sebab yang mendorong seseorang itu bersikap demikian samalah atau lebih sedikit dengan sebab-sebab yang mendorong kepada perlakuan Al I'jab bil Nafsi. Di Antara Sebab-Sebabnya:- 1) Lalai untuk mengkaji dan muhasabah diri sendiri Kadangkala sebab yang menjadikan seseorang itu ditimpa Al Ghurur adalah berpunca dari keabaiannya untuk mengkaji dan melakukan muhasabah ke atas diri sendiri. Terdapat sebahagian dari para amilin yang diuji dengan penyakit ini. Oleh kerana kelalaiannya untuk mengkaji dan memuhasabahkan diri, maka penyakit tadi telah menguasai dirinya. Pada masa itu, ia akan terus mengambil pendirian untuk memperlekeh dan memperkecilkan usaha orang lain yang menyerupai dengan usaha yang dilakukannya. Dengan mengambil sikap yang sedemikian ia sudah dikira maghrur atau tertipu dengan dirinya sendiri. Kemungkinan di sinilah rahsianya kenapa Islam sentiasa memperingati agar setiap diri hendaklah sentiasa dikaji dan dimuhasabah sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan setiap diri hendaklah melihat apa yang ia sediakan untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnva Allah begitu arif dengan apa yang kamu lakukan". (Al Hasyr:18) 2) Lalai atau enggan menerima bimbingan orang lain Perkara ini berlaku disebabkan sebahagian dari para amilin yang dihinggapi penyakit Al I'jab bil Nafsi adalah mereka yang lemah jiwanva. dan singkat pula pandangannya, sehinggakan ia tidak berupaya untuk membersihkan penyakit buruk ini dari dirinya. Untuk itu ia perlu mempelajari dari orang lain dan memerlukan mereka agar sentiasa berada bersama-sama dengannya dan ia hendaklah bergantung kepada bimbingan mereka. Penyakit al Ghurur yang menimpa seseorang itu kadangkalanya tidak disedari oleh orang lain. Oleh kerana itu, tidak mungkin bagi mereka untuk memainkan peranan dan menunaikan tugas terhadap rakannya yang malang itu. Dengan keadaan yang demikian penyakit Al Ghurur tadi akan terus menguasai dirinya Dengan berlalunya masa orang tadi akan bertukar sikapnya kepada perlakuan Al Ghurur. Kemungkinan di sinilah rahsianya tentang penegasan dan galakan Islam agar sentiasa beramal dengan konsep nasihat menasihati sehingga agama menjadikan nasihat sebagai bingkai ajarannya. Nabi S.A.W bersabda, bermaksud : "Agama itu nasihat. Kami berkata untuk siapa? Baginda bersabda untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk pimpinan Muslim dan untuk orang awam di kalangan mereka". Kemungkinan di sini juga rahsianya seruan Islam kepada solidariti dan bekerjasama di kalangan orang-orang Islam. Firman Allah bermaksud : "Dan tolong menolonglah kamu untuk kebaikan dan ketakwaan". (Al Maidah:2) Sabda Nabi SAW bermaksud : "Seseorang Mukmin itu adalah cermin bagi seseorang Mukmin. Dan seseorang Mukmin itu adalah saudara bagi seseorang Mukmin di mana ia menjaga saudaranya dari kehilangan dan melindungi saudaranya dari belakang". 3) Tasydid atau keterlaluan dalam agama Kadangkalanya sebab yang membawa kepada Al Ghurur adalah kerana begitu tasydid atau keterlaluan dalam menghayati ajaran agama. Terdapat sebahagian para amilin yang melibatkan diri di jalan Allah begitu tasydid dan keterlaluan. Selepas beberapa ketika ia mula menyedari bahawa para amilin lain di sekelilingnya memilih jalan sederhana dalam penglibatan mereka di jalan Allah. Oleh kerana kejahilannya atau kegagalannya memahami tabiat atau nature agama ini maka ia mula beranggapan mereka tadi tidak begitu serius atau menggalas tugas di jalan Allah. Anggapan ini terus memutik di dalam dirinya sehinggalah sampai ke tahap memperlekeh dan mengecil-ngecilkan usaha vang dilakukan oleh rakan-rakannya dibandingkan dengan apa yang ia lakukan. Sifat yang demikian adalah dikira sebagai Al Ghurur. Dan di sinilah sebahagian dari rahsia kenapa Islam mendesak kepada kesederhanaan bahkan melarang dari keterlaluan di dalam agama. Nabi SAW pernah berkata kepada sekumpulan Para Sahabat yang bercadang untuk menumpukan pengabdian diri kepada Allah semata-mata dan meninggalkan penghidupan dunia dengan sabdanya, bermaksud : "Kamukah yang berkata demikian dan demikian? Demi Allah aku yang paling takut dan paling bertakwa kepadanya. Tetapi bagi aku sendiri aku berpuasa dan aku berbuka. dan aku bersembahyang dan aku tidur, dan aku juga mengahwini perempuan, maka sesiapa yang tidak mengikuti jalan aku dia bukanlah dari kalangan aku". Dalam hadis yang lain pula baginda SAW bersabda, bermaksud : "Binasalah golongan yang melampau". (Katanya itu diulangi sebanyak tiga kali), yang dimaksudkan dengan al mutanatti'un ialah mereka yang melebihi had atau keterlaluan dalam perkataan dan perbuatannya. Nabi SAW seterusnya memberi amaran agar tidak keterlaluan di dalam menunaikan amanaha agama di mana Baginda bersabda, bermaksud : "Hendaklah kamu mengelakkan diri dari keterlaluan di dalam agama sesungguhnya kaum-kaum yang sebelum kamu telah binasa adalah kerana keterlaluan mereka di dalam agama". Dalam satu hadis yang lain pula Baginda bersabda, bermaksud : "Sesungguhnya agama itu mudah sesiapa yang tasydid atau melampau di dalam agama maka ia akan dikalahkan oleh sifat tasydid dan pelampaunya itu, maka hendaklah kamu perbetulkan. Hampirkan dan gembirakan tentang pahala (yang akan diperolehi kerana amal yang berterusan)". 4) Keterlaluan melakukan pengkajian ilmu agama Terutamanya perbincangan mengenai masalah-masalah yang pelik dan ganjil dalam masa yang sama mengabaikan tugas utama. Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur adalah berpunca dari keghairahan mendalami dan memperincikan sesuatu ilmu terutamanya yang melibatkan perbincangan ke atas masalah atau persoalan yang pelik-pelik pada hal tugas yang perlu dilakukan telah diabaikan. Dalam masa ia menumpukan kajiannya ke atas masalah-masalah tadi, ia mendapati rakan-rakan para amilin tidak begitu memberi perhatian kepada perkara yang ditumpukannya, atau kalau sekalipun mereka memberi perhatian, mereka tidaklah begitu sangat untuk mendalaminya. Sebenarnya sikap kurang perhatian rakan-rakan tadi terhadap perkara tersebut adalah berpunca dari dua sebab. Pertama: Ia bukan merupakan persoalan pokok yang boleh memudaratkan kalau tidak didalami. Kedua: Perkara tersebut tidak mungkin diamal atau dilaksanakan. Dengan yang demikian akan terlintaslah di kepalanya bahawa rakan-rakannya tidak mampu atau berkebolehan untuk menguasai masalah-masalah ilmu seperti yang ia kuasai, atau kalau pun ada yang dapat menguasai dan mendalaminya. Keupayaan mereka tidaklah setara mana jika dibandingkan keupayaan yang ada padanya tentang masalah-masalah yang pelik-pelik dari ganjil tadi. Pandangan dan sikap yang sedemikian akan terus bermain dan mencengkam pemikirannya. Akhirnya ia akan mengambil sikap merendah dan memperkecilkan kebolehan orang lain jika dibandingkan dengan apa yang ada padanya. Sikap yang sedemikian dinamakan penyakit Al Ghurur. Kemungkinan di sinilah rahsia kenapa Islam menuntut supaya sentiasa berusaha mencari ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan. Di antara doa' Nabi SAW di dalam perkara ini ialah, bermaksud : "Ya Allah, sesungguhnya aku pohon perlindungan dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyu' dari nafsu yang tidak kenyang dan dari doa yang tidak diperkenankan". Bahkan Allah telah menegaskan tentang ilmu diiringi dengan amal, kalau tidak ia menuju kepada kebinasaan, Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman kenapakah kamu kata apa yang kamu tidak lakukan. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata tentang apa yang kamu tidak lakukan". (As Saf:2-3) Firman Allah bermaksud : "Adakah kamu menyuruh manusia untuk melakukan kebajikan dan kamu melupai diri kamu sendiri pada hal kamu membaca al kitab. Apakah tidak kamu berfikir". (Al Baqarah:44) Nabi bersabda, bermaksud : "Akan diheret seorang lelaki pada hari kiamat lalu dilontarkannya ke dalam api neraka, isi perutnya terburai keluar dan dijilat api neraka, dia terus berlegar di dalam neraka seperti berlegarnya keldai di tempat kisaran, lalu penghuni neraka berkumpul melihatnya dan bertanya, "wahai saudara apakah kesalahan engkau? bukankah dulu engkau menyuruh kami melakukan yang makruf dan melarang kami dari melakukan kemungkaran." Ia menjawab: "Aku dulunya menyuruh kamu melakukan makruf tetapi aku sendiri tidak melakukannya, dan aku melarang kamu dari melakukan kemungkaran tetapi aku sendiri rang melakukannya". 5) Menumpukan kepada ketaatan dengan membiarkan kemungkaran dan kejahatan berluasa Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur ialah berpunca dari penumpuan kepada ketaatan dengan membiarkan atau melupai segala bentuk maksiat dan kejahatan yang wujud. Apa yang perlu diingat, bahawa kita semua adalah manusia. dan keadaan manusia pula (kecuali para Anbia') ada yang betul dan ada yang salah. Apabila hakikat ini dilupai, maka dalam banyak keadaan para amilin akan memberi tumpuan kepada ketaatan dan perkara-perkara yang betul sahaja. Dalam masa yang sama mereka melupai untuk mengatasi kemaksiatan dan kesalahan yang wujud. Sikap yang demikian menjadikan mereka bersifat al Ijab bil Nafsi di samping mereka akan merendah-rendahkan rakan-rakan lain yang terlibat dan berusaha untuk mengatasi kemaksiatan tadi. Sikap yang demikianlah dinamakan Al Ghurur. Allah S.W.T. di dalam firmannya telah menarik perhatian tentang perkara ini di mana Allah memuji sebahagian dari golongan yang beriman yang menunaikan ketaatan dan dalam masa yang sama takut dan bimbang kalau-kalau apa yang mereka lakukan akan terhalang untuk diterima oleh Allah. Firman Allah bermaksud : "Sesungguhnya orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada Tuhan mereka, dan orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka dan orang-orang yang memberi akan apa yang mereka berikan sedangkan hati mereka gerun gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka, merekalah orang yang mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya". (Al Mukminun:57-61) Berkaitan dengan ayat ini Saidatina Aishah RA berkata, sebagaimana maksudnya : Aku berkata: "Ya Rasullullah S.A.W dan orang yang memberi akan apa yang mereka berikan sedangkan hati mereka gerun gementar pada hal ia mencuri, berzina dan meminum arak adakah ia takut kepada Allah?" Baginda menjawab: "Tida wahai anak perempuan al-Siddiq, tetapi sebenarnya orang yang bersembahyang, berpuasa, bersedekah (berzakat) itulah orang yang takut kepada Allah. " Nabi S.A.W juga menarik perhatian di mana Baginda menyeru agar setiap perbuatan yang telah sempurna dilakukan hendaklah diserahkan kepada kurniaan dan rahmat Allah, dan jangan sekali kali bergantung kepada perbuatan yang dilakukan itu. kiranya ini tidak diamalkan maka ianya dikira sebagai al Ghurur. Maka lantaran itulah Nabi SAW bersabda, bermaksud : "Tidak mungkin sesuatu amal atau perbuatan dapat menyelamatkan salah seorang dari kamu. Mereka berkata: "Sekalipun kamu wahai Rasul S.A.W? Baginda menjawab: "Ya sekalipun aku. Cuma aku ini dilindungi Allah dengan rahmatNya. Maka hendaklah kamu perbetulkan, hampirkan (dengan Allah) dan (beribdatlah kamu) di pagi, petang dan sebahagian dari malam. Dan teruskanlah beriltizam secara sederhana nescaya kamu akan mendapat keredhaan Allah". Dalam konteks ini Abdullah bin Mas'ud dalam penghuraiannya berhubung dengan kesan mengingati dosa dan lupa tentang dosa yang merupakan perangai manusia mengatakan, bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila ia melihat dosanya ia merasai seolah-olah ia sedang duduk di bawah bukit dan merasai takut kalau-kalau bukit itu menimpanya. Manakala orang yang jahat pula melihat dosanya tidak lebih dari seekor lalat yang terbang melintasi hidungnya". (Kemudian dia - Ibn Mas'ud - berkata beginilah dengan mengibas tangannya). 6) Condong kepada dunia Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur ialah berpunca dari sikap terlalu condong kepada dunia. Terdapat setengah para amilin menyedari yang ianya diuji dengan penyakit al I'jab bil Nafsi, tetapi oleh kerana kecenderungannya kepada dunia begitu kuat di samping ia sudah tenggelam di dalamnya atau kemungkinan juga dirinya dikuasai oleh rasa malas, maka ia sudah tidak mampu lagi untuk mengumpul segala hasrat dan daya bagi mengubati dirinya tadi. Bahkan ia cuba mengambil sikap berlenggah-lenggah dan tidak melakukan taubat dengan segera. Dengan berlalunya masa sikap Al I'jab bil Nafsi mula bertukar menjadi penyakit yang serius dan kronik. Yang demikian itulah dinamakan al Ghurur. Sebab-sebab yang boleh membawa kepada Al I'jab bil Nafsi telah diperingati oleh al Quran melalui kecamannya tentang dunia dan amaran mengenainya apabila manusia mengambil sikap menjadikan dunia sebagai sasaran dan matlamat hidup. Firman Allah bermaksud : "Ketahuilah sesungguhnya (yang dikatakan) penghidupan dunia itu tidak lain melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan), serta hiasan, juga bermegah-megah di antara kamu, serta berlumba-lumba membanyakkan harta dan anak pinak, samalah seperti hujan (menumbuhkan tanaman menghijai subur) yang menjadikan orang kafir (penanam) suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu berubah segera (ke suatu masa tertentu) selepas itu engkau melihatnya berupa kuning, akhirnya ia menjadi hancur berkecai". (Al Hadid:21) Firman-Nya lagi bermaksud : "Dan kemukakan kepada mereka misal perbandingan kehidupan dunia ini samalah seperti air yang kami turunkan dari langit lalu bercampur-baurlah tanaman di bumi antara satu dengan lain disebabkan air tadi, kemudian ia menjadi kering hancur ditiup angin. Dan Allah amat berkuasa atas tiap sesuatu". (Al Kahfi:45) Firman-Nya lagi bermaksud : "Sesungguhnya orang yang tidak menaruh harapan akan berjumpa kami (pada hari akhirat) dan mereka yang telah berpuas hati dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasaan) kami. Orang yang demikian keadaannya (di dunia) tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah Neraka hasil dari apa yang mereka lakukan (keengkaran dan kederhakaan)". (Yunus:7-8) Manakala Nabi SAW bersabda, bermaksud : "Binasalah hamba dinar dan hamba dirham juga hamba selimut (tidur). la berpuas hati apabila diberi dan marah apabila tidak diberi. Binasalah dan kecundanglah, dan apabila ia berada dalam kesulitan ia tidak mengambil kisah. Berbahagialah bagi hamba yang memegang kengkang kudanya berperang pada jalan Allah, dengan keadaan rambutnya yang kusut dan kakinya yang penuh debu. Apabila ia ditugaskan mengawal maka ia akan berkawal dan apabila ia ditempatkan di barisan belakang ia terus berada di barisan belakang. Dan apabila ia meminta keizinan, keizinan tidak diberi. Dan apabila ia memohon syafaat (memohon untuk kebaikan) kebaikan tidak akan diberi". Dalam menghargai kumpulan ini terdapat ketikanva di mana Rasullullah S.A.W sebelum meninggalkan dari sesuatu majlis baginda akan membaca doa berikut untuk mereka. Doa Baginda SAW berbunyi : "Ya Tuhan kami anugerahlah kepada kami perasaan takut kepada Engkau yang menjadikannya sebagai penghalang di antara kami dan kemaksiatan terhadap Engkau. Dan anugerahlah kepada kami ketaatan kepada Engkau yang dengannya membolehkan kami sampai ke syurga Engkau. Dan anugerahlah kepada kami keyakinan yang tidak mengundah-gulanakan kami apabila ditimpa keburukan dunia dan anugerahkanlah kepada kami kenikmatan melalui pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selagi mana engkau memberi kehidupan kepada kami dan jadikannya sebagai waris dari kami (saksi apa yang kami lakukan). Dan jadikanlah tuntutan pembelaan kami ke atas mereka yang menzalimi kami dan berilah kemenangan kepada kami ke atas mereka yang memusuhi kami. Dan janganlah bencana kami menjejas ke atas agama kami. Dan janganlah jadikan dunia sebagai perkara yang besar dan utama dalam pemikiran kami dan janganlah jadikannya sebagai matlamat pengetahuan kami. Dan janganlah kami dikuasai oleh mereka yang tidak punya belas kasihan ke atas kami". Golongan salaf terdahulu begitu sedar tentang punca yang boleh mengheret mereka kepada dunia, dan betapa selesanva seseorang itu dengan keduniaan, Oleh itu, mereka sentiasa cuba mengelak diri dari terperangkap dengan dunia. mereka hanya mengambil faedah dunia sekadar bekalan untuk akhirat. Dan inilah yang sentiasa mereka perkatakan. Saidina Ali r.a pernah berkata : "Pengembaraan dunia mengorak ke belakang, pengembaraan akhirat melonjak ke depan. Dunia dan akhirat mempunyai anak-anak. Jadikanlah diri kamu sebagai anak akhirat dan janganlah jadikan diri kamu sebagai anak dunia. Sesungguhnya hari ini amalan tanpa hisab, tetapi esok (akhirat) hisab tanpa amalan". Manakala Hasan RA berkata : "Berlumbalah kamu dengan orang yang berlumba tentang agama kamu, dan janganlah kamu berlumba dengan orang yang berlumba tentang dunia kamu, maka lontarlah dunia itu ke atas tengkoknya". Realiti dan kepekaan demikian turut digambarkan oleh penyair seperti berikut : "Sesungguhnya bagi Allah hamba yang bijak dan berhemah. Dunia mereka lepaskan kerana bimbangkan fitnah. Mereka melihat pada dunia dan apabila mengenali la ternyata bukan tempat mereka untuk hidup di dalamnya. Mereka jadikan dunia sebagai lautan seluas-luasnya dan menjadikan amal soleh sebagai kapal mengharunginya". 7) Melihat sudut-sudut tertentu perlakuan golongan contoh dan tidak melihat sudut Iain yang sepatutnya Punca berlakunva Al Ghurur. kadangkala berdasarkan pemerhatian tentang apa yang dilakukan oleh golongan contoh pada sudut-sudut tertentu tanpa melihat perlakuan yang dilakukan oleh mereka secara keseluruhan. Terdapat sebahagian golongan contoh di mana dalam keadaan tertentu mengenepi atau meninggalkan sesuatu perbuatan yang sepatutnya mereka lakukan umpamanya mereka terus beramal dengan asas al Rukhsah pada kebanyakan waktu dan sedikit sahaja mereka menggunakan al Azimah di dalam amalan mereka. Pada setensah-setengah masa Perbuatan yang dilakukan itu mungkin diperhati oleh pengikut mereka. Oleh kerana kurangnya kefahaman ilmu fiqh. di samping pentarbiahan yang agak kurang sempurna. Para pengikut tadi akan merasai bahawa amalan yang dilakukan oleh golongan contoh berada di berapa tahap yang rendah dari diri mereka. Perasaan dan sangkaan sedemikian akan terus bermain dipemikiran mereka sehinggalah ia bertukar (wali'yazubiLlah) kepada perasaan al ijab bil Nafsi yang kemudiannya diekori pula dengan perasaan al Ghurur. Maka kemungkinan di sinilah rahsianya kenapa Islam sentiasa mengarahkan agar kita sentiasa mengelakkan diri dari sasaran tohmah. apabila kita menerangkan kebenaran yang berkaitan dengan amalan atau perbuatan-perbuatan yang harus, di mana ianya memungkinkan kepada timbulnya rasa buruk sangka. [Huraian] Al Azimah; Menunaikan fardhu mengikut hukum asal seperti yang ditetapkan oleh syara' seperti sembahyang zohor empat rakaat dan berpuasa Ramadhan semasa dalam pengembaraan. Rukhsah; Menunaikan fardhu tidak mengikut penetapan hukum asal syara' sembahyang zohor dua rakaat (qasar) dan tidak berpuasa semasa pengembaraan. Dalam satu hadis Baginda berbunyi : Yazid bin Al-Aswad telah bersembahyang dengan Nabi SAW pada masa itu beliau adalah seorang remaja. Apabila selesai sembahyang ia mendapati ada dua orang yang tidak turut sembahyang sedang duduk di penjuru masjid. Lantas baginda memanggil kedua-duanya. Kedua-dua mereka datang kepada baginda dalam keadaan menggeletar urat sendi mereka. Rasulullah bersabda: "Apakah yang menghalang kamu berdua dari turut sembahyang bersama-sama kami". Kedua-duanya menjawab: "Kami telah pun menunaikan sembahyang semasa dalam perjalanan". Rasulullah bersabda: "Kamu jangan buat begitu, apabila salah seorang dari kamu telah menunaikan sembahyang semasa dalam perjalanannya kemudian dia mendapati Imam (Imam, sembahyang) dan dia (iman) belum sembahyang lagi maka hendaklah ia bersembahyang bersama Imam, kerana yang demikian itu adalah sunat". Ibnu Daqiq al 'Aid berkata yang bermaksud : "Berjaga-jaga dari semua perkara yang boleh membawa kepada tohmahan merupakan kepastian ke atas ulama dan orang-orang yang diikuti. Maka adalah tidak harus bagi mereka melakukan sesuatu perbuatan yang semestinya boleh menimbulkan sangkaan tidak baik ke atas diri mereka. Sekalipun mereka ada alasan dalam melakukannya. Perbuatan ini merupakan sebab yang boleh menghakiskan keyakinan orang ramai mengambil faedah dari ilmu mereka. Mereka berkata: "Sesungguhnya para hakim hendaklah menyatakan alasan hukum yang dikenakan ke atas tertuduh sekiranya alasan tadi tidak diketahui oleh tertuduh." Tindakan ini merupakan sebahagian dari tajuk penafian tohmah dalam perkara kezaliman, dalam memberi penghukuman". 8) Keterlaluan setengah amilin dalam menyembunyi amalan yang mereka lakukan Kadangkalanya sebab yang membawa kepada Al Ghurur ialah berpunca dari sikap keterlaluan dalam menyembunyikan amalan-amalan baik yang dilakukan. Terdapat sebahagian para amilin yang begitu bercermat dan berjaga-jaga dalam usaha mereka merealisasikan ke atas sesuatu amalan. Sehinggakan mereka begitu keterlaluan menyembunyikan semua amalan baik yang mereka lakukannya, kalau ada pun, mereka begitu sedikit menzahirkan apa yang mereka lakukan. Perbuatan mereka tadi memungkinkan golongan yang tidak matang dan kurang pula pentarbiahannya memerhati dan menilai tentang kebaikan sedikit yang dizahirkan itu. Pada masa itu golongan yang kurang pentarbiahannya akan merasai dan menganggap bahawa apa yang dilakukan oleh golongan tadi begitu kecil jika dibandingkan dengan apa mereka lakukan. Perasaan sedemikian akan terus menghantui dan berkembang subur di dalam pemikiran mereka. Sehinggalah akhirnva mereka terjebak ke dalam penyakit al I'jab bil Nafsi dan kemudiannya diekori pula dengan penyakit Al Ghurur. Dan kemungkinan di sinilah kenapa Islam menggesa agar mendedahkan amal-amal soleh kepada orang ramai. Selain dari menggalakkan mereka melakukannya, ia juga sebagai isyarat tentang kemungkinan berlakunya anggapan negatif di samping sebagai pertunjuk kepada jalan penyelesaian. Allah berfirman bermaksud : "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu, maka yang demikian adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu dan kamu memberikannya kepada orang-orang fakir miskin itu adalah lebih baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu". (Al Baqarah:271) Nabi SAW bersabda : "Sembahyang jamaah melebihi sembahyang berseorangan sebanyak dua puluh tujuh darjat". Sabda Baginda lagi bermaksud : "Sesiapa yang melakukan kebaikan di dalam Islam maka ia memperolehi ganjarannya, juga ganjaran orang yang melakukannya selepas itu tanpa kurang sedikit pun dari pahala yang mereka perolehi". 9) Diskriminasi sebahagian golongan contoh ke atas para pengikut Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur adalah berpunca dari tindakan golongan contoh mengamalkan diskriminasi dalam berintraksi dengan para pengikut. Kadangkala golongan contoh gagal membuat perkiraan tentang pendekatan yang sesuai dalam berintraksi dengan para pengikut atau anak buahnya. Kita boleh lihat kadangkalanya mereka begitu rapat dengan sebahagian para pengikut dan membuka hati dengan seluas-luasnya kepada mereka bahkan mereka sanggup memejamkan mata tentang kesilapan yang dilakukan oleh anak buahnya itu. Pada hal, dalam masa yang sama mereka tidak memberi muka langsung kepada sebahagian lagi para pengikut dan tangan juga tidak dibuka kepada mereka. Para golongan contoh juga akan membuka mata mereka seluas-luasnya di atas apa saja kesilapan kecil yang dilakukan oleh golongan ini. Sikap demikian sudah pasti memberi kesan negatif di mana kemungkinan golongan yang diberi muka adalah mereka yang belum sempurna pentarbiahannya, dan tidak punya kematangan peribadi. Mereka akan merasai bahawa layanan istimewa yang diberi kepadanya jika dibandingkan dengan orang lain adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kebolehan dan keupayaan yang mereka miliki dan ianya pula tidak ada pada orang lain. Anggapan yang sedemikian akan terus bermain dipemikiran mereka sehinggalah ianya menjadi al I'jab bil Nafsi dan diekori kemudiannva dengan sifat al Ghurur. Menyedari perkara ini Nabi S.A.W telah menutup pintu ke arah itu di mana baginda telah memberi layanan yang sama kepada semua para sahabat dalam mengadakan hubungan dengan mereka. Diantara tindakan Nabi SAW seperti yang digambarkan oleh sahabat ialah : Bahawa Baginda memberi hak yang sepatutnya kepada setiap mereka yang menjadi tetamu dan tetamu tidak merasai bahawa orang lain lebih mulia daripadanya. Terdapat juga ketika tertentu di mana Nabi SAW terpaksa melakukan diskriminasi dalam melayani mereka. Orang-orang yang bersama dengannya tidak memahami rahsia di sebalik perbuatan Baginda itu, dan Nabi SAW telah menerangkan secara jelas kenapa Baginda berbuat demikian. Saad Ibn Waqqas menceritakan : Rasullullah SAW telah memberi pemberian kepada satu kumpulan, pada masa itu aku berada di situ. Nabi SAW tidak memberi kepada seorang lelaki yang datang bersama mereka, pada hal aku begitu tertarik dengan lelaki tadi. Aku berkata wahai Rasullullah SAW kenapa engkau tidak beri kepada orang itu. Demi Allah aku melihatnya seorang yang beriman, Nabi SAW berkata: Atau dia hanya seorang Muslim. Maka aku terdiam sejenak. Kemudian aku masih yakin tentang lelaki tadi dan aku ulangi lagi pertanyaanku. Aku berkata kenapa engkau tidak memberi kepada orang itu. Demi Allah aku melihatnya seorang yang Mukmin. Maka Nabi SAW berkata: Atau dia hanya seorang Muslim. Kemudian aku masih yakin tentang lelaki itu, maka aku ulangi lagi soalanku dan Nabi SAW juga memberi jawapan yang sama. Maka barulah Baginda bersabda : Wahai Saad aku memberi (sesuatu) kepada seorang lelaki. Dan yang lainnya aku lebih sayang dari lelaki tadi aku takut Allah akan menyembamkannya ke dalam neraka. - TARBAWI

Oleh: Al Faqir