iklan komersil

dewan pemuda pas kawasan ipoh timur 08013010068528 bank islam malaysia berhad

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN IPOH TIMUR 08013010068528 bank islam malaysia berhad

Rabu, Januari 06, 2010

PERINGATAN : JAGALAH LIDAH YANG TAK BERTULANG, JANGAN KIRA SEDAP CAKAP AJE ....


Oleh : NKP DPPKIT

Salam teman-teman,

Lidah memang tak bertulang, tak bertulang bukan beerti lemah. Tangan dan kaki kuat kerana ada tulang. Lidah lagi kuat walaupun tanpa tulang kerana kata-kata yang disusun atur oleh lidah boleh menghancur musnahkan negara, masyarakat, jama'ah dan keluarga bahkan memusnahkan diri sendiri.

Ketahuilah bahawa bahaya lisan (lidah) itu besar sekali, dan manusia tidak akan selamat daripada bahaya ini, melainkan dengan bertutur kata yang baik saja.

Nabi s.a.w. telah bersabda:

لن يكون عبدا للإيمان على التوالي ، وذلك على التوالي كان قلبه ، وقلبه ، وسوف لا تكون مباشرة ، لذلك كان يتحدث على التوالي. وعبدا لن يدخل الجنة ، في حين أن جيرانه لم يسلموا من شر

“Tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”

معاذ بن جبل قال للرسول : ما نحتاج أيضا إلى أن التدقيق في ما نقول ، يا رسول الله؟ قال الله تعالى : يا معاذ! لستم تعلمون أن الناس سوف يتم رسمها على الحريق عن طريق الأنف لأن الأنف ، اللسان ، اللسان حصادها.

Berkata Mu’az bin Jabal kepada Rasulullah s.a.w.: Apakah kita akan dihisab juga atas apa yang kita katakan, wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Wahai Mu’az! Tidakkah engkau ketahui bahwa manusia itu akan ditelengkupkan menerusi hidung-hidung mereka disebabkan hasil tuaian lidah-lidah mereka.

Ibu Mas’ud (Abdullah bin Mas’ud) r.a. pernah berkata: Wahai lidah! Sebutkanlah yang baik-baik, niscaya engkau akan dapat faedah. Dan berdiamlah dari berkata buruk, nescaya engkau terselamat sebelum engkau menyesal.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

من كان الحفاظ على ألسنتهم ، والله سوف قريبة من عيوب. أي شخص كبح جماح الغضب ، والله سوف يحفظ من العذاب عليها. وإذا كانت الدولة عذره إلى الله ، وسوف تقبل الله عذره

“Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barangsiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari siksaNya. Dan barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ كانَ یُؤْمن بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja”

Sabdanya lagi:

 الحفاظ على لسانك عندما يقول لك إلا الخيرمع ذلك سوف يحدث للفوز على الشيطان

“Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan.”

Bak dendangan kumpulan In-Team dalam nasyidnya:

"Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita
Kata madah pujangga bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita jangan disalah guna..."

Justeru, suka untuk saya mengajak dan mengingatkan diri saya serta sahabat-sahabat semua untuk kita lebih telus dan berhati-hati dalam berkata-kata. Berkatalah benar walaupun ianya pahit.

Sekian, terima kasih.

Orang kita tiada keinginan hantar anak ke sekolah agama


 MRSM - Salah satu tumpuan tempat pembelajaran Orang Melayu Moden

Oleh : Jawa Jadid Al Banjari Al Malizi 

Salam… bertemu kembali… Hendak seribu daya, apabila tidak mahu atau enggan, beribu-ribu dalih akan dilontarkan. Inilah sikap orang bangsa melayu kita.

Apabila bercerita fasal anak-anak, semua orang mengaku sayang kepada anak-anak. Anak-anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan diberikan segala keperluan serta kemewahan semampunya. Pendidikan awal bermula dengan tadika dan pra-sekolah, kemudian anak-anak dihantar kesekolah dari tahun satu hingga ketingkatan yang tertinggi.

Pendidikan formal disekolah dirasakan tidak mencukupi untuk kejayaan anak-anak, lalu ditambah dengan tution, seminar kecemerlangan, kursus-kursus dan beberapa siri Sembahyang Hajat semata-mata untuk memastikan anak-anak mendapat kelulusan cemerlang iaitu 5A diperingkat UPSR, 8A diperingkat PMR, 11A1 diperingkat SPM dan seterusnya diperingkat yang lebih tinggi.

Kesemua ini dibuat bagi memastikan agar anak-anak terpilih melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, MRSM atau sekolah menengah terpilih yang lain. Begitu murni harapan ibu bapa, semata-mata untuk kejayaan anak-anak. Disamping kemurnian ini terlindung suatu kesilapan besar yang dilakukan oleh mereka dan akan membawa padah secara menyeluruh bermula dalam keluarga orang Melayu hinggalah kecorak pimpinan Negara Malaysia ini. Padah yang akan menimpa ialah keluarga dan seterusnya negara akan ditadbir menggunakan fikiran rasional dan bukan atas dasar hukum hakam yang di tentukan oleh Allah sebagai pencipta dan pemilik alam ini.

Kini orang Melayu terlalu mementingkan kejayaan duniawi dan tidak mengindahkan keperluan ukhrowi. Puas hati ibu bapa apabila anak-anak berjaya masuk sekolah berasrama penuh atau MRSM. Mereka ini tidak pernah terfikir betapa perlunya anak-anak dimasukkan ke sekolah agama atau di berikan pendidikan agama yang secukupnya secara yang lebih formal.

Kebanyakan orang Melayu terlalu takut menghantar anak-anak masuk sekolah agama atau berlajar agama lebih mendalam. Ibu bapa takut kalau hantar anak-anak kesekolah agama, nanti tak dapat biasiswa, nanti gelap masa depan, nanti tak dapat kerja dan berbagai nanti yang buruk-buruk belaka. Mereka berfikiran begini kerana mereka pun tak pernah masuk sekolah agama, jadi tak nampak kebaikan dan keperluan bersekolah agama. Kadang-kadang ada ibu bapa nak hantar anak-anak kesekolah agama tetapi tempat terhad, maklumlah sekolah agama dalam sesebuah negeri hanya ada berapa buah saja berbanding dengan sekolah menengah kebangsaan. Disekolah menengah atau MRSM bukan tak ada belajar agama, tetapi tidak memadai. Diperingkat IPT, kalau tak ambil bidang agama, memang tak belajar agama, kalau ada pun sekadar Tamaddun Islam.

Kebanyakan Orang Melayu buta sejarah pendidikan negara. Mereka lupa atau tak nampak bahawa sudah ramai pelajar terbaik peperiksaan PMR dan SPM adalah dari sekolah agama. Bilangan pelajar dari sekolah agama yang berjaya mengorak langkah ke menara gading juga tak terbilang ramainya. Memang ada pelajar dari sekolah agama yang gagal, tetapi sekurang-kurangnya mereka ada ilmu agama yang amat berguna untuk kehidupan akhirat kelak. Ada juga pelajar dari sekolah agama yang runtuh akhlaknya, tetapi mereka tahu sempadannya. Kalau anak Melayu dari sekolah agama ada yang runtuk akhlaknya, jelas yang bukan dari sekolah agama lagi ramai dan teruknya.


Gambar hiasan :
Bekas pelajar dari Maahad Muhammadi Kota Bahru, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, Pelajar Terbaik SPM 2008, mendapat 20A (19A1, 1A2)









Gambar hiasan: 
Bekas pelajar Sek. Men. Agama Al Khairiah Temerloh dan Penerima Anugerah Menteri Besar Pahang (10A1 SMA), Nur Fadhilah bt. Arshad (kiri sekali) kini belajar di Fakulti Perubatan dan Surgery Universiti Al Azhar, Mesir.







Kemelut ini bertambah kalut apabila dasar kerajaan sendiri yang hanya berusaha menambah sekolah menengah atau sekolah berasrama penuh sebanyak mungkin dan berbanding sekolah agama yang sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Ada Maahad Tahfiz tajaan kerajaan yang lebih bersifat seperti gajah putih kerana bangunan dan semua kelengkapan yang canggih tetapi menerima pelajar baru (tingkatan 1) lebih kurang 25 orang sahaja berbanding yang layak dan hadir temuduga ialah 300 orang lebih. Ini berbeza sekali dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan, yang layak semua dapat tempat belajar malah MB nya pernah menegaskan bahawa "Orang nak belajar agama, yang layak kita ambil semua, duit kita cari, tak cukup tempat ni kita bina tempat lain pula".

Dalam hal ini ada pula suara sumbang yang pernah terdengar oleh telinga ana sendiri diantaranya ialah “Buat apa bagi belajar agama, nanti jadi pembangkang”, “Ramai sangat Hafidz nak letak dimana?”, "Eleh belajar agama dimana-mana pun boleh belajar", Pandai agama pun jahat juga, yang penting ialah hati" dan "Eleh semua orang sama, nampak duit agama entah kemana". Ingatlah wahai saudara, kalau silap cakap batal aqidah saudara.

Wahai ibu bapa bangsa Melayu sekelian, jangan takut nak hantar anak-anak belajar agama Islam, kerana janji Allah ‘jika kita cari dunia, maka dapatlah dunia. Jika kita cari akhirat, Insya Allah kita akan dapat dunia dan akhirat”. Mulai sekarang hantarlah anak-anak belajar di sekolah agama. Memang betul sekolah agama banyak pelajaran yang perlu di pelajari tetapi banyaklah pula yang kita akan perolehi. Kalau di sekolah menengah belajar 10 mata pelajaran, disekolah agama 23 mata pelajaran.

Kalau nak dicatatkan kelebihan sekolah agama memang tak tercatat kerana banyak sangat tetapi sekadar perbandingan asas bolehlah dirujuk jadual dibawah ini:


Jawajadid: Dulu sekolah Arab, Akademik tak belajar kecuali Ilmu Hisab. Ana merayu kepada kerajaan Negeri, Kerajaan Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri dan pihak swasta memperbanyakkan membina sekolah agama bagi memenuhi permintaan yang makin meningkat. Lupakan fasal pandangan politik.

Al Banjari: Jadilah Menteri – menteri Islam, – Jurutera – jurutera Islam, Polis – Polis Islam, Askar – askar Islam, Peniaga – peniaga Islam dan laksanakanlah undang-undang Islam dalam semua bidang.

UMNO VS NAJIB


Sabtu Januari 2, 2010

Pemuda Umno Bantah Kenaikan Harga Gula


Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media menegaskan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan.

"Pemuda UUMNO sedar kerajaan Malaysia sedang mendidik rakyat agar mengurangkan pengunaan gula, tetapi dengan cara menaikkan harga gula..sebenarnya kerajaan (kementerian) membebankan rakyat," katanya.

Beliau berkata, kaedah lain boleh diambil bagi mendidik rakyat. Dalam konteks kenaikan gula mentah dunia, Pemuda Umno berharap kerajaan serta pengilang yang selama ini mengaut keuntungan, menanggung beban harga kenaikan agar rakyat Malaysia dapat menarik nafas lega meneruskan kehidupan seharian.

Katanya, Pemuda UMNO Malaysia juga berharap roti putih tetap disenaraikan sebagai bahan kawalan kerana khuatir pihak pengeluar roti akan sewenangnya menaikkan harga roti.

"Adakah roti selepas ini akan menjadi bahan makanan mewah? Rakyat Malaysia merungut, dan kami Pemuda UMNO akan sentiasa mendengar rungutan serta bersuara untuk rakyat," katanya.

Terdahulu pukul 12 tengah malam tadi, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak yang diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Menurut beliau, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok (1 Januari 2010) dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Katanya, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.